Selesai tugas aku untuk hari terakhir bagi minggu ini, tepat pada waktunya untuk aku pulang. Aku terus berkemas dan bersiap untuk balik ke rumah. Walaupun tiada perancangan untuk hari minggu ni, ianya bukan alasan untuk aku membuang waktu di pejabat ini. Prinsip hidup aku mudah. Selesaikan kerja ikut tempoh yang ditetapkan, pulang kerja ikut waktunya dan cuti pada hari yang telah ditetapkan bercuti. Balik lambat atau datang kerja pada hari cuti hanya ketika ada kecemasan yang memerlukan tugasan itu diselesaikan segera.
Selesai berkemas, aku terus turun ke kereta dan bergerak pulang. Ketika aku ingin keluar dari bangunan pejabat, aku ternampak seorang wanita yang menunggang motosikal tetapi motornya tidak ditunggang sebaliknya hanya dikayuh menggunakan kaki. Timbul rasa kasihan melihat keadaannya kerana aku juga pernah mengalami situasi itu semasa zaman persekolahan dulu.
Aku hentikan kereta di bus stop terdekat dan keluar menghampiri wanita itu bagi mengetahui masalah yang dihadapinya.
"Assalamualaikum puan, kenapa motor ni? Takde minyak atau rosak?" Soal ku straight to the point kerana kereta yang aku park bukan pada tempatnya lebih lagi pada waktu kemuncak.
"Wa'alaikumussalam encik. Minyak ada tetapi tak tahu kenapa tak boleh hidup."
"Owh. Saya nak tolong tengok pun saya tak pandai bab motor ni. Jadi apa plan puan?" Soal ku lagi.
"Saya nak tolak motor ni sampai ke kawasan kedai hujung sana, sebelah kiri tu ada kedai motor rasanya." Wanita itu menjawab sambil menunjukkan lokasi bengkel menggunakan tangan.
"Betul puan, situ ada kedai motor. Tapi bila puan sampai sana rasanya dah tutup. Sini kawasan pejabat, jadi semua kedai kawasan sini tutup pukul enam sebab malam kawasan ni memang takde orang. Kawasan kita bekerja ni ramai orang bila waktu pejabat dan hari bekerja je." Aku menjelaskan situasi sebenar kepada wanita itu. Memang betul kawasan ni hanya hidup bila pejabat kat sini beroperasi. Kedai makan pun tutup kecuali restoran yang memang ada dalam hotel. Kawasan ni nampak hidup waktu malam pun hanya kerana pengunjung hotel yang berhampiran.
"Alamak, saya lupa la pasal tu. Kalau tak sia-sia saya tolak motor ke sana." Keluh wanita itu dengan riak penuh kegusaran.
"Takpe la puan, kita tinggalkan dulu motor kat sini. Saya tolong hantar puan balik." Aku pelawa dengan niat ikhlas mahu menolong.
"Tak boleh encik. Takde motor macam mana saya nak ambil anak. Lagipun, lepas ni macam mana saya nak datang kerja kalau takde motor." Nadanya penuh sayu dan aku dapat lihat dengan jelas matanya mula berkaca.
"Takpe puan, pasal tu kita fikirkan kemudian. Takkan saya nak tinggal puan sorang kat sini. Ni pun dah nak gelap, kawasan sini sunyi. Takkan puan nak tolak motor ni sampai ke rumah dalam keadaan gelap, seorang diri lagi. Bahaya tu puan." Aku cuba memberi rasional akan keadaan semasa dan keselamatannya.
"Tapi takkan saya nak tinggalkan motor ni kat sini je. Kalau hilang, lagi susah saya nanti." Wanita itu seolah setuju dengan pertolongan aku namun masalah baru pula yang timbul.
"Takpe puan. Motor ni kita park di pejabat saya. Saya kerja di bangunan tepi ni je. Kat situ selamat sikit sebab parking ada pengawal dan hari cuti bangunan ni tutup rapi. So selamat la sikit." Cadang ku sambil menunjukkan tempat aku bekerja yang betul-betul hampir dengan kami.
"Puan tunggu dalam kereta saya, biar saya tolak motor ni masuk parking tu." Sambung ku lagi tanpa menunggu jawapan darinya kerana aku ingin segera beredar dari situ.
"Eh takpe encik. Encik tunggu di kereta biar saya tolak sendiri motor ni." Dia menghalang aku untuk membantunya mungkin kerana segan atau tidak mahu menyusahkan aku.
YOU ARE READING
Tuah Dunia
RomanceLiku kehidupan yang dilalui oleh seorang lelaki dewasa dalam menempuh alam pekerjaan bagi melengkapkan kitaran kehidupan. Coretan perjalanan yang dilaluinya sama seperti orang lain namun sedikit berbeza. Tidaklah sepahit orang lain namun ianya terla...