Firan berjalan mencari Iris sampailah ternampak gadis itu sedang duduk di atas rumput, bermain dengan kucing. Perlahan-lahan, dia menapak ke arah Iris.
Bila Iris perasan akan kehadiran Firan, dia menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah. Dia tidak pedulikan langsung tentang kehadiran Firan sambil dia berlakon seperti Firan tidak wujud di situ.
Firan tersenyum tawar sambil menggaru pipinya. Bukan senang nak pujuk Iris kalau dia angin dia dah tak baik macam ni. Tanpa membuang masa, Firan mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Iris.
"Iris, janganlah macam ni. Muka monyok je." Pujuk Firan sambil menghulurkan sebatang ais krim coklat di tangan. Iris membalas dengan jelingan tajam pada Firan.
Ingat dia ni senang ke nak kena rasuah macam tu?
"Iris... I'm sorry, okay? I didn't mean to. Aku just... You know? Being realistic. Sooner or later, you need to accept it, Iris." Firan berkata tanpa menyembunyikan apa-apa.
Iris memandang kucing yang sedang seronok menggesel kepalanya pada telapak tangan Iris. Iris hanya berdiam diri sahaja bila Firan berkata begitu sebelum dia mengeluh berat.
"Ye, aku tau. Aku pun nak minta maaf juga. I'm sorry for overreacting." Iris menundukkan kepalanya, serba salah sedikit sebab memarahi Firan tadi.
"Tak apa. Benda dah lepas. Salah aku juga sebab kata macam tu walaupun aku tau yang kau akan triggered." Ujar Firan sambil meletakkan ais krim collat di tangannya pada tangan Iris.
Iris mengangguk. "Thanks."
"Anytime."
•
•
•
Inspektor Adam memandang sekeliling pejabat yang kosong, memastikan tiada sesiapa berada berdekatan sebelum dia menutup tirai. Dia memusingkan badannya untuk menghadap ahli kumpulannya untuk membincangkan tentang cold case tahun lepas yang telah dibuka semula di bawah radar.
"Okay, inilah yang aku dan inspektor Ervans baru dapat tahu. Bukti baharu baru sahaja muncul. DNA from an unidentified body that matches a missing person from our old trafficking case. But this is off the books, understood? Tiada kertas kerja, tiada database entries. We don’t want anyone tipping off the suspects." Bicara inspektor Adam dengan riak wajah yang serious. Dia memandang setiap satu ahli-ahlinya iaitu Iris, Firan, Zara, Ervans, Luth dan Aariz.
"Pasti ke semua ni selamat? Macam mana kalau sesiapa tau yang kita tengah buat ni?" Soal Iris sambil dahinya berkerut. Wartawan sangat cepat bila ingin tau tentang perkara macam ni.
"Itulah sebabnya kita buat semua ni senyap-senyap. Kita hanya perlu laporkan pada Chief Hazlan." Terang inspektor Adam sambil matanya melilar sekeliling, pastikan yang tiada sesiapa yang akan cuba menghendap.
"Any updates come directly to me, no one else." Semua ahli-ahlinya angguk tanda faham.
Inspektor Ervans menolak fail yang tidak bertanda di atas meja. "Dalam ni ada semuanya yang berkaitan dengan kes yang kitorang berdua berjaya ambil daripada archives."
"Kalau ada sesiapa yang bertanya, kita hanyalah 'menilai semula fail' sebagai sebahagiaan daripada pemeriksaan rutin." Pesan inspektor Adam sambil mereka semua angguk tanda faham
![](https://img.wattpad.com/cover/356496593-288-k152576.jpg)
YOU ARE READING
DANDELIONS | OH
RandomSTAND ALONE SERIES ꪆৎ 1ST | 2022 ☆ ONGOING ★ Police x CEO ★ Comedy romance ★ Marriage with beneficial