Chapter 7

55 2 0
                                    

"Kau, tengoklah sendiri" ujar Dhia

"Malas, aku nak tengok dia" ujar Syahira. Nazif di belakang hanya memerhati apa Syahira buat dari tadi

"Baik tengok mungkin kau terkejut" ujar Dhia

"Dia kat mana?"tanya Syahira

" Tuuuu"ujar Dhia yang memuncungkan bibir dia tu

"Sapa yang ada kat belakang......... " ujar Syahira terus memusingkan badan ke belakang. Nampak Nazif di depan mata

"Assalamualaikum, honey" ujar Nazif memberi senyuman manis kepada Syahira. Wajah merona merah sebab senyuman Nazif tu

"Wa....waalaikumsalam, tuan nak apa" tanya Syahira yang masih merah sebab senyuman Nazif tadi tulah

"Aik, tegur tak boleh ke honey?" ujar Nazif sambil mengenyitkan mata pada Syahira lagi bertambah merah lah dia

"We, Dhia jom pergi dekat budak-budak tu" ujar Syahira memberi isyarat pada Dhia

"Ok, jom tengok budak-budak tu" ujar Dhia yang mendapat isyarat Syahira bagi tadi

"Cute...." ujar Nazif

"We, Nazif kau suka Syahira ke?" tanya hakeem pun pelik juga siap panggilan manja dia bagi

"Haah, aku rasa aku dah jatuh cinta pada Syahira" ujar Nazif

"We, tadi kau dengarkan Syahira tu dah nak kahwin" ujar Hakeem

"Apa, dia tu aku punya" ujar Nazif yang membuatkan Hakeem terkejut dengan apa yang Nazif katakan tadi

"Maksud, kau dia adalah calon isteri kaulah?" tanya Hakeem

"Yep, tepat sekali dia tu bakal bidadari aku" ujar Nazif

"Aku harap malam pertama kau. Engkau enjoy ye" ujar Hakeem

"Mende kau ni kahwin pun belum lagi kau dah kata benda pelik-pelik ni kenapa?" ujar Nazif

"Salah, aku kata macam tu" ujar Hakeem

"Tak tapi jangan sampai macam tu sekali" ujar Nazif

*****
"Ok, semua dah ada kan?" tanya tuan Azman sebab pengumuman penting

"Ada, tuan" jawab mereka bertiga serentak

"Ok, sekarang saya perkenalan kepada kamu semua tentang ahli baru" ujar tuan Azman

"Perempuan ke tuan?" tanya Mikhail

"Iye, diaorang tu perempuan" ujar tuan Azman

Tok Tok Tok

"Masuk" ujar Tuan Azman. Ada tiga orang perempuan  masuk dalam bilik mesyuarat

"Sapa, nama. Korang masuk tak payah goda orang eh" ujar Nazif dingin sekali dia

"Bagitahu nama sambil buka topeng korang tu" arah tuan Azman yang memerhati SHADOW takut

"Code name aku LAYLA. Nama asli aku Dhia Kamelia" ujar Dhia sambil membuka topeng dia. Terkejut Hakeem dapat tahu yang buah hati dia tu LAYLA

"Code name aku LILY. Nama sebenar Qaseh Kamelia" ujar Qaseh sambil membuka topeng dia. Terbuntang mata Mikhail dapat tahu buah hati dia tu sebenarnya LILY

𝕬𝖇𝖆𝖓𝖌 𝕿𝖊𝖓𝖙𝖊𝖗𝖆 𝕶𝖚 Where stories live. Discover now