MENDENGAR bunyi pintu buka dari luar
'klik'
Muncul Syahira dan Nazif di muka pintu setelah selesai menyelesaikan kerja di dalam kem
"Mama dengan papa dah balik!" Jerit Syahira dengan teruja tadi penat tapi bila nampak anak je terus hilang penat. Nazif yang penat terus hilang penat akibat suara Syahira
"Mama!"
"Papa!" Zayden dan Zaryan berlari memeluk Nazif dan Syahira dengan erat. Sementara Haider dia sedang bermain dengan Zafran dengan gembira
"Eh, rindu mama dengan papa ke?" Tanya Nazif dia sengaja nak menyakat anak-anaknya sendiri
"Zay rindu papa"
"Zar rindu mama" eloklah tu seorang anak mak seorang lagi anak bapak habistu Haider ni anak siapa?"Abang Nial tak rindu mama dengan papa ke?" Tanya Syahira pada anak angkatnya Haider yang sibuk bermain dengan gembira Zafran
"Rindu" Haider mendukung Zafran dan berjalan ke arah Syahira dan Nazif untuk menyalami tangan mereka berdua. Haider menyalami tangan mereka berdua
"Macam mana kerja mama papa ok?" Tanya Haider memandang Syahira dan Nazif bersilih-ganti
"Ok je, cuma kadang-kadang tu hampir stress sebab perangai uncle Hakeem dan Mikhail tak reti duduk diam langsung" sempat lagi Nazif mengutuk kawan baiknya sendiri depan Haider
"Betul, aunty Dhia dengan Qaseh tu sama je" Syahira setuju dengan pernyataan Nazif tapi Dhia dan Qaseh pun dua kali lima je sama-sama sewel.
"Rasanya aunty Dhia dengan uncle Hakeem tu jodohlah sebab perangai diorang sama je" kata Haider nampak sangat perangai Hakeem dan Dhia tu sama.
"Uncle Mikhail dengan Aunty Qaseh pun sama" kata Syahira dia pun sama dengan Haider main jodohkan orang pula
"Sudah tak payah main jodohkan orang sekarang ni papa naik rehat esok kerja paham" kata Nazif lalu meletakkan Zayden ke sofa dan berjalan mendaki tangga
"Mama pun" Syahira berjalan naik bilik letih pun ye. Setelah Nazif dan Syahira masuk bilik
"Zay, Zar kemas barang sekolah korang yang bersepah ada meja tu" Jari Haider menunjukkan meja ruang tamu dipenuhi dengan buku-buku dan alat tulis sekolah
"Ok, bang" Haider mendukung Zafran bawa masuk bilik dan pergi menidurkannya
"We Zar" panggil Zayden separa berbisik sambil-sambil tu kemas meja yang bersepah dengan alat tulis dan buku
"Apa?"
"We, kau tahu tak abang Nial ada girlfriend" kata Zayden dia tak tipu kalau Haider tu sebenarnya ada girlfriend
"Sapa kata abang ada girlfriend hah!" Jerkah Haider dari belakang mereka berdua. Zayden dan Zaryan memandang Haider tersengih-sengih seperti kerang busuk
"Tapi Zay dengar kawan abang cakap abang ada girlfriend" Zayden dan Zaryan memandang Haider dengan polos tiba-tiba dia mendengar suara jerkahan di belakangnya
"Tengku Haider Danial Bin Tengku Hazim Harraz!" Jerkah Syahira dengan kuat sampai Haider memutarkan tubuhnya menghadap Syahira
"Maaf, mama" kata Haider tak akan dia nak tuduh Zayden dan Zaryan pula
"Dah berapa kali mama cakap jangan pernah bercouple atau bercinta!" Kata Syahira dengan lembut tetapi ada terselit ketegasan sebagai seorang ibu
"Tapi Nial tak pernah ada niat nak bercinta atau bercouple pun ma" Haider memang tak ada niat langsung nak bercinta atau bercouple pun selepas dia tahu kisah Syahira bercouple dengan Harris sampai akhirnya Syahira dicurangi Harris
"Mama tahu Nial tak niat langsung nak bercouple atau bercinta tapi mama takut Nial akan macam mama yang dulu sebelum jumpa papa" Syahira tak ingin mengingat masa lalunya yang penuh hitam putih akibat kehilangan kawan baiknya sendiri Hazim dan Liyana angkara bekas kekasihnya dahulu
"Mama, boleh Nial tanya satu soalan?" Haider memandang tepat pada wajah Syahira
"Sure"
"Ummi dengan babah dulu macam mana?" Sekarang tiba masanya untuk Haider tahu tentang kisah Ummi dan babahnya
"Mama akan bagitahu sekarang tapi bawak Zar, Zay dan Zaf masuk bilik lepastu datang sini jumpa mama semula ya?" Pinta Syahira dia tak nak Zar dan Zay tahu kisah sebenar Haider
"Ok" Haider membawa adiknya masuk bilik. Selepas Haider membawa adik-adiknya masuk bilik dia terus turun ke ruang tamu. Haider tiba di ruang tamu dan hanya memperlihatkan Syahira disitu seorang diri. Haider melabuhkan punggung di sofa tersebut
"Ma, Haider nak tahu kisah sebenar Ummi dan Babah dulu boleh?" Haider betul-betul ingin tahu kisah sebenar Ummi dan Babahnya iaitu Liyana dan Hazim. Syahira menghela nafas berat
"Baiklah, macam ni mama kenal Ummi sejak sekolah menengah tingkatan 1 masa tu Ummi dengan mama bestfriend tak nak berenggang langsung"
"Waktu mama dan Ummi tingkatan lima Ummi dijodohkan dengan babah kalau tak silap umur babah Nial baru 21 tahun lah jugak"
"Maknanya Ummi kahwin muda lah macam tu?" Haider tanya soalan macam Syahira hanya menganggukkan kepala
"Habistu macam mana Ummi dan Babah boleh meninggal dunia?" Tanya Haider dia nak tahu semuanya tentang Ummi dan babahnya
"Waktu umur mama 19 tahun ada buat misi pertama mama dengan Ummi dan babah Nial masa tu mama cedera parah akibat serangan musuh Ummi dengan babah Nial minta mama pergi tinggalkan diorang tapi mama degil tak nak dengar sampai akhirnya diorang mati sebab mama" perlahan-lahan air mata Syahira gugur bila ingat semula kisah silamnya yang pahit penuh hitam dan putih
"Jadi Nial?" Tanya Haider dia pelik sekejap macam mana dia boleh jadi anak angkat Syahira
"Sebelum arwah Ummi dengan Babah meninggal dunia diorang amanahkan mama untuk jaga Nial macam anak sendiri sebab tu mama ambil Haider sebagai anak angkat" kata Syahira. Haider memeluk Syahira dengan erat
YOU ARE READING
𝕬𝖇𝖆𝖓𝖌 𝕿𝖊𝖓𝖙𝖊𝖗𝖆 𝕶𝖚
ActionIni adalah kisah cinta antara Syahira dan Nazif. Cerita ini rekaan semata-mata dari author ye