"Masuk !" terhinjut bahu Darin akibat terkejut. Nak marah ke nak jemput ni?
Tiba - tiba pintu terbuka sendiri, ada seorang lelaki telah membukanya dari dalam. Wah... mata biru.
Kaki dibawa masuk kedalam bilik Tuanie Adran yang besar dan mewah. Bilik berwarna kelabu dan putih bertema garden menaikkan lagi aura bilik tersebut dan menaikkan aura dua lelaki dihadapan matanya.
Mana satu Tuanie Adran? Ada dua orang lelaki sekarang ni. Satu lelaki bermata biru cyan yang tolong bukakan pintu untuknya, satu lagi lelaki bermata green mint. Yang mana satu ?
"Sini! " tegas suruhan dari lelaki yang mata berwarna green mint itu.
"Perkenal kan, saya Romaszie Hazique dan ini sepupu saya Tuanie Adran. " Kata Romaszie, lelaki bermata biru cyan. Lelaki bermata green mint yang bergelar Tuanie Adran hanya merenung sepupunya tajam.
"Perkerja aku, yang kau sebuk pahal? Ada aku suruh kau tolong perkenalkan ke? "Romaszie hanya tersenyum kerang apabila disoal begitu oleh sepupunya.
"Relaks bro, aku tolong kau perkenalkan je. Kalau nak tunggu kau perkenalkan memang jahanam lah. "Sekali lagi pandangan tajam Tuanie diberikan kepada Romaszie.
"Ehem.. ehem ," kedua - dua pasang mata cantik itu beralih ke arah Darin. Berani pula dia berdehem dekat diorang kan.
"Kau pula pahal? Bak sini kau punya file !" kan dah kena ...
"Eh aku nak tengok dulu, "kalut sahaja tangan Romaszie naik mengambil file ditangan Tuanie.
Belum sempat diambil, pandangan maut telah terlebih dahulu dilontarkan kepada Romaszie.
"Kau duduk dekat sofa tu diam - diam. Kalau tak... " Belum sempat menghabiskan kata - kata ,Romaszie telah pun faham akan maksud sepupunya terus sahaja melangkahkan kaki ke arah sofa . Bahaya kalau lawan masa ni.
Dibelek - belek file peribadi Darin.
" Darin Aura Nayla, sedap juga nama kau. Eh kau diploma? kenapa nak kerja sini? " yang ni sorang lagi. Biarlah dekat dia nak kerja dekat mana pun.
"Saja. "Ringkas sahaja jawapan Darin . Jawapannya ringkas bersebab. Satu, takut kena marah. Dua, biar lah dia nak kerja dekat mana - mana pun. Sibuk !
"Okey. Aku ambil kau, personal asisstant . Boleh? Gaji kau RM 7000 dulu, nanti kalau kerja kau bagus. Aku naikkan gaji. Kerja kau bermula esok, Faham? " wah dapat kerja !
"Faham bos! " dengan tegas Darin menjawab. Bersedia menjalankan tugas.
"Keluar. " Halau nampak.
Badan sudah bertoleh kearah pintu.
"Eh kejap, esok kau akan di ajar oleh Nafilia Dialya. Personal Asisstant Romaszie. Now get out! "
"What! kau nak suruh si gajah tu ajar. Serius lah ? " Romaszie membulatkan matanya. Gajah? Gajah dihutan , di zoo pun ada.
"Haah, suka hati aku lah . Kau pahal? Suka sangat panggil minah tu gajah , aku tengok kurus elok je minah tu. Korang gaduh - gaduh! Nanti jodoh baru kau tahu. Yang kau pulak apa lagi terjegat dekat situ? Keluar lah. " Melihatkan bayangan Darin masih disitu Tuanie mengecilkan matanya. Segera gadis comel itu berlalu ke pintu.
And then...
" Hiyak... tendangan padu... Dush dush ! " Darin membuat tendangan Boboiboy kerana pintu besar itu tidak dapat dibuka olehnya. Banyangkan semut nak buka tupware besar mak ? Mana boleh. Tuanie dan Romaszie terkejut melihat aksi Darin. Memang lain macam perempuan ni. Pintu bilik Tuanie kut. Dia boleh tendang.
"Naze tada mite iru nodesu ka? Kawaī on'nanoko ga doa o akeru no o tetsudattekudasai !" (Kenapa awak hanya melihat ? Tolong perempuan comel itu membuka pintu !) Jepun meaning.
Arah Tuanie kepada pegawal penjaga pintu biliknya. Darin langsung tidak faham akan bahasa itu. Bahasa apa tu? Walaupun takut kerana dia telah menendang pintu bilik itu, lagi ligat otaknya memikirkan maksud bahasa.
Setelah Darin melangkah keluar. Romaszie memastikan tiada siapa didalam bilik itu kecuali mereka berdua .
"What are you talking about? Cute girl ? You say she cute? Oh My God. Adakah cinta yang sudah dibiarkan dipupuk kembali? Saya amat tidak percaya. " Lagak Romaszie seperti pembaca berita.
"Bila pula aku cakap dia comel ? Aku cakap perbuatan dia saja comel." Bantah Tuanie. Ya ya lah tu.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA MAFIA : THE KING OF LIONS
Fiksi PenggemarDarling , please be mine forever...