Prolog

8 2 0
                                    

''At my worst?''. Serious la. dah tak ada lagu lain ke dalam dunia ni?.

Anggukan diberikan sebagai jawapan. Bencinya. Aku tak suka langsung lagu-lagu cinta. Dalam kereta ni tak ada lagu lain ke selain lagu cinta?. Ingat semua orang dalam dunia ni tak ada kerja lain ke selain bercinta?. penumbuk dikepal. Rasa nak bagi penumbuk dekat komposer lagu-lagu cinta ni. Asyik-asyik lagu cinta.

''I'll turn off the radio if you don't like to hear this song". Huh?. Lagu ni taklah teruk sangat. Better la walaupun aku tengah bitter.

''Biarkan je la''. Lagipun ini kan kereta dia. Siapa la aku ni kan?. Aku malas nak melontarkan suara yang keluar dari peti suara ni sebenarnya. Ikutkan aku nak diam je sepanjang perjalanan ni. Dipaksa terpaksa dan keadaan yang memaksa aku. Otaknya ligat memikir sesuatu. kejap lagi ada R&R kan?. Okay aku dah tahu nak buat apa.

30 minit kemudian~

''Depan sana tu ada R&R kan?''.

''Yup''.

''Kita berhenti dekat sana sekejap boleh?''.

''Okey".

Nasib baik aku tak bawak barang banyak sangat. Inilah peluangnya. Beg dikeluarkan daripada bonet dan langkah dibawa pergi dari situ.

I'm sorry memang awak akan marahkan saya lepas ni tapi saya tiada pilihan lain. Terpaksa, dipaksa dan keadaan yang memaksa. Aku tak ada pilihan lain. I'm the worst I know that.

...

''Apa dia lari?''. Anggukan diberikan. Wajah itu kelihatan kecewa.

''Umi, abi maafkan saya''. Ucapnya perlahan. Dia kesal seharusnya dia lebih berjaga-jaga kerana gadis itu terkenal dengan pelbagai taktik yang adakalanya sukar diterima akal. Tak sangka gadis itu akan bertindak sedemikian. She's a runaway bride dan dirinya mahu digelarkan apa?. Namun misinya hanya satu dia harus mencari gadis itu semula. Gadis itu miliknya. Gadis itu isterinya.

''Kurang lemon betul budak tu, kau jangan risau Mir kita akan jumpa dia secepat mungkin. Dia takkan lari sampai ke Thailand. Aku akan cuba semua connection yang ada''.

Hasha Damiera P.O.V~

Siapa aku nak cari ni?. Kawan aku kebanyakannya dah kawin. Najwa Farisha?. Tak boleh sebab nanti Tengku Ezriq Reza cakap apa pulak?. Mau dibaginya aku masa tiga bulan dia tu. Mamat tu kan suka dengan tiga bulan. Raysha Arshia?. Yang ni susah lagi complicated sebab aku tau Mickhail tu baik tapi nanti dia akan lemparkan pada aku ayat sadis. Oh tidak la. Telinga aku ni tak bersedia lagi nak dengar semua tu. Rasha Sofhea?. Nanti dia bagitahu doktor Zheyn tu yang aku ni sakit. Walaupun memang aku sakit tapi aku masih ditahap sakit hati dan sakitnya nak terima semua ni. Haa last choice Hana Quinaisha. Here we go.

Hana Quinaisha's House~

''Hasha''. Jerit Hana sebaik pintu dibuka. Rindunya aku pada Hana. Lama kami berbual.

Lama kami berbual sehinggalah satu soalan menerpa.

''Kau lari rumah ke?''. La baru tahu ke?. Kenapa tak tanya esok je?. Ya tak ya jugak rumah ni besar tak salahkan kalau aku nak tumpang sekejap?. Lagipun Darrel selalu outstation. Okey jom tanya Hana.

''Lari sekejap sebab ada hal mustahak. Aku nak tumpang sini beberapa hari boleh Hana?''.

''Boleh. Sebab sekarang memang aku banyak sorang-sorang je Darrel sibuk sangat sejak kebelakangan ni. Tapi aku kena minta izin dengan Darrel dulu tau''. Hana Quinaisha berlalu seketika daripada ruang tamu tersebut.

Lama aku tak kesini. Cantik. Rumah ni cantik sangat. Setiap design yang dibuat sangatlah teliti. Pandai

''Jom aku tunjukkan bilik''.

''Sha, Darrel mesej aku dia beritahu kau lari daripada rumah sebab kau kena kawin dengan bodyguard kau''. Hesh. Darrel Ryan Reivan tak boleh simpan rahsia langsung. Boleh tak diam je dulu?. Kalau mamat tu tahu aku dekat sini macam mana?. Aku tak nak balik lagi. Aku perlukan masa untuk terima semua ni.

''Aku...''.

''Aku faham Sha. Aku pun kena tipu hidup-hidup. Aku akan tolong kau buat sementara waktu ni. Ni alamat apartment lama aku. Kau tinggal dulu dekat sini''. Kertas bertukar tangan.

''Hasha Damiera''. Namanya dipanggil selepas itu.

Rosak rancangan aku.

Aku pandang tajam Darrel Ryan Reivan. Dia yang rosakkan semuanya. Aku tak peduli aku nak pergi jugak. Aku tak nak hadap semua ni.

''Selangkah Sha gerak lagi...''.

''Awak akan ceraikan saya?''.

''Sha kena ikut abang''. Ahh aku tak peduli semua tu. Lantak kau la. Aku tak ada abang la. Aku tak suka langsung gelaran abang yang dia sebutkan tu. Yang pasti aku tak nak ada ikatan dengan sesiapa termasuklah dia. aku tak nak ada suami buat masa ini dan sampai bila-bila pun. semua ni gia. Gila yang tak masuk akal.


LemonTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang