Hujan masih belum menunjukkan tanda mahu berhenti. Guruh berdentum, disusuli panahan petir yang silih berganti. Malam itu, bilik Fayyana yang selalunya menjadi ruang paling selesa, terasa sempit dan menyesakkan dada.
Dia resah di dalam selimut. Mata dipejam, tetapi dicelik kembali. Nafasnya tidak teratur. Degupan jantung semakin laju setiap kali dentuman guruh bergema di langit. Seolah-olah menampar langit dengan kasar.
“Kenapa bunyi dia macam nak runtuhkan rumah…” bisiknya perlahan.
Pandangan tertumpu pada pintu. Jelas sekali, dia takkan dapat melelapkan mata kalau terus bersendirian dalam keadaan begini.
Sudah jadi kebiasaannya sejak kecil untuk tidur bertemankan seseorang di kala hujan turun.
Perlahan-lahan dia bangkit, menyelak sedikit selimut sebelum berjalan ke arah pintu. Baru sahaja tangannya ingin menggenggam tombol, pintu itu terlebih dahulu dibuka dari luar.
Fayyana terundur sedikit, terkejut. Namun, rasa takut itu segera diganti dengan kelegaan apabila wajah yang muncul di hadapan pintu adalah seseorang yang dikenali dan dipercayai olehnya.
“Abang…” suaranya hampir tidak kedengaran.
Fayyadh memandang adiknya sebentar, kemudian tersenyum kecil. “Belum tidur lagi?”
Fayyana hanya menggeleng, namun gerak-geri tubuhnya sudah cukup untuk Fayyadh memahami segalanya.
“Boleh abang masuk? Sorry i'm late, abang buat solat tahajud tadi”
Dia mengangguk tanpa banyak bicara.
"Tak apa" balas Fayyana perlahan.
Fayyadh melangkah masuk dan menutup pintu perlahan-lahan. Dia tahu adik perempuannya itu tidak begitu selesa jika ada lelaki lain dalam rumah mereka, apatah lagi ada Altezza yang bermalam di rumah mereka.
Dia menghampiri adiknya dengan langkah yang sederhana perlahan. Sebelum sempat bertanya lebih lanjut, Fayyana sudah terlebih dahulu melangkah ke hadapannya dan memeluk tubuhnya dengan erat, seakan-akan tidak mahu melepaskannya langsung.
“Ana tak suka petir…” bisiknya dengan suara serak.
“Abang dah agak,” jawab Fayyadh, sambil membalas pelukan adiknya. “Dari dulu lagi, kalau hujan lebat, mesti cari abang.”
Dengan penuh cermat, Fayyadh mendukung adiknya dan membawa adiknya ke katil. Dia duduk bersandar di kepala katil, lalu membaringkan Fayyana atas dadanya. Tangan kirinya melingkari bahu adiknya, sambil tangan kanan mencapai dan membetulkan selimut yang menyelimuti mereka berdua.
“Tarik nafas dalam-dalam…kemudian hembus perlahan-lahan. Cuba tenangkan diri dulu.” ujar Fayyadh dengan nada yang rendah dan tenang. Mencuba untuk menenangkan adiknya.
Fayyana menurut arahan abangnya. Tiga kali dia menarik dan melepaskan nafas, seiring degupan jantungnya yang semakin stabil.
Satu lagi dentuman petir menyambar. Secara spontan, Fayyana menggenggam baju abangnya. Fayyadh memandang wajah adiknya yang kelihatan cemas. Jujur dia juga risau melihat keadaan adiknya begini.
“Dengar sini. Tak ada apa-apa yang akan berlaku pada Ana selagi abang ada. Itu janji abang. You’re safe,” ujarnya perlahan namun meyakinkan.
Tanpa menunggu lebih lama, Fayyadh mula membaca doa perlindungan. Perlahan, tapi jelas. Bukan untuk menunjuk alim, tapi kerana itu sudah menjadi kebiasaannya sejak kecil. Dia tahu doa itu ada kekuatan yang boleh menenangkan adiknya setiap kali hujan.
Kemudian, dia berselawat. Menyebutnya satu-persatu, sambil mengajak Fayyana ikut serta. Meskipun pada mulanya agak tergagap, namun Fayyana tetap cuba untuk mengikutinya.
Selesai berselawat, Fayyadh mula membaca surah al-Mulk dengan bacaan yang perlahan dan merdu. Dia tidak memaksa Fayyana mendengar, tetapi bagi Fayyana suara abangnya itu seperti irama penenang semula jadi untuk dirinya.
Beberapa minit berlalu. Nafas Fayyana kini semakin teratur. Kepalanya masih bersandar di dada Fayyadh.
“Tidurlah. Hujan tak datang untuk menakutkan kita. Ia cuma mahu mengingatkan kita yang Allah tu Maha Berkuasa.”
Fayyana tidak menjawab. Namun pelukannya semakin longgar. Nafasnya pula semakin tenang.
Fayyadh tersenyum perlahan. Dia tahu, adik kesayangannya itu akhirnya terlena.
Fayyadh masih belum melelapkan mata.
Kepalanya disandarkan pada kepala katil, mata memandang siling yang samar dalam gelap. Di dada kirinya, Fayyana masih lena. Nafas adiknya turun naik dengan ritma yang perlahan dan teratur. Sesekali, dia terdengar bunyi rintihan hujan yang menimpa tingkap, namun suasana itu kini terasa lebih damai daripada sebelumnya.
Tangannya masih memeluk adiknya, seolah-olah tidak mahu melepaskan walau sesaat. Bagi dia, dari dalam dunia yang semakin menyesakkan, pelukan itu adalah pelindung paling utuh yang dapat dia berikan.
Fayyadh menyelak sedikit rambut yang menutupi dahi Fayyana. Wajah adiknya yang tenang dalam lena membuatkan hatinya rasa bersyukur. Dalam hidupnya, tiada tanggungjawab yang lebih berat tetapi juga lebih membahagiakan selain daripada menjaga satu-satunya adik perempuan yang diamanahkan oleh Allah kepadanya.
Perlahan-lahan, dia berbisik.
Terima kasih, Ya Allah, kerana masih pinjamkan aku kekuatan untuk lindungi dia malam ini.
Tangannya diangkat, membetulkan selimut yang hampir jatuh dari bahu Fayyana. Gerakan perlahan itu disertakan dengan renungan penuh makna. Bukan pandangan kosong, tapi pandangan seorang abang yang benar-benar rasa bersalah.
Dia lelaki. Dia abang. Sepatutnya dia jadi orang yang paling kuat. Paling tangkas. Tapi malam ini, dia hanya mampu diam dan memeluk adiknya yang sedang lemah.
Itu saja.
Dan peliknya… itu sudah cukup.
Fayyana tak perlukan kata-kata manis atau janji tinggi menggunung. Dia cuma perlukan bahu yang sudi mendengar. Tangan yang tak melepaskan dan memegang erat dirinya tidak kira bagaimana situasi yang dia hadapi. Dan pelukan yang buat dia rasa dunia masih selamat.
Dan pelukan itu datang dari dia.
Fayyadh pejamkan matanya, tapi hati tetap belum tenang. Minda terheret ke zaman kecil mereka waktu Fayyana belum tahu apa-apa, waktu hidup mereka hanya berkisarkan sekolah, rumah dan senyum tawa. Adik kecil yang sentiasa mahu ikut ke mana saja dia pergi, walau dimarahi berkali-kali.
Dia rindukan masa itu.
Dan malam ini, semua perasaan itu datang semula seperti satu tamparan. Betapa banyak yang sudah berubah. Betapa dunia sekarang lebih menakutkan daripada apa yang pernah mereka bayangkan waktu kecil dulu.
Tangannya perlahan mengusap rambut Fayyana. Gerakan yang hampir tak terasa. Tapi cukup untuk dia sendiri rasa tenang. Dia hanya mahu Fayyana tahu satu perkara. Bahawa dia akan sentiasa ada. Untuk Fayyana.
"Rehatlah, Ana. Abang ada kat sini."
Bisikan itu bagai janji.
Bukan janji yang dilaung kuat, tapi yang terukir kemas dalam hati.Malam itu, hujan sudah berhenti. Angin di luar membawa sejuk yang menyamankan. Fayyadh akhirnya merebahkan kepala semula di atas bantal, merapatkan kedudukannya dengan Fayyana yang masih lena. Dan untuk pertama kalinya setelah beberapa bulan, dia pun akhirnya terlelap dengan tenang.
Mereka tidur dalam diam.
Tapi jiwa mereka tahu tak kira apa yang berlaku selepas ini, yang pasti mereka tetap ada satu sama lain.
Dan itu lebih dari cukup.haa hyy guys, maaf kelamaan tak
update, Topup author habis,
Btw, abang korang macam ni tak?
Cuba komenanyways, maaf jika hambar
keep votingg!Author hargai sokongan awak!
(\_/)
( •_•)
( >💵
nah duit untuk kamu

ANDA SEDANG MEMBACA
MI ENEMIGO, MI AMOR [og]
RomansaTengku Altezza Zayyan x Nur Fayyana Indira Pertemuan singkat antara Altezza dan Fayyana membuatkan masing-masing bingung. Siapa sangka? Mereka tertukar bagasi di lapangan terbang!! ketika itu, kapal terbang selamat mendarat di kelantan, dan itulah...