Sri Indah High School's Reunion
Alayna termenung di tempat duduk pemandu. Menyesal rasanya bersetuju menghadiri majlis makan malam ini.
Perjumpaan semula kali ini ditaja oleh rakan baiknya. Riuh betul minah tu dalam group WhatsApp, kalau boleh setiap lima minit mengingatkan rakan-rakannya supaya menghadiri makan malam ini.
Tok! Tok!
Alayna yang termenung kembali ke dunia realiti.
"Memang taknak turun ke?"
"Taknak."
"Banyaklah kau!"
Alayna mengeluh perlahan sebelum akhirnya keluar dari kereta. Busananya dikemaskan sedikit sebelum kaki melangkah masuk ke perkarangan hotel tempat majlis diadakan.
Dengan hati separuh rela, Alayna melangkah ke arah ruang pendaftaran bagi mengesahkan kehadirannya ke reunion sekolah ini.
"Ada plus one?"
Belum sempat Alayna menjawab, terdengar satu suara kecil yang menyampuk.
"Me! Me! I'm this pretty lady's plus one!"
Pemilik suara itu berlari ke arah Alayna. Tubuh kecil itu Alayna rangkul sebelum memberi kucupan manja di pipinya.
"Hello, Andika. How are you today?"
"I'm good, aunty! And I miss you so much!"
***
"Mana Andika?"Alayna baru selesai memilih makanan di meja buffet. Banyak benar pilihan makanannya... semua nampak sedap-sedap belaka. Berpinar biji mata Alayna hendak memilih makanan.
Nasi kerabu yang menjadi pilihannya diletakkan di atas meja. Tekaknya tidak terasa hendak makan makanan barat malam ini.
Beberapa kuih dan pencuci mulut turut diambil. Sengaja Alayna mengambilnya dalam bilangan yang banyak kerana mahu berkongsi dengan kedua-dua rakannya.
"Si Andika tu pergi ikut bapak dia... sibuk nak main dengan Theo. Tak padan dengan kecil, nanti ada aje yang nak digaduhkan dengan si Theo tu. Mentang-mentanglah uncle dia yang seorang tu rajin melayan..." Kiera memuncungkan bibir ke arah satu meja yang dipenuhi dengan kaum adam.
Dah beranak pinak dah kawan dia sorang ni... macam tak percaya je ketua buaya ni kahwin paling awal antara mereka bertiga.
"Ikut perangai mak dia juga," sampuk Athena.
Alayna sudah mengemamkan bibir menahan tawanya daripada terletus. Teringat adegan-adegan lucu antara Kiera dan suaminya yang sentiasa berbalah mulut ketika di sekolah menengah.
"Eh kejap, Theo ada?!"
Membulat mata Alayna mendengar sebaris nama yang sudah lama tidak mengapa halwa telinganya.
"Haah, dia baru sampai sini semalam."
"Ouh..."
Gelas yang sudah hampir kosong diambil.
"Aku nak pergi ambil air sekejap."
Alayna mengatur langkah menghampiri meja minuman. Langkahnya bertukar arah tatkala melihat gerangan yang tidak asing di matanya. Salah satu meja makan dituju.
Gelas diletakkan di atas meja. Alayna duduk di salah satu kerusi yang disediakan.
"Hai... ingat aku lagi tak?"
Tangan ditongkatkan ke dagu. Alayna menilik wajah jejaka di sebelahnya ini.
"My cute troublemaker." Jejaka itu melemparkan senyuman semanis kurma.
YOU ARE READING
CAMARADERIE
Romance[Camaraderie] ; a feeling of friendliness toward people that you work or share an experience with ; a feeling of trust and friendship among a group of people who have usually known each other for a long time or gone through some kind of experience t...