Alayna dan Theo tergesa-gesa keluar dari lif hotel. Pandangan aneh pekerja yang melihat tidak diendahkan. Restoran hotel di tingkat 12 dituju.
"Semua salah kau! Siapa suruh kau tidur?"
"Kaulah yang salah! Yang kau ikut tidur sekali tu kenapa?"
Masing-masing mengambil tempat duduk.
"Dua-dua salah, tak reti tengok jam," Qaiden yang sedang menyuap anaknya makan menyampuk.
Kiera dan Athena menggelengkan kepala.
"Siapa suruh sambung tidur after breakfast tadi? Orang kejut taknak bangun pula tu masing-masing..."
Belum sempat Alayna hendak menjawab, ada suara lain yang menyampuk.
"Hello, guys! Tak sangkanya kita terserempak lagi dekat sini." Tanpa dijemput, kerusi di sebelah Theo ditarik sebelum dia melabuhkan duduk.
Serentak Alayna, Kiera dan Athena berpandangan sesama sendiri.
'Kau ada jemput dia ke?'
'Asal tanya aku, diakan kawan kau?'
'Lah, bukan kau ke best friend dia?'
"So... you guys tidur hotel ni ke malam tadi?"
Qaiden menyampuk, "siapa yang ajak kau duduk sekali dengan kitorang ni, Rania?"
Rania menjeling Qaiden.
"Theo, you tidur sini ke malam tadi? Room you dekat level berapa?" Rania memandang Theo sambil mengerdipkan mata.
Alayna menjongketkan kening. "Level 53," katanya.
"Kau tak payah nak kelentong akulah, perempuan. Terang lagi bersuluh nombor 52 je yang paling atas, lepastu terus naik ke rooftop." Rania menjeling Alayna. Sudahlah suka hati aje perempuan itu menyampuk perbualannya dengan Theo.
"Theo, apa kata you teman I jalan-jalan harini? Takde class betul you hangout dengan golongan bawahan macam diorang ni!"
Bagai ulat bulu naik daun, tangan Rania mula mengusap manja lengan sasa Theo.
But Theo is being Theo. Tangan Rania ditepis.
"Sayang, what are you doing here? I ingatkan you nak request pekerja hotel hantar makanan dekat suite aje." Seorang lelaki berbaju t-shirt biru tua sedang mendekati meja mereka.
Rania mengalih pandang ke arah lelaki itu. Dia tersenyum lebar.
"Guys, perkenalkan this is my fiance, Zariq Fikry. He's the general manager of this hotel." Bangga benar Rania dengan tunangnya.
Kiera dan Athena berbalas pandang.
'Gatal! Dah ada tunang pun still nak menggeletis dengan Theo.'
"Zariq, this is my schoolmates waktu sekolah menengah," sambung Rania.
Zariq hanya terenyum nipis sebelum senyumannya sedikit memudar tatkala retinanya mengecam wajah-wajah yang sedang duduk di hadapannya.
"Saya Zariq, tunang Rania." Zariq masih mengekalkan senyumannya walaupun sedikit terpaksa. Gugup tiba-tiba bila direnung Theo dan Qaiden.
"Uish, ramai pula meja ni tiba-tiba! Aku rasa tadi ada berapa ketul aje."
Maka muncul seketul Evan di tengah-tengah kejanggalan yang sedang berlaku. Berkerut mukanya melihat ada orang lain duduk di kerusi yang ditinggalkan 15 minit lepas kerana dia ingin ke tandas.
YOU ARE READING
CAMARADERIE
Romance[Camaraderie] ; a feeling of friendliness toward people that you work or share an experience with ; a feeling of trust and friendship among a group of people who have usually known each other for a long time or gone through some kind of experience t...