Epilogue

420 13 11
                                    

Wirfan memandang sekeliling. Jam ditepinya dikerling. Jarum jam menunjukkan pukul 8 malam. Mawar dan Daniel kata mereka hendak ke surau untuk menunaikan solat fardhu maghrib. Tapi sampai sekarang tidak kembali. Dia ingin meminta sesuatu dari Mawar.

Dia takut tidak sempat.

Baru saja cakap, kelibat dua orang itu muncul bersama sebungkus nasi. "Sorry lambat. Aku pergi beli makanan tadi. Mawar pula pergi tandas." Mawar disebelahnya hanya menayangkan gigi putihnya bak iklan colgate.

Mawar melabuhkan diri dikerusi tepi katil wad itu. "Cornflake," panggil Wirfan. "Ya" sahut Mawar laju. Matanya fokus pada Wirfan. Wirfan tersenyum nipis.

"Abang rasa sejuklah," luah Wirfan. Sekejap kejap matanya mengerling kearah Daniel. Riak wajah Daniel mula berubah tatkala mendengar luahan itu. Tindakannya yang hendak membuka bungkusan makanan untuk Wirfan itu terhenti.

"Abang sejuk? Jap," Mawar bertindak untuk menyelimut badan Wirfan. Tindakannya mendadak mati apabila tersentuh tangan Wirfan. Riak wajah mula berubah. Sama seperti Daniel.

Kepala dipalingkan menghadap suaminya. "To-tolong bimbing ab-abang mengucap," pinta Wirfan perlahan. Tersekat sekat. Air mata Mawar mula jatuh.

"Kau.. nak tinggal kami dah ke?" Soal Daniel sebak. Wirfan memandang wajah Daniel lalu menghadiahkan senyuman nipis. "Bimbing aku mengucap," pinta Wirfan sekali lagi tapi kali ini kepada Daniel pula.

Mawar dan Daniel saling membalas pandangan sebelum Mawar bertindak untuk menunaikan permintaan terakhir suaminya. "A-asyhadu ala ilaha illah," bimbing Mawar. Dia menggengam tangan sejuk suaminya. Wirfan membalas.

"A-asyhadu a-ala ilaha illah," perlahan lahan Wirfan mengikut. "Waasyhadu anna muhammadar rasulullah," bimbing Daniel pula. Air mata yang mengalir dibiar. Dia mengalihkan pandangannya kearah lain setelah selesai mengucap.

"Wa-waasyhadu anna muhammadar rasulullah," ikut Wirfan. Kepala dipalingkan menghadap isterinya "I-izinkan abang?" pinta Wirfan. Lambat lambat Mawar mengangguk.

Wirfan memandang atas sebelum perlahan lahan matanya terpejam. Mawar dapat rasakan genggaman tangan Wirfan perlahan lahan longgar. "Innalillahi wainnailahi roji'un," ucap Daniel perlahan.

Perlahan lahan tangisan Mawar terhambur. "Niel.." panggil Mawar perlahan. "Wirfan dah takda," luah Mawar. "Ya aku tau, kau kena kuat," pujuk Daniel.

Semakin kuat tangisan Mawar. "Kenapa abang tinggalkan War," soal Mawar walaupun tahu soalan itu tidak akan dijawab.

Mawar memandang kearah Wirfan lama sebelum memeluk tubuh tidak berjasad itu buat kali terakhir.

**
Selesai saja pengebumian arwah tengahari tadi, Mawar balik kerumah arwah ayahnya. Tidak rela mahu balik kerumah suaminya. Masuk saja kedalam rumah itu. Semalam pun dia tidur dirumah Daniel. Dia terus berlari menuju kebelakang rumah. Kandang kuda dituju.

Alat memanah sempat diambil sebelum menaikki kuda itu. Sekarang dia hendak redakan sedih dihatinya. Memang kalau dia sedih yang amat, dia akan datang sini. Tujuannya kesini untuk memanah berkuda aje.

Puan Raudhah selaku mak saudara Mawar mengerutkan dahinya. Kenapa Mawar tiba tiba melakukan memanah berkuda itu. Sudah lama dia tidak nampak Mawar melakukan memanah berkuda. Adakah dia sedih atas kematian suaminya?

Puan Raudhah ialah adik kepada Encik Ahmad. Dia yang menjaga kuda kuda disitu. Dia sukakan haiwan jadi dia rela menjaga kuda disini tanpa gaji. Memang setiap hari dia akan datang. Sama ada ulang alik dari rumah ataupun tidur aje dekat sini.

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now