BAB 1 | KEREMUKKAN HATI

10 0 0
                                    

"Maafkan aku Izrul, aku tak boleh nak teruskan hubungan kita, aku tahu yang kau ikhlas nak memperisterikan aku dan menghalalkan aku sebagai teman hidup kau dunia dan akhirat, aku jujur dengan kau yang kau adalah cinta hati aku yang pertama dan terakhir, segala usaha yang kau tunjuk untuk halalkan aku, aku hargai dan aku terhutang budi kepada kau, Izrul. Cuma, aku rasa dah tiba masanya untuk hubungan kita berakhir di sini, untuk kebaikan kau dan aku jugak, aku tak boleh nak sia-siakan tawaran ni, Izrul, aku tak boleh. Terima kasih ada dengan aku ketika susah dan senang, ketika aku sedih, kau lah yang menghiburkan, kau bagaikan cahaya yang menyuluh ke jalan keluar sewaktu aku terkurung dalam kegelapan. Terima kasih untuk semuanya. Aku doakan kau dapat berjumpa dengan pengganti yang baru, InsyaAllah. Selamat tinggal, Izrul."

Qistina berlari ke arah keretanya, Perodua Myvi berwarna merah sambil mengelap air matanya yang mengalir di pipi. Izrul hanya mampu berdiri sambil melihat Qistina yang akhirnya hilang dengan sekelip mata setelah enjin keretanya dihidupkan. Persekitaran Izrul menjadi suram, masa bergerak dengan perlahan, dan hujan rintik-rintik yang membasahi bajunya. Izrul menangis, tetapi tangisannya itu tidak jelas di raut wajahnya yang dibasahi dengan air hujan. Izrul menyimpan semula sebentuk cincin yang baru dibelinya seminggu yang lepas dengan hasil titik peluhnya sendiri. Ya, sebelum Qistina meninggalkannya sebentar tadi, Izrul telah melamarnya untuk menjadi isterinya yang sah. Memang itulah niat Izrul dari pertama kali dia mengenali Qistina, seorang gadis yang cantik dari segi fizikalnya bagaikan bidadari tak bersayap. Qistina adalah seorang wanita yang baik dan ayu yang telah mencuri hati Izrul. Mereka telah bercinta selama 3 tahun dan telah pun bertunang. Pada pandangan Qistina, Izrul adalah seorang lelaki yang pandai bergaya, kemas penampilannya, dan cerdik dalam membuat keputusan.

Setiba Izrul di rumahnya, dia terus bergegas ke bilik tidurnya dan baring di atas katil, cuba untuk melupakan segala benda yang terjadi pada 2 jam yang lepas. Izrul menutup matanya dan berharap agar ini semua hanyalah mimpi dan tidak pernah berlaku. Dibuka matanya semula, ternyata ia bukanlah sebuah mimpi melainkan ianya adalah realiti yang harus ditempuh oleh Izrul. Izrul cuba untuk mengingati setiap perkataan yang dilafazkan oleh Qistina sebentar tadi. Izrul faham, masa hadapan Qistina adalah lebih penting dari segalanya. Qistina telah mendapat biasiswa untuk menyambungkan pelajarannya ke luar negara, iaitu United Kingdom. Izrul sedar bahawa dirinya hanyalah sampah jika dibandingkan dengan rezeki yang didapati Qistina kerana sehelai sijil dari Universiti Oxford itulah yang mampu mengubah kehidupan Qistina 180 darjah.

"Semua usaha aku selama ni, kau buang macam sampah. Sampai hati kau buat aku macam ni Qistina". Bisik Izrul dalam hati.

(Bunyi pintu diketuk)

"Izrul?"

Ibu Izrul, Puan Hajar memanggil anak tunggalnya dari luar pintu bilik Izrul.

Puan Hajar tahu bahawa Izrul sedang mengalami fasa yang amat sukar dihadapi olehnya, tetapi sebagai seorang ibu, merupakan tanggungjawabnya untuk memujuk Izrul dan menenangkannya.

"Izrul, mama tahu Izrul tengah sedih, tapi bukak la pintu ni dulu, mama nak cakap dengan Izrul ni" Ujar Puan Hajar.

Pintu bilik dibuka, menampakkan seorang lelaki yang bermasam muka, tubuh badan yang layu dan rambut yang serabai. Sungguh terkejut Puan Hajar apabila melihat penampilan anaknya ini yang jelas sekali berlawanan dengan personaliti Izrul yang sebenar.

"Ya Allah Izrul, kenapa ni? Dah rupa jin dah umi tengok kamu. Pergilah mandi dulu Izrul, bersihkan badan kamu, lepastu kamu makan. Umi dah masak lauk favourite kamu tu, ayam masak lemak. Boleh la Izrul, umi kesian tengok kamu ni." Ujar Puan Hajar

Izrul tidak membalas kata-kata ibu kesayangannya itu, meskipun demikian, Izrul tetap patuh dengan arahan ibunya. Setelah selesai mandi, Izrul terus ke meja makan untuk menjamah masakan ibunya, iaitu ayam masak lemak.

[Situasi di meja makan]

Puan Hajar: "Izrul, makan la, penat umi masak ni untuk Izrul. Umi tengok kamu tak suap apa-apa pun masuk dalam mulut tu, macam tengah kira berapa butir nasi yang umi letak pun, ada jugak."

Izrul: "Adil ke macam ni umi? Lepas apa yang Izrul korbankan selama ni, apa yang Izrul dapat?" Soal Izrul dengan suara yang lemah sambil menggenggam sebentuk cincin di tangan kirinya.

Puan Hajar: "Izrul, jodoh tu di tangan Allah. Allah yang tetapkan semuanya. Kalau jodoh Izrul bukan dengan Qistina, nanti Allah akan hadirkan orang lain, yang jauh lebih baik dari Qistina. Husnudzon Izrul, semua yang jadi ni pasti ada hikmah disebaliknya, Izrul mesti sangka baik dengan Allah, dia pencipta kita, dia tahu mana yang baik dan buruk untuk kita." Jawab Puan Hajar.

Izrul: "Kalau Allah dah tengok semua usaha Izrul selama ni, patutnya benda ni tak jadi. Izrul dah cuba untuk guna cara yang halal, kenapa Allah balas macam ni? Adakah sebab Izrul ni banyak dosa?" Balas Izrul

Izrul terus meninggalkan meja makan dan berjalan ke bilik tidurnya tanpa mengisi perutnya yang kosong itu. Puan Hajar hanya melihat gelagat anak tunggalnya itu sambil menggelengkan kepalanya.

Jam menunjukkan pukul 10:22 malam, Izrul masih tidak dapat tidur apabila mengenangkan peristiwa yang pahit itu. Izrul membuka telefon pintarnya, mengharapkan ada sebarang mesej yang dihantar oleh Qistina, malangnya tiada. Izrul terus membuka aplikasi WhatsApp, kenalan yang disimpan oleh Izrul terpapar jelas pada senarai yang paling atas dengan nama "Qis💗" menampakkan tidak ada sebarang gambar pada profilnya. Izrul berasa curiga dan pelik. "Qistina block aku?" Soal Izrul. Izrul menyemak semula profil WhatsApp Qistina dan terus menghantar satu teks untuk memastikan sama ada dirinya disekat oleh Qistina ataupun tidak. Benar, mesej yang dihantar oleh Izrul hanya memaparkan "one-tick" yang membawa maksud Izrul telahpun disekat. Hancur dan remuk hatinya apabila mengetahui cinta hatinya telah membuangnya seperti sampah yang tiada nilai. Perasaan marah dan sedih bercampur-baur di dalam jiwa Izrul. Izrul menangis teresak-esak. Badannya lemah. Layu. Tidak kuat untuk menerima takdir ini. Namun, Izrul kembali untuk membuka matanya. Dia menggenggam tangannya erat, seolah-olah mahu memukul seseorang. Tetapi niatnya ternyata lain. Izrul bercadang untuk membuat sesuatu yang sangat berat. Sesuatu yang bakal merosakkan manusia. Sesuatu yang bakal menjahanamkan silaturahim sesama umat Islam. Sesuatu yang bakal mendatangkan nahas yang sangat besar. Sesuatu yang bakal menghantui dirinya dan juga orang yang tidak bersalah. Sesuatu yang bakal menyesatkan jiwanya. Dan yang paling teruk, sesuatu yang akan bermain dengan imannya. Ya, iman yang terdapat pada seorang muslim. Iman, tiada harga atau nilai yang mampu membelinya, kerana iman yang sebesar zarah jugalah yang akan membantu seorang muslim untuk terhindar dari api neraka. Sungguh menyeramkan apa yang akan Izrul lakukan selepas ini. Dia tidak kisah, Izrul sanggup melakukan apa sahaja untuk mengubah takdir ini. Izrul sanggup mengorbankan IMANNYA agar Qistina balik ke bekas tunangnya semula.

===============================

Shams Al-Ma'rifWhere stories live. Discover now