BAB 2 | USTAZ IMRAN

4 0 0
                                    

Ustaz Imran yang berasal dari negeri Perak, terkenal di kampungnya di Kuala Kangsar kerana memiliki kemahiran yang mampu meruqyah orang yang dirasuk dengan jin ataupun syaitan. Dengan teknik dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca oleh Ustaz Imran telah menyelamatkan puluhan nyawa manusia dari diganggu makhluk atau entiti yang pelik. Dengar kata orang kampung, Ustaz Imran pernah membuang saka belaan turun-temurun dari seorang mangsa dan pernah menyembelih jin. Mendengar khabar tersebut, Ustaz Imran hanya mampu tersenyum dan ketawa sinis kerana orang kampung memang suka menokok tambah cerita. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa kehidupan orang kampung menjadi semakin baik tanpa gangguan jin semenjak Ustaz Imran sering meruqyah penduduk yang menjadi mangsa gangguan jin dan syaitan.

"Aina, ini mak sayang, janganlah buat mak macam ni, kesian la kat mak." Terdengar suara perempuan tua yang sedang menangis teresak-esak sambil merayu-rayu kepada anaknya.

"KAU PEREMPUAN SUNDAL. PATUT KAU MAMPUS LAGI BAIK. AKU HARAP SUAMI KAU MENYESAL KAHWIN DENGAN PEREMPUAN SUNDAL MACAM KAU." Ayat yang kasar itu dilontarkan sendiri oleh anaknya. Walau bagaimanapun, Mak Jah berasa sungguh terkejut dengan kelakuan anak dara nya ini. Aina baru sahaja pulang dari mengaji di surau berdekatan. Setiba sahaja Aina di rumah, mukanya bertukar menjadi pucat dan bersikap kasar terhadap Mak Jah. Suasana menjadi lebih ngeri apabila Aina mengambil sebilah pisau dan mengacukannya kepada Mak Jah. Mak Jah berlari ke bahagian ruang tamu dan terjatuh ke atas lantai apabila kakinya terseliuh. Mak Jah merangkak menuju ke sofa berdekatan dan bersandar. Tubuh badan Mak Jah menggigil melihat anaknya, Aina berperilaku sedemikian rupa. Namun, Mak Jah berasa lebih takut kerana dia sedar bahawa dirinya akan dijemput ajal. Hanya satu tikaman pisau pada bahagian leher Mak Jah, dan dia akan mati.

Aina mendekati Mak Jah, tona suaranya mula berubah. "Shhhhh, jangan nangis mak. Aina dah okey dah. Aina dah sembuh. Lepas ayah meninggal, Aina rasa makin senang hidup Aina. Tak payah kena bebel lagi dah sebab tak solat Subuh, tak payah kena rotan lagi dah sebab tak baca Quran. Aina suka sangat ayah tak ada. Aman hidup. Lagi AMAN HIDUP KALAU PEREMPUAN SUNDAL MACAM KAU PUN IKUT SUAMI KAU MATI SEKALI!" Aina menyerang Mak Jah dengan pisau tetapi sempat ditepis oleh seseorang.

Pisau dapur itu terpelanting jauh ke kaki sofa. Mak Jah akhirnya membuka mata dan terkejut apabila melihat Ustaz Imran sedang berada betul-betul di hadapannya. Mak Jah menarik nafas lega dan merangkak ke bahagian pintu masuk rumahnya sambil memerhatikan kejadian yang sedang berlaku. "Ustaz, tolong saya ustaz, anak saya nak bunuh saya ustaz.." rayu Mak Jah. "Tu bukan anak makcik." Balas Ustaz Imran. Terbeliak mata Mak Jah mendengar respon dari Ustaz Imran.

[Berlaku dialog di antara Ustaz Imran dan jin yang berada di dalam tubuh Aina]

Ustaz Imran: "Siapa nama kau?"

Jin: "Aina...."

Ustaz Imran: "Kau jangan tipu aku wahai iblis. Aku tau kau tengah kawal badan budak ni. Sekarang cakap, siapa nama kau?"

(Suasana menjadi semakin tegang)

Aina berlari ke arah kaki sofa untuk mengambil pisau itu semula tetapi gagal kerana pergerakkannya sempat dikunci oleh Ustaz Imran.

Ustaz Imran: "Aku tanya sekali lagi, siapa nama kau?"

Jin: "Za'ban!"

Mak Jah terkejut lalu mengalirkan air mata setelah mendengar pengakuan itu. Ternyata yang sedang bercakap itu bukanlah Aina, tetapi ianya adalah seekor jin yang telah merasuk tubuhnya sewaktu Aina sedang dalam perjalanan dari surau ke rumah.

Ustaz Imran: "Kau jin islam atau jin kafir?" Soal Ustaz Imran tegas.

Jin tersebut tidak menjawab soalan Ustaz Imran. Sebaliknya, dia hanya ketawa dan berkata "NYAWA KETURUNAN MUHAMMAD HANYALAH MAINAN BAGI AKU, KAU HALAU AKU SEKARANG, LEBIH BANYAK LAGI YANG DATANG"

Tanpa membuang masa, Ustaz Imran terus membaca surah Yunus ayat 81-82.

فَلَمَّآ أَلْقَوْا۟ قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئْتُم بِهِ ٱلسِّحْرُ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ سَيُبْطِلُهُۥٓ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ ٱلْمُفْسِدِينَ ٨١

وَيُحِقُّ ٱللَّهُ ٱلْحَقَّ بِكَلِمَـٰتِهِۦ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْمُجْرِمُونَ ٨٢

"Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. "Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa".

Setelah Ustaz Imran selesai membacanya, Aina mulai muntah di atas lantai dan terus pitam. Alhamdulillah, jin yang dikenali sebagai Za'ban tadi telah pun berjaya dihalau oleh Ustaz Imran dari tubuh Aina. Orang kampung mula mengerumuni rumah Mak Jah dan menolong mereka. Ustaz Imran melaungkan azan di setiap penjuru rumah Mak Jah supaya ianya dipagar dan secara langsung menghalangi jin atau syaitan untuk masuk ke dalam.

Aina kembali beransur pulih dari pening kepala selepas meminum air yasin yang dibacakan oleh Imam Rahmat. Sementara itu, Mak Jah sedang bersembang dengan Ustaz Imran tentang perkara yang terjadi sebelum kedatangannya. Ustaz Imran mengangguk faham. Jam menunjukkan pukul 11:14 malam. Setelah satu jam orang kampung membantu menemani dan menenangkan Mak Jah, mereka pun pulang ke rumah masing-masing termasuklah Ustaz Imran. Sebelum Ustaz Imran meminta diri, Mak Jah sempat membancuh air kopi dan membakar roti untuk dihidangkan kepada Ustaz Imran untuk membalas jasanya kerana menolong Mak Jah dan anaknya, Aina. "Ustaz, terima kasih banyak-banyak sebab tolong kami. Ni je yang saya mampu buat untuk balas jasa baik ustaz. Kalau ustaz tak ada dekat situ tadi, saya rasa saya dah mati dah ustaz. Saya takut ustaz.." Ujar Mak Jah dengan suara yang serak. "Mak Jah, Mak Jah dengan Aina selamat atas izin Allah SWT, bukan sebab saya. Mak Jah kena yakin dengan Allah. Dia takkan tinggalkan kita dalam apa jua keadaan. Jangan takut dengan iblis, iblis suka benda tu, Banyakkan berdoa kepada Allah supaya dia lindungi kita. Apa-apa pun, saya doakan Mak Jah sekeluarga dalam keselamatan yang baik. Insyaallah Aina dah okey, Mak Jah tengok-tengokkan dia nanti, jaga dia." Jawab Ustaz Imran setelah menghirup air kopinya yang dibancuh Mak Jah. Mak Jah hanya mengangguk. "Oklah Mak Jah, saya mintak diri dulu, dah gelap dah ni. Assalamualaikum" ucap Ustaz Imran. "Waalaikumusalam." Jawab Mak Jah.

Suasana yang seram dan ngeri sebelum kedatangan Ustaz Imran dan orang kampung sebentar tadi akhirnya diakhiri dengan malam yang sunyi dan sepi. Mak Jah menutup pintu rumah lalu menguncinya. Mak Jah menjenguk Aina yang sedang tidur di atas katilnya yang empuk itu. Mak Jah merenung wajah Aina yang sedang nyenyak tidur dan secara tiba-tiba mengimbas kembali kenangan lama mereka sekeluarga. Aina akan datang ke bilik Mak Jah pada setiap malam untuk tidur bersama ayah dan ibunya. Hubungan Aina dengan ayahnya amatlah rapat dan tidak boleh dipisahkan bagai isi dengan kuku. Meskipun Aina sering dimarahi dan dirotan oleh ayahnya kerana malas solat dan mengaji, tetapi Aina tahu ayahnya berbuat demikian kerana kasih sayangnya terhadap Aina amat besar. Setelah kematian ayahnya, perangai Aina mula berubah. Mak Jah cuba sedaya-upaya untuk menggembirakan hati anaknya pada setiap hari, namun reaksi yang diberikan Aina hanyalah reaksi yang kosong. Mak Jah tahu bahawa Aina amat berasa terkesan dengan pemergian ayah kandungnya yang tercinta, tetapi sampai bilakah Aina harus menunjukkan sikap yang sama pada setiap hari. Mak Jah memandang wajah anaknya sambil berdoa di dalam hati kepada Allah SWT untuk melembutkan hati Aina agar dia redha dengan Qada' dan Qadar Allah. "Mak?" Aina memanggil maknya dengan suara yang lemah. "Ye Aina?" balas Mak Jah. "Mak, Aina nak mintak maaf dengan mak. Selama ni Aina tak pernah nak layan mak dengan baik, Aina selalu kurang ajar dengan mak. Aina menyesal mak, mungkin ini balasan Allah untuk anak derhaka macam Aina ni. Maafkan Aina mak" Ujar Aina. "Ya Allah Aina, kenapa cakap macamtu, tak, mak tak pernah terasa dengan Aina pun sebelum ni, walaupun sekali, tak pernah. Mak faham, Aina rindukan ayah. Mak pun rindukan ayah, Aina." jawab Mak Jah. "Aina sayang mak dunia akhirat, maafkan Aina tau mak" Balas Aina. "Mak sentiasa maafkan kamu, Aina" Ujar Mak Jah sambil memberikan kucupan ke dahi Aina. Mak Jah memeluk anaknya sehingga mereka dua tertidur di dalam dakapan.

===============================

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 24 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Shams Al-Ma'rifWhere stories live. Discover now