17 YUSUF BALQIS

378 28 4
                                    

Beberapa tahun sebelumnya.

SEIN membenarkan gerangan yang mengetuk pintu bilik pejabatnya. Pandangan masih dihala pada kertas kerja walaupun gerangan tersebut sudah berdiri di hadapannya. Hujung mata menangkap gerangan tersebut membongkokkan sedikit badan padanya.

"Wèishéme? (Why?)" soal Sein mengenai kehadiran pembantu peribadinya merangkap pengawal peribadi yang memerhati setiap gerak geri adiknya.

Lelaki tersebut jeda sejenak sebelum bersuara. Sungguh dia gentar untuk memaklumkan perihal ini pada majikannya.

"Guānyú Fing. Wǒ zhǐshì xiǎng ràng nǐ zhīdào tā yǐjīng yǒu yīgè xīngqí méiyǒu shàngkèle. Wǒ wènle tā de yīxiē péngyǒu. Tāmen gěi chū de dá'àn shì xiāngsì de, tāmen yě bù zhīdào Fing zài nǎlǐ. (About Fing. I just wanna let you know that she didn't attend her classes for one week. I asked some of her friends. The answer they gave were similar, they also didn't know where Fing was)" maklumnya dengan sekali nafas.

Tangan Sein terhenti daripada menulis sesuatu di dalam laporan. Pen di tangan diletakkan ke atas meja sebelum dia mengangkat wajah. Ingin menumpukan sepenuhnya terhadap maklumat sedang disampaikan.

"Nǐ jiǎncháguò tā de fángzi ma? (Have you checked her house?)" soal Sein dengan wajah datar.

Tiada segaris senyuman di wajahnya tanda dia sedang tidak main-main. Tambahan pula mengenai seorang gadis yang amat bermakna di dalam hidupnya. Seorang gadis yang dicintai dan dikasihi sepenuh hati sehingga akhir hayatnya.

"Shì de, tā yǐjīng sān tiān méiyǒu chūláile. (Yes and she didn't come out for three days)" jawab lelaki tersebut dengan rasa takut.

Bagaimana tidak takut apabila perasan pada renungan yang diberikan oleh Sein. Renungan tajam yang bagaikan dapat menghiris bebola matanya.

Reflek Sein berdiri mendengar balasan daripada pembantunya itu. Rasa marah membuak apabila gerangan di hadapannya tidak cekap melakukan kerja sehingga setelah tiga hari baru memaklumkan pada Sein. Apakah pembantunya ini bodoh? Jikalau berlaku perkara yang tak diingini terhadap Fing bagaimana?

"Nǐ de nǎozi jìn shuǐ a?! Tā tā mā sān tiān méi chūlái, nǐ jīntiān cái gàosù wǒ?! (Are you out of your mind?! She didn't come out for three f- days but you just told me today?!)"

Tidak membuang masa, Sein bergegas keluar. Dia perlu memeriksa keadaan adik perempuannya. Satu-satunya adik perempuan yang Sein miliki. Xiang Fing atau nama islamnya Fing Adiratna Xiang binti Xiang Lui. Sejak memeluk islam gadis manja itu meminta untuk tinggal asing daripadanya.

Lagi pula kediaman baru Fing lebih dekat dengan tempat pengajiannya. Jadi, ia akan memudahkan Fing untuk ulang alik ke kelas. Namun, Sein merupakan seorang abang yang sentiasa risau dengan keadaan adiknya. Oleh sebab itu, orang kanan Sein diupah untuk sentiasa memantau keadaan Fing.

Beberapa minit masa diambil untuk sampai ke kediaman baru Fing. Pintu diketuk tetapi tidak mendapat sahutan. Malahan, laungan yang dilakukan juga tidak membuahkan hasil. Sein tiada pilihan selain memecahkan pintu utama dan berlari ke bilik Fing.

YUSUF BALQISWhere stories live. Discover now