CHAPTER 5 : BLESSING

2 1 0
                                    

      

    "Aiden, oh Aiden". Wan cuba melihat sekiranya ada tindak balas daripada Aiden. Tidak lama kemudian,Aiden membuka matanya dan melihat Wan serta Ash di sebelahnya. "Saya kat mana ni?"

     "Kita sekarang di rumah rawatan." jawab Ash. Setelah kejadian yang melanda  pusat bandar Fleur beberapa jam yang lalu, ramai rakyat telah cedera akibat diserang Gargantuar - Gargantuar tadi. Sekarang semua sudah mulai kembali ke suasana asal.

     "Di mana Zey?" Aiden perasan bahawa Zey tidak ada bersama Ash kali ini. Ash memberitahunya bahawa Zey sedang menolong beberapa makcik untuk memasak makanan untuk para pesakit.

  Aiden berasa begitu lega kerana semuanya sudah berakhir. Ya,buat masa sekarang semuanya sudah tenang tetapi tidak pasti hari ke depan nya. "Wan, setelah saya sihat seperti biasa, jumpa di tempat biasa ya," tanya Aiden. Wan mula mula kelihatan bingung namun langsung menganggukkan kepalanya.

BEBERAPA HARI KEMUDIAN...

    Ash dan Zey sudah mulai mengemas katil mereka kerana mereka berhasrat untuk ke lokasi seterusnya. Di manakah itu? Mereka pun tidak tahu . Bilik Zey sudah siap dikemas,kerana bosan dia ke bilik Ash. Ketika mereka sibuk menyimpan beberapa gelas, terdengar ketukan di pintu bilik.

    "Ash,Zey,Wan ni!" Ash pun terus membuka pintu dan terlihat lah lelaki itu dengan suit nya . "Wan,segak nampak. Nak ke mana?" tanya Zey. Wan tidak bercakap banyak lalu menyuruh mereka bersiap dahulu. Dia telah menyuruh beberapa orang untuk mengemas bilik tersebut.

     Setelah beberapa minit, akhirnya mereka tiba di Istana Floral. "Aiden telah menyuruh saya untuk membawa kamu berdua ke sini." Zey dan Ash hanya mengangguk lalu mereka bertiga pun masuk ke dalam untuk bertemu Aiden. Suasana di dalam sana sangat meriah. Seakan akan mereka berdua adalah jemputan yang dinanti nantikan.

    "Sampai pun kamu berdua. Sila duduk dahulu." ajak Aiden lalu dia bangun dan pergi ke tempat berucap. "Rakyat sekalian, berdirinya saya di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada Wan,rakan saya, kerana telah menolong saya melawan serangan yang telah berlaku ke atas kita baru baru ini." Aiden pun melihat ke arah Ash dan Zey yang asyik berbual sesama mereka.

    "Selain itu,majlis ini juga diadakan bertujuan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dua tetamu kita ini ". Seketika Ash dan Zey langsung berhenti bercakap kerana malu. Aiden dan Wan tergelak sedikit melihat kerenah mereka. "Tanpa membuang masa lagi,mari kita teruskan majlis kita."

    Majlis itu berlangsung dengan begitu meriah dan ceria. Ash yang sudah kenyang setelah makan beberapa pinggan ayam bakar langsung duduk lalu tertidur. Zey yang hanya mengambil semangkuk mi kari itu mencari keberaadaan Aiden. Terlihat Aiden sedang berbual bersama Wan di meja makan.

       "Aiden,boleh tak saya tanya sesuatu"?. Aiden langsung meletakkan pinggan nya dan mendengar. "Ada apa apa tips tak untuk kami sebelum meninggalkan wilayah ini?" . Soalan itu membuatkan Aiden teringat satu perkara penting.

       "Rakyat sekalian!! Mari kita ke luar istana. " Tanpa berbasa basi, mereka semua pun pergi ke halaman istana itu. "Ash, Zey, sila berdiri di depan saya" . Zey dan Ash pun berdiri tegak di hadapan pemerintah wilayah Fleur itu. "Terima kasih kerana telah singgah ke wilayah ini dan membantu saya walaupun sedikit".

   Ash langsung tersengih seperti kerang busuk manakala Zey malu malu kucing. "Saya menganugerahkan kamu berdua, Blessings of the Pure Petal". Lalu muncul seperti kilauan bewarna hijau lalu menyelubungi tubuh mereka berdua. "Kamu berdua akan sentiasa dialu alukan ke sini. Singgah lah kalau ada masa", kata Wan.

      Hari sudah menjelang tengah hari, dan mereka sudah mulai berangkat pergi. "Sekejap,ambil buku ini." Aiden pun menyerahkan sebuah buku kecil yang disaluti permata emas dan hijau. "Buku ini akan memudahkan kamu nanti". Ash dan Zey mengangguk lalu mengucapkan terima kasih. "Semoga daun daun bertiup menemani kamu berdua" , kata Aiden.

DI HALL OF DIVINATION

    "Tuan, saya mendapat berita bahawa Amanda telah terkorban di kerajaan Fleur ",kata seorang hamba milik Mr Silver. Mr Silver terlihat seperti tidak ambil tahu walau sedikit pun mengenai perkara itu. "Ouhh,malang sekali. Seperti nya malam yang lain,aku harus menyewa wanita lain agar tidak sunyi ketika di katil".

     Mr Silver terus melihat ke arah tingkap yang menunjukkan pemandangan yang hanya dipenuhi kabus. "Seperti nya aku perlu orang lain untuk mengikuti dua manusia itu." Dia cuba berfikir dengan strategi yang bermain main di fikirannya.


     Kembali kepada Ash dan Zey, mereka memutuskan untuk berhenti di bawah pokok redang kerana matahari sudah tegak di atas kepala mereka. "Agak agaknya,kita akan ke mana ya lepas ni?" tanya Ash. Zey mengangkat bahu tanda tidak tahu dan mereka pun berbaring untuk merehatkan minda.


TO BE CONTINUE....
VOTE YA (⁠ʘ⁠ᴗ⁠ʘ⁠✿⁠)
     

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

STARGAZER Where stories live. Discover now