CHAPTER 3 : MIDNIGHT RAVEN

5 3 0
                                    

       Terlihat Aiden sedang membelek beberapa helai manuskrip yang sudah menjadi salah satu harta penting kerajaan Fleur. Sebagai seorang pemimpin, dia perlu mengetahui setiap perkara yang ada di kerajaan itu.

     "Lama sudah kita tidak berjumpa,Aiden " sapa Wan setelah melihat Aiden. Aiden hanya tersenyum lalu meletakkan pen nya di dalam bekas di hadapannya.

    " Wan, lain kali ketuk dahulu sebelum masuk, kita kena beradab" pesan itu membuat Wan hanya tersentak sedikit. Aiden hanya menggelengkan kepalanya lalu melihat dua lelaki di sebelah rakannya itu. " Oh,mereka adalah manusia yang tersesat di wilayah kita. Ini Ash dan ini Zey." terang Wan.

Aiden pun menganggukkan kepalanya lalu memanggil beberapa orang suruhannya ke mari. "Tidak sopan sekiranya tetamu kita tidak mempunyai tempat untuk berehat. Kamu bertiga,bawa mereka berdua ke Bloom Hotel. " arah Aiden. Ash dan Zey amat bersyukur kerana mereka mempunyai masa untuk berehat seketika.

      Ketika mereka semua hendak ke hotel. Aiden berkata " Wan, saya nak bercakap dengan kamu sekejap". Wan pun mengangguk lalu pergi ke ruangan perbincangan di sebelah kirinya. Ash dan Zey hanya senyap kerana mereka tidak berhak untuk tahu. Setelah beberapa minit, akhirnya mereka tiba di lobi hotel tersebut.

     Ash mengucapkan terima kasih kepada orang suruhan Aiden yang telah mengiringi mereka berdua. Dari lobi sahaja sudah terlihat kemewahan yang begitu aesthetic dengan corak flora yang begitu menenangkan. Setelah mengambil kunci, mereka pun ke bilik masing masing. "Ash, apa plan kita esok?" tanya Zey. Ash memikirkan jawapan yang harus diberikan. "Tengok lah macam mana. Goodnight". Setelah itu,mereka pun masuk ke bilik masing masing untuk berehat. Mereka perlu menenangkan fikiran mereka untuk keesokan hatinya.

Di Istana Floral

  " Awak ada dengar pasal kes yang berlaku semenjak beberapa hari ni?" tanya Aiden. "Mestilah, sebagai pegawai keselamatan di wilayah ini, saya perlu peka dengan setiap perkara" ,jawab Wan. Sebenarnya, rakyat di wilayah tersebut telah mengalami mimpi ngeri setiap kali malam menjelma. Lebih tepat lagi, ketika tengah malam.

    Rakyat akan mendapati barang barang mereka yang hilang diambil oleh "hantu bayang" atau lebih dikenali sebagai Midnight Raven. Setiap kali ada rumah yang diceroboh, akan ada sehelai sapu tangan bewarna ungu di depan pintu mereka.

   " Perkara ini tak boleh dibiarkan, saya risau kalau keselamatan rakyat terjejas. " kata Wan. Aiden cuba memikirkan langkah langkah untuk menangani kes misteri ini. " Seperti nya, tiada cara lain kecuali membuka Mystic Codex." kata Aiden. Dia pun pergi ke rak buku miliknya lalu menarik salah satu buku yang disusun dan sebuah pintu rahsia terbuka di sebalik rak tersebut.

     Wan dan Aiden pun memasuki ruangan rahsia tersebut lalu terlihatlah satu buku yang bersinar terang di bawah cahaya bulan. "Inilah Mystic Codex, harta wilayah Fleur yang paling berharga". Aiden pun membaca sesuatu lalu buku itu terbuka lalu sehelai demi sehelai halaman buku tersebut terbang dan mengelilingi Aiden. Wan hanya melihat kekuatan magis rakannya itu.

Di pusat bandar

   "Seperti nya sasaran kita pada malam ini ada di hotel itu. Jom berseronok, sayangku" goda Amanda kepada Oscar, lelaki yang dia"rawat " petang tadi. Mereka pun tiba di hotel itu , tetapi mereka tidak akan masuk melalui lobi, melainkan menerusi jendela.

    Oscar melempar cangkuknya ke atas lalu dalam beberapa saat, mereka telah berada di balkoni sebuah bilik. Ya, itu adalah bilik Ash. Dengan menggunakan magis gelap, Amanda dapat membuka jendela bilik itu tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Terlihatlah Ash yang sedang diulit mimpi di katilnya. "Oscar, selesaikan lelaki itu, biar aku yang buat kerja". Oscar hanya mengangguk lalu menghampiri Ash.

     Di tangannya sudah terlihat pisau belati yang begitu tajam,bersedia untuk menembusi sesiapa sahaja. Sementara itu,Amanda yang baru sahaja ingin memeriksa beg Ash, merasakan sesuatu yang tidak kena. Tiba tiba, muncul sebuah cahaya terang di tengah bilik itu. Oscar langsung terkejut lalu menutup matanya dan tersungkur ke lantai. " Huh,Aiden." bisik Amanda. Terlihat Aiden dan Wan yang baru sahaja teleport ke bilik Ash.

"Wan,bawa Ash ke bilik Zey. Biar saya yang menangani dua penyangak ini." Oscar yang sudah dikaburi api kemarahan langsung meluru ke arah Aiden. Aiden pun memetik jari lalu Oscar langsung tersungkur begitu sahaja.

"Amanda, long time no see you," kata Aiden. Amanda langsung tersenyum lalu mengeluarkan sebuah cahaya merah terang yang membuatkan Aiden menutup matanya kerana silau. Tanpa dia sedari, Amanda sudah melarikan diri begitu sahaja. Aiden hanya mengeluh lalu pergi ke bilik Zey untuk bertemu Wan.

    Wan yang menggunakan magis nya untuk menidurkan kedua dua lelaki itu agar tidak terbangun secara tiba tiba. "Mereka tidak terbangun atau terdengar apa yang berlaku,kan? " Wan mengangguk lalu berganjak dari kerusi yang didudukinya. "Amanda terlepas kan?" tanya Wan. Aiden hanya menunduk kerana dia agak kecewa kerana tidak dapat bertindak pantas untuk menangkap Amanda. "Tak apa, saya percaya nanti awak akan berjaya menangkapnya." Wan memberikan kata kata semangat kepada Aiden agar terus semangat.

     Aiden dan Wan pun meninggalkan tempat tersebut dengan Oscar sekali. Mereka tidak mahu timbulkan kekacauan yang baharu pula nanti. Biarlah malam itu berlalu dengan sebaiknya.

Beberapa hari kemudian...

    "Ash dan Zey, nak pergi melawat taman terkenal di wilayah ini tak?" tanya Wan. Mereka berdua langsung mengangguk lalu berjalan berhampiran Wan. "Wan,apa hubungan Wan dengan Aiden?" tanya Zey.

    " Kami sebenarnya rakan rapat dari kecil lagi.Aiden lebih ke magis tumbuhan,manakala saya ke arah magis penjagaan. " terang Wan. Ash dan Zey hanya mengangguk tanda faham. "Kami selalu berjuang bersama sama demi menjaga keamanan wilayah Fleur ini." Wan tersenyum sendiri ketika mengingati bagaimana susahnya untuk memanah untuk pertama kali .

    Aiden selalu menjadi gurunya kerana dia tahu, kawan akan lebih memahami sekiranya kawan yang mengajar. "Okey, sekarang awak kena bertenang,tegakkan badan dan tarik nafas." Wan mengikuti setiap gerak geri Aiden dan berjaya melepaskan anak panah, buat pertama kalinya kena tepat ke sasaran.

   "Ada juga ketika-" tiba tiba telinganya seperti berdesing. "Aarghh!!" Dia bergelut dengan desingan tersebut. Ash dan Zey mahu menenangkan Wan tetapi menahan tindakan mereka. "Suka hadiah yang aku bagi,Wan?" tanya Amanda yang berada di atas pokok epal di hadapan mereka.

   "Siapa kau ni?" tanya Zey ketakutan. Amanda hanya tergelak lalu bergerak menghampiri Zey. Wan langsung sedar lalu berdiri di hadapan kedua dua lelaki itu. "Jangan kau sentuh diorang,Amanda. " Wanita itu pun langsung mengundukan diri lalu melihat ke arah pusat bandar.

   "Pilih,sama ada mereka atau bandar itu akan hancur oleh Gargantuar Mawar milik aku dalam beberapa jam sahaja." kata Amanda. Wan dalam dilema. Dia harus memilih antara dua pihak yang penting....



TO BE CONTINUE
VOTE YA (⁠ ⁠ꈍ⁠ᴗ⁠ꈍ⁠)

STARGAZER Where stories live. Discover now