Part 7

103 4 0
                                    

      Lanun yang bernama Rofdop melarikan diri bersama anak buahnya. Sudah hampir 2 bulan Tuanie disini bersama yang lain. Misi pencarian Rofdop di lakukan di dalam 'Eventis clue people'. Ia nya adalah satu aplukasi penduduk Eventis untuk mencari sahabat ataupun musuh. Pulau Eventis memang terkenal dengan lanun durjana. Kehilangan Romaszie ketika di ikat di atas kapal pun di kesan menggunakan aplikasi ini. Zaman canggih.

       Hari ini, Romaszie mencadangkan agar mereka dinner di Food Eventis. Food Eventis terkenal dengan makanan mewah. Budjet kena tinggi.

       "Bss... bss... Darin. "
    
      Darin menoleh apabila namanya di panggil.

        "Jom keluar nak?" Soal Nafilia berbisik.

      "Nak pergi mana? " Soal Darin semula.

      "Saya lupa bawa baju cantik lah .Tak kan lah saya nak pergi pakai baju and seluar. Tak perfect lah. "

        "Kita keluar pergi mall nak? Saya dah bosan duduk di sini. Asyik terperuk dalam rumah ni aje. Bosan lah. " Mendengar cadangan Nafilia, mula muncul senyuman lebar Darin. Terus sahaja gadis itu berlalu ke Tuanie. Nafilia pula melihat Darin ke Tuanie, dia pula ke Romaszie. Sudah pasti perlu meminta kebenaran dulu kepada bos mereka. Bos mereka itu kan cengeng sikit.

        "Tuan, saya nak minta kebenaran keluar dengan Nafilia ke mall boleh? " Lembut sahaja suara gadis itu meminta kebenaran.

      "No." Ringkas jawapan Tuanie.

       "Please, tuan ? "

        "No, Darin. "

         "Ala, tuan bukannya suami saya pun."

          "Kau lupa ke ?"

           "Ala, baru tunang je.Bukannya dah nikah. "

        Ya mereka sudah bertunang , ini semua kerana ibu bapa Tuanie. Mereka sungguh berkenan dengan Darin. Jadi dia memaksa Tuanie agar menikahi gadis itu. Jika tidak Tuanie akan di nikahkan dengan janda kaya sebelah rumah mereka. Janda tak sedar diri.

        Lebih baik di bernikah dengan Darin, Muda, cantik, comel dan yang paling penting mereka ada perasaan yang di sorokkan. Tuanie menyorokkan dengan wajah bekunya. Darin menyorokkan dengan kebiasaan perangainya. Lagi pun, Darin sudah tidak ada tempat bergantung. Abangnya pun sudah lama tidak bertemu , semua ini selepas dia dan kakanya dibawa jauh dari tempat mereka menetap dahulu.  Dahulu mereka tinggal di London sana, sekarang berpindah ke Malaysia. 

       "Kau dengan Nafilia aje ke? " soal Tuanie kembali, dia tahu Darin sudah bosan di rumah tidak keluar. Wanita itu pula kaki jalan. Asyik terperuk di rumah aje, BOSAN! 

        Laju Darin mengangguk.

      "Aku ikut. "

       "Tapi saya nak spend time dengan dia aje, "  balas Darin kembali.

       "I will follow you, no matter what your answer is. Here many of our enemies know you two, " jawab Tuanie tanpa menoleh ke arah wanita kesayangannya.

      Mengeluh Darin dibuatnya.

       "Darin... Romaszie ikut. " Nafilia juga mengeluh sambil melentokkan kepalanya di atas bahu Darin.

        Dia juga sudah bertunang dengan Romaszie, mereka sudah tahu perasaan masing - masing. Selepas 4 hari Tuanie dan Darin bertunang, tiba pula giliran mereka. Hubungan mereka sudah di restui dan di persejutui oleh ibu bapa masing - masing. Ini semua bocor kerana Darin.

        " No freedom for us. " Serentak Darin dan Nafilia berkata sebelum mengeluh.

       Tanpa disedari Tuanie dan Romaszie melihat bakal isteri masing - masing dari atas.

       'Comel lah tunang aku ni'

       Gumam hati masing - masing

       Sebeku - beku Tuanie dia msih ada perasaan seperti orang lain.  Dia hanya manusia biasa yang mempunyai dosa dan aib...  hanya Allah yang menutupi segala kejahatan yang dia lakukan.  Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

____________________________________

     " Sakan korang berbelanja. " Dilihat beberapa beg mall yang ada di tangan diorang. Black card kepunyaan Tuanie dan Romaszie masih ditangan Darin dan Nafilia. Sekarang diorang masuk kedalam kedai kasut di mall itu. Sungguh cantik semua rekaan kasut di situ. Mula lah rambang mata Darin dan Nafilia.

        "Awak, saya nak yang ni boleh? " Soal Nafilia.

       "Boleh. " Balas Romaszie sambil tersenyum manis ke arah tunangnya.

       "Awak, yang hitam ni sesuai tak untuk saya? " soal Darin sambil menyarung heels hitam pilihannya .

       "Kalau kau rasa okey, aku seribu kali okey. "Jawab Tuanie jujur. Wajah beku , dalam hati ada taman.

       Walaupun tangan sudah penuh, tetap juga mereka melayan karenah tunang mereka. Dan akhirnya...

        Darin mengambil 6 pasang kasut heels dan Nafilia mengambil 4 pasang kasut heels.

         Dan, seterusnya. Kedai make up.

         Kedua wanita itu berlari ke arah tempat lipstik .

        Dicapai tangan Tuanie lalu dicalitkan sedikit lipstik di tangan berurat itu . Sesuka hati aje hendak menconteng ditagan orang. 

        Tak cukup dengan itu, dicapai lipstik yang berlainan warna lalu di tenyeh di mulut Tuanie Adran. Merah merona bibir lelaki itu. Di ambil pula eyeshadow , diratakan di kelopak mata. Seterusnya di gapai blusher berwarna Coral . Kemudian di ambil makeup yang lain di solek lelaki itu seluruh wajah. Nasib lah kau itu Darin , kalau orang lain dah makan penyepak gamaknya .

        "Dah cantik !"

          Bertepuk tangan Darin apabila hasil solekkannya mengena pada cita rasa . Di panggil pula pelayan pelanggan .

         "Can I get a makeup color like this? I want to get it, my makeup color is beautiful." Dikata kepada pelayan itu.Sambil menunjuk wajah Tuanie. Terlihat pelayan itu juga menahan ketawa. Jangan ketawa dekat lelaki ini .Mafia tu, kena bunuh tak sepasal.

        "Of course you can . " Setelah mekangkah beberapa tapak akhirnya lepas juga ketawanya. Tuanie hanya merenung tajam pelayan itu kerana mengetawakannya.

       "You are so handsome," sengaja diusik lelaki itu.

      "No, i'm so beautiful now, "balas Tuanie semula.

       "Tuanie !" Romaszie memanggil lelaki itu ketika Darin dan Nafilia membuat bayaran menggunakan black card mereka.

     Bwuf... Romaszie menahan ketawa apabila melihat wajah sepupunya. Tuanie mempamer muka dingin dan tidak puas hati. 

     "HAHAHA! "

     Ketawanya lepas apabila melihat muka pasrah lelaki itu.

     Terus Tuanie mengakat penumbuknya. Memberi isyarat supaya dia diam.

      "Okey... " Romaszie mengangkat kedua tangannya menunjukkan dia sudah mengalah .



CINTA MAFIA : THE KING OF LIONSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang