Prolog

12 3 0
                                    

"Nama diberi Naleen Amaryllis Park Binti Nabeel Park. Jangan tanya kenapa nama aku ada Binti walaupun dah ada nama keluarga kat belakang, aku pun tak tahu sebab Papa aku yang tulis macam tu kat IC"

Naleen menjeling seketika sebelum kembali membetulkan tudung nya di hadapan cermin.

"Umur aku baru 28 tahun. So tak perlu panggil aunty ya. Aku dah 5 tahun jadi peguam, kenapa aku jadi peguam pun aku tak tahu tiba-tiba je dah jadi peguam"

Tangan nya ligat mengemas file-file yang berada di atas meja kerja dan memasukkan nya di dalam beg.

Tok..tok..tok..

Pintu yang terletak nama 'peguam Naleen Amaryllis Park' diketuk beberapa kali oleh sahabat karib nya, Chempaka Merissa.

"Masuk" sahut Naleen.

"Weh Eunae kau dah nak balik ke?" Tanya Merissa.

"Jangan lah panggil aku dengan nama tu, cringe tau. Haah, aku dah nak balik ni. Kenapa?" Tanya Naleen semula. Entah mengapa diri nya terasa janggal apabila dipanggil seperti itu.

"Park Eunae tu kan nama kau juga apa salahnya aku panggil? By the way, file nombor 23 ada kat office kau ni tak?" Akhirnya Merissa mengatakan tujuan mengapa dia melawat pejabat Naleen. Ingatkan mahu menyebarkan bawang yang pedas atau lebih tepat mau bergosip. Bak kata tiktok 'spill the tea'

"Ada kat meja tu. Kau tak balik ke?" Tanya Naleen.

"Balik je tapi lewat sikit lah. Aku nak tulis report ni, taknak aku buat kat rumah nanti takde motivate pulak. Byeee " sempat Merissa menjawab sebelum keluar daripada pejabat Naleen.

Naleen hanya mengeleng sebelum mematikan suis lampu pejabat nya lalu keluar.

Kaki nya perlahan-lahan meninggalkan pejabat dengan kedengaran bunyi kasut tumit tinggi nya.

Tangkai KalbuWhere stories live. Discover now