Di sebuah cafe yang penuh dengan pelanggan kerana kecantikan hiasan dan kesedapan kopi yang asli daripada ladang. Banyak pelanggan yang duduk memenuhi meja-meja di cafe itu.
Ada yang kelihatan stres melihat laptop, mungkin menyiapkan kerja dan ada yang bergelak tawa bersama pasangan kekasih.
Terdapat dua kaunter untuk memesan kopi kegemaran pelanggan. kedua-dua kaunter itu berjaya dipenuhi dengan barisan. Maklum lah, cafe terkenal..Berpusu-pusu orang nak merasa minuman buatan cafe ini.
"Alamak! puan maaf tapi wallet saya tertinggal kat office" kata Naleen dengan wajah nya jelas kelihatan cemas apabila menyedari beg berjenama Prada nya itu tidak berisi dompet.
"Astu, coffee ni macam mana? scan pun boleh" tanya seorang wanita lingkugan 40-an dengan dingin.
"Boleh tak coffee tu saya simpan kat sini? saya nak gi office jap nak ambil wallet. Phone saya pun tertinggal"
"Kau ingat ni kantin sekolah ke nak simpan bagai? takkan nak buang coffee ni bila kau tak datang? membazir lah!! aku owner cafe ni tau. Aku dapat rasa yang kau ni sebenar nak mencuri kan? kau tipu wallet kau tu tertinggal astu boleh ambil perhatian pekerja kat sini and kau boleh ambil duit dari cashier ni? DASAR PENCURI!! BAIK AKU REPORT POLIS BIAR MUKA KAU NI MERANGKA KAT PENJARA TU" tengking pemilik cafe itu. Dada nya turun naik, tangan nya mengenggam erat mesin juruwang. Agaknya pernah ditipu sebelum ini mungkin sebab itu dia kelihatan marah yang amat.
Naleen tersenyum senget. Hati nya kian panas apabila mendengar fitnah yang ditabur oleh makcik dah rupa nenek orang ni. Dahlah ramai orang, tak pasal-pasal kena tahan malu!
"What? saya mencuri?"
"Ye lah, kenapa? betul en kau nak mencuri? pakai tudung tapi pencuri!!"
"cabar aku ni" bisik hati Naleen.
"Tuntutan sivil akta fitnah 1957 hukuman pampasan atau ganti rugi dan tuntutan jenayah syeksyen 499 hingga 509 kanun keseksaan kerana menabur fitnah akan dipenjara atau denda. Pilih lah, mana puan nak. Saya pencuri? saya ni anak CEO tau. Dari saya mencuri better saya beli je cafe ni! kalau saya mencuri pun takdelah nak tempat public macam ni. Pilih lah cepat mana puan nak, penjara atau bayar pampasan." Panjang lebar Naleen menjawab. Bila dilihat semula seperti di dalam mahkamah.
"KAU NI MEMANG-"
"Eh, puan takpe. Saya bayar sekali dengan coffee saya ni" Belum sempat pemilik Cafe itu melempar cawan coffee panas ke arah Naleen, tiba-tiba seorang pemuda lelaki sedang menahan tangan pemilik Cafe itu. Dia adalah pelanggan di kaunter sebelah.
"Okay, semua nya RM 50." Kata pemilik cafe itu ringkas.
Lelaki itu membayar dengan ikhlas sambil mengambil secawan coffee milik Naleen itu. Senyuman nya yang indah bak mutiara tu sedikit sebanyak melemahkan jantung Naleen. Rambut yang disikat rapi, berpakaian kemeja warna hitam berlengan panjang dilipat serta bau minyak wangi yang harum memperlihatkan lelaki itu sejuk mata memandang.
"Awak, jom" bisik lelaki itu membawa Naleen keluar daripada kafe itu.
"Terima kasih awak sebab tolong bayarkan coffee ni. Saya nak bayar tadi tapi wallet tertinggal astu-"
"Ye, sama-sama" lelaki itu memotong kata-kata Naleen dengan senyuman manis.
"Awak nak saya bayar bila? awak minum coffee ni dulu saya nak gi office jap nak ambik dompet untuk bayar coffee ni" adu Naleen polos.
"Takpe lah awak, anggap je harini rezeki awak." Jawab lelaki itu selambah sambil menghirup coffee itu.
Naleen hanya memandang lelaki di hadapan nya itu dengan pandangan kagum.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tangkai Kalbu
Fanfic"awak sudi tak jadi isteri saya?" -Maleek Minho Lee "tapi kita beza agama" -Naleen Amaryllis Dua insan yang saling menaruh kasih tetapi iman mereka berbeza seperti laut dan bumi. akan kah mereka menjadi tangkai kalbu atau menjadi abu percintaan. aka...