Part 8

105 6 0
                                    

           "Aku nikahkan dan kahwinkan di kau , Tuanie Adran Bin Tufgie Afwan dengan Darin Aura Nayla Binti Daim Muluid dengan mas kahwinnya RM 40 000 ribu ringgit serta seutas rantai emas tunai."

        Nafas di ambil dalam - dalam. Hati Darin dan Tuanie bergetar hebat.

         "Aku terima nikahnya Darin Aura Nayla Binti Daim Muluid dengan mas kahwinnya RM 40 000 ringgit serta seutas rantai emas tunai ." Sambut Tuanie.

    "Sah? "Soal tok kadi. Dipandang saksi di sebelah kanan dan kirinya

       "Sah. "

     "Sah? "

      " Sah. "

      Dengan perkataan akad itu, serta merta Tuanie dan Darin bergelar suami isteri. Dengan sekali lafaz saja.

      Doa di baca sebelum memulakan sesi pembatalan air wudhuk. Diambil cincin lalu disarungkan di jari runcing Darin. Darin tunduk menyalami lelaki yang baru bergelar suaminya. Doa di baca sambil memegang kepala Darin. Tuanie menundukkan wajahnya sebelum mencium lembut dahi wanita yang bergelar isterinya sebentar tadi.  Air mata mula bertakung ditubir mata Darin. 

      "Wu hoo... sepupu aku dah tak single. " Romaszie mengambil beberapa gambar sambil mengelap air matanya.

     "Pengantin sila berdiri di sana. " Ujar juru kamera sambil menunding jari di suatu sudut yang telah di kemas rapi oleh orang - orang yang bertugas. Serta sudah di hias oleh pihak yang telah diupah. 

       "Let 's go sweetness. " Tuanie menoleh melihat isterinya yang tergamam .

        "Swe... sweetness?" air ditubing mata akhirnya pecah. Dia tidak biasa di panggil seperti itu. Ayahnya selalu memanggilnya bodoh, babi, gila dan sempuama dengannya.

        "Hey, sweetness. Why are you crying ?" tangan itu naik menyentuh lembut pipi Darin, mengelap air mata yang jatuh.

        "Sepatutnya, ayah saya yang salam dengan awak. Tapi ini orang luar. " Lagi laju air mata yang jatuh.

      "Sayang , jangan macam ni. Ayah sayang dah buang sayang. Buat apa kita nak ingat lagi? Dia pun tak sudi nak salam tangan abang. Sebab apa? "

       "Sebab dia tak tahu abang siapa. " Ujar perempuan itu sambil memegang tangan yang ada di pipinya. Ayahnya memang tidak kenali siapa suami Darin kerana dia tidak memberi tahu akan gerangan lelaki itu adalah Tuanie kepada ayahnya. Tuanie yang melarangnya . Baru dia mengatakan hasrat ingin berkahwin, ayahnya terus menendang dia keluar. Tidak mahu melihat muka Darin,  nasib lah ada Tuanie bersama.  Kalau tidak...  entah apa lah jadinya. 

     "Wo... sweet sangat ni. Hormat orang single sama. " Fathvin berjalan kehulur- kehilir seperti orang mabuk.

      "Betul betul...! " Romaszie dan Emir mengiyakan Fathvin. Romaszie tu single ke?

       Mula Romaszie , Fathvin dan Emir berpelukkan.

       "Nanti kita dah tak boleh peluk dia , sebab bini dia aje boleh claim dia. " Emir bersuara sambil menjuraikan air mata.

       "Kita peluk dua orang aje lah. " Romaszie menarik Emir kedalam pelukannya lalu dicium dahi lelaki itu. Eii geli ! Homoseksual ke ni?

       "Aku nak juga. " Fathvin bergolek sampai ke Romaszie lalu sengaja dia mencelah di dalam pelukan Romaszie. Dicium pula dahi Fathvin.

     Nafilia hanya bercekak pinggang melihat perangai Romaszie. Sudah lama lelaki itu tidak menunjukkan perangainya sebab sibuk kerja. And now , it's BACK .

CINTA MAFIA : THE KING OF LIONSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang