_4_ FOUR _4_

4 0 0
                                    

"Dorang orang luar appa! Takkan appa senang-senang nak recruit dorang macam tu je? Hanya sebab dorang dapat selamatkan diri, appa terus nak ambik dorang masuk agensi? Dorang perempuan appa!! Jangan buat keputusan bod-"

"CHOI SEUNGCHEOL!!" Encik Choi bersuara keras memotong percakapan anaknya serta merta.

Suasana di dalam meeting room secara tiba-tiba berubah hening. Semua orang terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Encik Choi. Izana dan Akira keliru dan semestinya tersentak. Mereka sesungguhnya tidak tahu apa-apa.

"Watch your manner while talking. I am your father." Encik Choi menampakkan auranya yang tegas membuatkan yang lain tidak berani bersuara.

"Ini keputusan appa. Muktamad dan kamu semua kena ikut. Appa tahu apa yang appa buat."

Seungcheol kemudian keluar dari meeting room tanpa berpaling. Tidak berpuas hati dengan keputusan appanya mengambil dua orang tahanan mereka sebagai ahli baharu dalam agensi tersebut. Baginya, keputusan itu serba serbi tidak masuk akal. 

Tidak kurangnya Izana dan Akira yang tercengang mendengar berita bahawa mereka ingin dimasukkan ke dalam agensi tersebut. Dugaan apa lagi yang datang ni? Mereka hanya ingin pulang dengan selamat, tapi nampaknya tidak semudah itu.

Ahli yang lain pula terkedu dan hanya mampu berdiam. Suasana berubah tegang dan Encik Choi kembali bersuara selepas mengeluh lemah sebelum kembali berbicara.

"Kamu semua keluar dulu. Kamu berdua.." Arah Encik Choi sebelum memalingkan pandangan tajam ke arah Akira dan Izana.

"I am gonna have a words with you two." Ujar Encik Choi.

Izana dan Akira hanya memandang sesama sendiri sementara yang lain mengambil langkah keluar dari meeting room tersebut.

"So , Akira and Izana right?"

Encik Choi menatap tajam kedua-dua gadis itu. Mundar mandir sambil berpeluk tubuh melihat Izana dan Akira yang kaku tidak berganjak. Mana tidak nya, muka yang bengis itu mampu menyebabkan tulang rusuk bergetar. Kecut perut di buatnya. 

"You must be weird about my decision right?

Izana dan Akira tidak bersuara memandang figura yang sama sekali tidak dikenali oleh mereka itu. Mahu menjawab tapi rasa takut menguasai diri. 

"T-tapi kenapa? saya merayu sangat-sangat Tuan lepaskan kami"

"Betul tu Tuan. Kami nak balik. Kami tak salah Tuan"

Rayuan yang dilakukan sembari melutut dipandang sinis oleh Encik Choi. Izana dan Akira hanya memaparkan muka meraih simpati. Mungkin mampu melembutkan hati manusia di hadapan mereka itu. Encik Choi hanya membalas dengan tawa cemuhan. Meremang bulu roma dua gadis itu ketika mendengar tawa Encik Choi yang seakan-akan mampu memadam hasrat mereka itu. 

"Kau nak balik? Boleh, tak ada masalah. Tapi kau yakin ke kau akan selamat kalau aku biarkan korang berdua merempat kat luar sana?" soal Encik Choi berbaur sindiran.

Kedua-dua gadis itu diam sejenak memproses ayat tersebut. Encik Choi menyandarkan diri seraya menyilang kakinya. Izana dan Akira sekali lagi dipanjang tajam sebelum Encik Choi kembali bersuara.

"Korang berdua masih dibawah tahanan. Korang berdua dah tahu pasal agensi ni which is should have been a secret. Takkan aku senang-senang nak lepaskan korang dan letakkan agensi ni dalam risiko tinggi? Tahanan-tahanan yang sebelum ni pun tak pernah lepas hidup-hidup. Apa yang korang harapkan untuk balik dengan selamat?" terang Encik Choi.

"K-kitaorang takkan bocorkan sebarang maklumat. Kitaorang cuma nak balik kepada keluarga kitaorang." ujar Izana bercampur rintihan. Terdesak lagaknya ingin pulang dengan ke  pangkuan keluarga yang semestinya menjejaki mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐔𝐍𝐤𝐧𝐨𝐰𝐍𝐒Where stories live. Discover now