Chapter 3

23 5 9
                                    

Ainul menghirup boba milk tea sugar brown yang menjadi kegemarannya. Setiap kali dia singgah ke Tealive, itulah salah satu minuman yang akan menjadi pilihan setiap kali minum di situ. Sambil matanya memberi tumpuan pada tablet depan mata. Masih ingin menyiapkan beberapa dokumen yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu.

"Hai awak."

Suara sapaan manusia mematikan tumpuannya. Hanya anak mata yang bergerak ke atas mencari susuk tubuh manusia yang menegur. Seorang perempuan berdiri tepat di hadapannya sambil tersenyum manis. Terus mati niatnya untuk membalas senyum.

"Boleh I duduk sini?" Hanya mengangguk memberi keizinan. Ainul kembali memandang pada tablet. Terus mengabaikan perempuan yang sedang merenung dirinya sejak dia mula melabuhkan punggung duduk di depan Ainul.

"You apa khabar?"

"Sihat je. Alhamdulillah." Dingin Ainul membalas persoalan. Ikutkan hati mahu saja dia beredar pergi dari situ.

"Ainul, you tak? I rindu You." Dia menyepi. Ainul rasa tiada keperluan untuk dia membalas kata-kata itu. Sesekali dia menjeling susuk figura di hadapan. Detak jantungnya kembali berdegup kencang. Entah kenapa, perasaan yang diharapkan segera hilang, kembali hadir setelah melihat manusia ini.

"Awak buat apa dekat sini?" Tanpa menatap wajahnya, Ainul menyoal.

"Cari you lah, Nul. Nasib baiklah I cepat kenal you walaupun you dah pakai macam tu."

Tumpuan dialihkan pada skrin. Kata-katanya dibiarkan berlalu sepi. Seakan terasa bercakap dengan tunggul, tangan Ainul ditarik namun dia sempat merentap.

"Apa ni main pegang-pegang? Tak selesalah."

"Kenapa dengan you ni, Ainul? I pegang tangan je. Lagi pun kita bukan berdosa pun pegang tangan."

"Masalahnya aku tak selesa! Aku tahu kau tu perempuan, sama macam aku. Tapi aku tak selesalah."

"Kenapa? Sebab you takut jatuh cinta sekali lagi dengan I? Ini ke sebabnya you lari ke sini?"

"Aku tak lari. Tapi aku jauhkan diri dari kau sebab aku tahu apa yang aku buat ni salah."

"I cintakan you, Ainul." Mendengar saja pengakuan yang sudah acap kali didengari itu, membuatkan tangannya sepantas kilas mengemas peralatan atas meja. Ingin beredar pergi dari pandangan perempuan depan matanya ini. Dia ingin pergi jauh dari manusia ini. Sejauh mungkin!

"Ainul, kejap!" Tangan Ainul diraih sekali lagi. Sekali lagi, direntap sehingga membuatkan tubuh kecil Ainul tertoleh ke belakang. "Apa lagi yang kau nak Jieha? Please jauhkan diri kau dari aku."

"Ainul, you tahu kan. I cintakan you sangat-sangat."

"Kau patut luahkan tu pada insan yang lebih layak. Bukan aku. Dan aku tak boleh balas pun perasaan kau. Ini salah!"

"Tapi malam tu... waktu tu you kata yang you cintakan I juga." Mengigil bibir Ainul ketika Najiha mengungkap kembali peristiwa malam itu. Peristiwa yang paling memalukan dirinya sendiri. Peristiwa yang membuatkan dia malu pada Tuhan.

"Stop, Jieha. Stop cerita pasal tu. Setiap kali aku ingat pasal tu, aku tak tahu mana aku nak letak muka aku ni. Aku malu." Walaupun hatinya marah. Dia masih berusaha mengekalkan nada suara yang lembut. Dia tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan Najiha buat masa sekarang. Jika boleh, tidak mahu ada hubungan langsung dengan Najiha.

"Ainul, tolonglah. Beri I peluang. Jangan seksa I macam ni. Hati I sakit setiap kali I ingat tentang you. Suara you. Semua tentang you." Ainul menggeleng kepalanya. Tidak. Tidak. Tidak! Tidak akan sesekali dia berikan peluang kedua kepada manusia depan matanya.

Hijrahnya Seorang BidadariWhere stories live. Discover now