Ainul melangkah masuk ke dalam rumah. Tiba saja di ruang tamu, terlihat kelibat Encik Fuad bersama ibunya, Puan Wahida bersama Aiman yang telah menanti kepulangannya. Melihat kepada wajah Encik Fuad yang tegang seolah menahan marah, terlihat telinga Encik Fuad yang kemerahan. Membuatkan jantung Ainul semakin berdegup kencang. Menjeling sekilas kepada Aiman yang sudah membuat isyarat 'maafkan abang, adik' kepadanya dalam diam.
"Ainul balik, abah... ibu." Ucap Ainul sambil menghulur tangannya kepada mereka. Sebaliknya, tamparan tepat ke pipinya oleh Encik Fuad menyebabkan Ainul jatuh terduduk ke lantai. Terkedu Ainul dibuatnya. "Abah..."
"Siapa perempuan ni? Kau buat benda bukan-bukan belakang kami, Ainul!" Sambil mencampak sebuah buku berkulit coklat ke kepala Ainul. Buku yang terbuka itu dipandang Ainul. Membuatkan air matanya tanpa sengaja mengalir. Gambar 'kenangan' lamanya bersama Najiha tanpa dia sedar dia masih menyimpannya. Tanpa sengaja.
"Tak, abah! Ainul... bukan..." Ainul merangkak menghampiri kaki Encik Fuad. Namun Encik Fuad mengelak disentuh Ainul.
"Bukan apa lagi? Semua ni dah jelas! Itu gambar apa? Kata-kata tu? Jijik abah baca tahu, tak?" Kata Encik Fuad sambil tangannya tidak berhenti menampar Ainul.
"Ainul minta ampun, abah. Ainul dah berubah. Ainul nak berubah. Ainul sedar apa yang Ainul buat. Ainul berdosa, abah." Rayu Ainul sambil merapatkan kedua tangannya di depan muka. Sungguh dia malu pada dirinya sendiri. Perbuatan yang jauh lebih dari zina. Sungguh dia merasakan dirinya begitu hina ketika ini.
"Abah, cukuplah tu. Jangan pukul adik lagi." Kata Aiman berusaha membela Ainul yang masih ditampar oleh Encik Fuad. Laju Encik Fuad mengerling Aiman tajam. Laju saja Aiman meneguk liurnya cemas. Dalam dia memandang si adik yang sudah menangis menahan kesakitan.
"Abah, Ainul dah berubah. Perempuan... tu dah tak ada apa-apa... hubungan dengan Ainul. Ainul nak buang perasaan ni. Ainul akan berubah." Tersedu-sedan Ainul meluahkan buah fikirannya kepada Encik Fuad.
"Abah kecewa dengan kau, Ainul. Apa lagi yang tak cukup abah dan ibu berikan pada kau sampai sanggup kau buat macam ni?" Akhirnya, Encik Fuad bersuara. Dari nada suaranya kedengaran jelas kekecewaan dalam jiwanya terhadap Ainul. Membuatkan Ainul semakin sebak dan air matanya mengalir deras. Dia memegang kaki Encik Fuad yang tidak jauh darinya. Kaki tua ayahnya itu dipegang dengan penuh getaran. "Ainul salah, abah. Ainul tahu Ainul salah. Ainul berdosa. Ainul terlanjur dengan dia, dengan Najiha. Ampunkan Ainul, abah." Ucap Ainul lagi. Tidak dapat dia gambarkan seperti apa perasaan dia ketika ini.
Encik Fuad memegang kepalanya. Bertindak berhenti memukul Ainul. "Abah tak sangka, Ainul. Abah tak sangka. Abah dan ibu didik kau dan abang dengan ilmu agama. Kenapa kau sanggup buat perkara yang dilaknat macam ni, Ainul." Suara serak menahan tangis itu diganti dengan suara serak tangisan Encik Fuad. Jelas menunjukkan bahawa hatinya begitu hancur mengetahui perkara yang telah dilakukan anak bongsunya ini.
Aiman turut berdiam diri. Dirinya juga secara tidak langsung terpalit rasa bersalah. Mungkin yang melakukannya adalah Ainul. Tapi dia juga bersalah kerana gagal menghindari dan menasihati adiknya agar tidak melakukan perkara itu. Ainul segera bangun dari duduknya. Menghampiri Encik Fuad yang sudah duduk di sofa mengawal marahnya. Tangan tua itu pantas diraih dan dikucup. Menitis air matanya ke atas kulit tua itu.
"Ampunkan Ainul, abah. Ainul... tak sedar perbuatan Ainul. Ainul memang... berdosa. Tapi, Ainul taubat. Ainul tak akan buat lagi. Ainul cuma keliru dengan perasaan Ainul."
Puan Wahida yang tidak tega melihat anak bongsunya ini. Lantas menghampiri Ainul yang masih kaku mengucup tangan suaminya, terus memeluk Ainul. "Abang, bawa mengucap. Adik dah sedar kesilapan dia. Mungkin dulu dia melakukan kesilapan. Ainul juga manusia." Kata Puan Wahida. Ainul segera membalas pelukan Puan Wahida erat. Semakin teresak dia menangis dalam dakapan si ibu.
"Ibu, maafkan Ainul. Ainul sedar dosa Ainul. Ainul berubah, ibu. Ainul tak akan ulang dosa yang sama lagi." Tangis Ainul dalam rangkulan erat Puan Wahida. Puan Wahida semakin mengemaskan pelukannya pada Ainul. Kepala anaknya yang masih bertudung dan berpurdah itu diusap lembut. Dikecup ubun-ubun si bongsu penuh kasih.
"Ainul takut ibu. Ainul takut. Ainul sedar perasaan ni salah dan Ainul cuba untuk buang perasaan ni. Ainul dah tak sanggup lagi dengan rasa ni, ibu." Adu Ainul bersama esakan tangis dalam pelukan ibunya. Puan Wahida mengangguk mengerti. Walaupun dia tidak berhadapan dengan rasa seperti yang Ainul miliki, namun dia mengerti bahawa Ainul sedang berusaha kembali ke fitrah asalnya.
Aiman turut bersimpati dengan keadaan Ainul. Dia juga turut merasa kesakitan yang dirasai Ainul. Masakan tidak dia merasainya. Mereka dilahirkan sebagai kembar. Mungkin mereka bukan kembar seiras. Tapi jiwa mereka seakan sudah terikat sejak dari dalam kandungan lagi. Dia menghampiri Ainul dan Puan Wahida dan turut memeluknya.
"Aiman." Panggil Encik Fuad mendatar. Tidak mahu memandang Ainul yang dipeluk isterinya itu. Aiman segera menyahut dan mengalih pandangan tepat kepada si ayah.
"Carikan seorang lelaki untuk Ainul. Kita nikahkan dia hujung bulan ni." Terkedu Aiman mendengar arahan Encik Fuad. Begitu juga dengan Puan Wahida dan Ainul.
"Abah, tak mungkin ini je satu cara yang ada untuk selesaikan masalah ini? Pasti ada acara lain. " Ujar Aiman seakan tidak percaya dengan kehendak Encik Fuad. Encik Fuad tidak menjawab persoalan Aiman. Berdiam diri di tempatnya duduk.
"Abang, mengatur perkahwinan mungkin cara yang paling terbaik. Tapi Ainul masih muda, mungkin ada acara lain yang boleh membantu dia kembali kepada fitrahnya." Puan Wahida juga turut memujuk Encik Fuad untuk mengubah keputusannya.
"Cara apa lagi yang kita ada, Ida? Kalau kita tak kahwinkan dia, tak mustahil dia akan terjebak lagi dengan perkara macam tu." Tegas Encik Fuad mengatakan bahawa dia tidak akan mengubah keputusannya.
Ainul masih berdiam diri. Tidak mahu mengatakan persetujuan atau bantahan. Dia keliru dengan dirinya. Apakah wajar dia bersetuju? Haih... perasaan ini membebankan dirinya. Walaupun dia pernah jatuh cinta pada kaum sejenisnya, dimasa yang sama dia masih tertarik pada lawan jenisnya. Ada ketika dirinya akan resah gelisah ketika dirinya dekat dengan kaum Adam. Sehinggakan perasaan ini sentiasa membuatkan dirinya tersepit.
Apakah ini normal?
Apakah dirinya yang menyukai sesame jenis dimasa yang sama tertarik pada kaum Adam ini normal?
Ainul keliru dengan dirinya.
Benar-benar keliru.
******
Air matanya menitis diatas sejadah. Tangisan penyesalan yang sentiasa dititiskan. Setiap kali dia terimbau pada dosa lampau yang menyamai dosa kaum Nabi Luth itu, setiap kali itu juga dia akan merasa malu kepada Tuhannya. Dia malu pada Penciptanya. Mengapa dia terlalu jauh pada Tuhan sehingga membuatkan dia tega melalukan dosa terlaknat seperti ini?
Aiman membuka pintu bilik Ainul. Membawa dulang berisi nasi putih berlaukkan sambal sotong kegemaran dan segelas air masak. Memandang Ainul yang masih solat; berada di tahiyat akhir. Bertindak meletakkan dulang itu di atas meja sambil menunggu sehingga Ainul selesai solat.
"Abang..."Aiman segera menghampiri Ainul yang masih duduk bertelekung. Segera tubuh Ainuldipeluk Aiman dan mengusap kepalanya. Ainul spontan membalas pelukan Aimanerat. Tangisan yang sudah reda tadi, terhampur kembali. Kali ini tangisannyatanpa suara. Hanya bahu yang tersedu-sedu mengisyaratkan tangisannya.
YOU ARE READING
Hijrahnya Seorang Bidadari
Romansa#inc2024 #infinitynovellachallenge Nur Ainul Fatihah, namanya cantik dan indah seperti pemiliknya. Namun tidak pada kisahnya. Kisah yang tidak ingin diketahui oleh sesiapa. Sehingga menutup hatinya menerima kehadiran cinta yang baru. Tapi kehadiran...