Pada 2008, suasana petang pada hari Isnin cukup membosankan buat semua pelajar. Setiap guru-guru memberikan perhatian penuh kepada anak muridnya namun tidak di kelas 5 Aman. Hampir 90% murid-murid tidak memberikan tumpuan kepada Puan Roziah di hadapan. Salah satunya yang tidak memberi tumpuan adalah aku.
"Amirul Azhar Bin Khalid!" Jerit cikguku untuk kali ke berapa aku masih tak ingat.
Kelopak mataku segera dibuka tanda merespon akan panggilan cikgu. Segera aku bangun sebagai tanda membalas akan apa yang disuarakan oleh cikgu aku.
"Ye cikgu!" Balasku.
"Sampai bila kamu nak tidur memanjang? SPM dah nak dekat!" Balas Puan Roziah.
Untuk waktu itu, aku terpaksa menadah telinga atas bebelan cikgu aku yang mengingatkan aku tentang peperiksaan awam yang paling digeruni yang memberi jalan untuk ke menara gading atau pekerjaan tetap. Tapi aku sedar, bebelan cikgu itu memberi manfaat dan berpunca dari aku juga.
Setelah dibebel aku kembali cergas seperti biasa namun terlepas akan topik yang dibincangkan oleh Pn. Roziah beberapa minit yang lalu. Setelah sejam setengah, akhirnya aku dapat pulang ke rumah dengan puas. Setelah pulang bolehlah sambung lena dalam fikiran ku.
Bermacam-macam topik yang dibincangkan oleh kawan-kawan aku. Bermula dari dalam kelas, waktu rehat, waktu guru mengajar sehingga waktu pulang. Semuanya berkisar tentang awek, merempit ataupun melepak. Berbeza dengan aku, walaupun sebaya dengan mereka tapi aku tidak pernah berbincang topik sedemikian dengan diorang.
"Weh Am, malam ni kita lepak dataran nak? Tengok game? Okey tak?" Ajak Faizal.
"Tengok keadaan dulu kalau mengizinkan." Balas Am.
"Weh Am, kau ni...tak best la! Kata raja jalanan?" Sakat Ejoi.
"Memanglah...tapi kalau bapak aku tak kasi, tak jadi jugak! Ingat SPM lagi 2 bulan!" Balas Am menunjukkan jam tangannya.
"Amboi Am, sejak bila hang kaki study ni? Bukan ka hang kaki tidoq!?" Mael pula menyampuk berloghat Kedah.
"Haih...ha yelah-yelah nanti malam aku bagitahu korang!" Am malas melayan karenah mereka yang kuat menyakat.
Am kemudiannya mengeluarkan kunci motor dari poketnya lalu dicucuk ke arah lubang dan diputar ke 'on'. Lampu hijau menyala di meter motosikalnya.
"Wow! Amirul! Seriuslah!!?? Mana kau letak Kriss capuk kau!??" Jerit Ejoi.
"Wow!! Hahahahaha!! Yamaha 125Z warna merah! Perghh!!" Sambung Mael.
Aku tidak melayan, lalu terus menyarungkan helmet di kepala dan enjin motor dihidupkan. Pada masa itu, motor itu menjadi igauan mat-mat motor/rempit di seluruh Malaysia. Mungkin rezeki aku membantu ayah di dusun durian dan getah, aku berjaya mengumpulkan duit untuk membeli sebuah motosikal idaman orang ramai.
"Wey!! Awek cun-awek cun!!" Faizal menukar topik yang langsung menarik perhatian Am.
Kelihatan sebuah kereta Mercedes berwarna hitam menanti di hadapan bus stop sekolah. Ya, kereta itu merupakan milik seorang kontraktor terkemuka di tempat ini. Aku juga melihat ke arah gadis yang berjalan mengarah ke kereta tadi.
"Nur Qistina Balqis!" Bisik Ejoi padaku. Mungkin aku terlalu lama perhatikan gadis tadi.
Segera aku memecut motosikalku untuk pulang ke rumah. Kelihatan dua buah biji kereta terletak di halaman rumahku dan kelihatan abangku sedang mencuci motosikalnya di bawah rumah memandangku dengan hairan. Aku dengan laju meletakkan motoku di sebelahnya.
"Kau apehal dik? Muka macam kena kejar dengan anjing! Ada apa ni?" Soal Najmi abangku.
"Eh takdelah...ni kenapa ada kereta sampai 2 biji ni? Abah beli baru ke?" Soalku hairan.
"Haa cantiklah kalau abah kau beli Am! Bolehlah kita bahagi kereta, seorang satu!" Sampuk ibuku yang mengambil baju dari ampaian.
"Ni kereta Paklong dengan Paksu, diorang ada hal kat sini...datang berubat dengan abah." Balas abangku menyambung cuci motornya.
Aku sekadar mengangguk lalu mengambil kunci dan beg dan segera naik ke atas. Aku menyalam kedua pakcik dan sempat memandang anak-anaknya yang lebih kurang sebaya dengan aku lalu segera masuk ke dalam bilik. Beg sekolah aku letakkan di lantai dan aku merebahkan diri di katil. Helaan nafas lega dihela tanda selamat sampai ke rumah.
"Takyah buat kerja sekolah lah, esok cuti baik aku tidur dulu...nak makan pun kenyang lagi." Kataku sendirian.
"Tapi badan dah hapak mcm bau kaki aku...haih, nak taknak memang kena mandi la macam ni." Aku segera bangkit menukar pakaian kepada seluar pendek paras lutut dan baju singlet.
Tujuanku kini hanya untuk mandi dan menghilangkan bau hapak yang bagaikan stokin. Dengan siulan kegembiraan oleh kerana esok cuti umum aku dengan yakin membuka pintu jamban di dapur. Tanpa aku sedari seorang gadis sedang mandi dalam keadaan tanpa seurat benang. Kemudian dia memandang ke arahku matanya terbuntang lalu segera aku mendapatkannya.
Aku mencekup mulutnya dan jariku diletakkan di bibirku untuk menyuruh untuk diam. Dia hanya sekadar mengangguk lalu aku melepaskan tanganku dari mulutnya.
"La...lain kali kunci pintu...bodoh!" Kataku lalu beredar daripada jamban meninggalkannya kebingungan.
"Itulah sepupu aku...Hanim." Kataku sendirian lalu segera mengambil tempat duduk di meja makan berlakon tidak melakukan apa-apa.
"Eh Am, tak mandi ke?" Soal Ibuku yang baru sahaja selesai mengangkat kain jemuran.
"Tak mak...ada Hanim kat tandas tengah mandi." Balasku sambil memakan nasi lemak yang tersedia disebalik tudung saji.
"Eh tu Hanim dah keluar." Kata Ibuku.
Kelihatan Hanim siap berpakaian dan berseluar panjang paras betis berjalan menutup rambutnya dengan tuala. Dia menapak laju ke dalam bilik tetamu yang abah sediakan. Peluang itu aku gunakan dan aku terus mandi tanpa memikirkan perkara yang terjadi.
8:30 Malam
"Mak! Am keluar dulu!" Kataku apabila keluar daripada bilik. Dalam masa yang sama Hanim juga keluar daripada bilik tetamu yang abah sediakan.
Kami berpandangan mata lalu cepat-cepat aku alihkan pandangan lalu segera beredar.
"Wangi-wangi nak kemana bang oii!?" Soal Hanim.
Aku terkejut. Aku memusingkan badanku memandangnya.
"Err...nak keluar lepak dengan member." Kataku.
Dia hanya mengangguk sambil mengangkatkan ibu jarinya. Tidak membuang masa aku segera turun ke bawah dan menghidupkan jentera aku dan langsung beredar daripada rumah.
To be continued...

ANDA SEDANG MEMBACA
OG | My Ex Is My Wife
Romance[MALAY] Setelah berjaya menamatkan pengajian, Amirul, seorang lelaki berhasrat untuk hidup bujang kerana tidak ingin mempercayai cinta akibat sejarah percintaannya yang gagal. Kini terpaksa berkahwin apabila bertemu seorang wanita yang merupakan be...