[Untuk chapter ini, pembaca jangan terlalu meletakkan harapan yang sangat tinggi! Jika anda kebosanan...janganlah baca. TQ]
14 Febuari
Kedai bakeri yang menyediakan perkhidmatan menjual kek di masuki oleh Am setelah meletakkan motornya. Agak lama dia di sana untuk memilih perisa yang sedap dan sesuai untuk diberikan kepada kekasihnya Qistina.
"Dik, adik nak kek yang macam mana? Mana tahu saya boleh cadangkan untuk awak." Kata wanita yang merupakan pekerja di kedai itu.
"Errr...okey kak macamni, harini birthday girlfriend saya, akak boleh recommend kek yang tak terlalu berkrim dan tak terlalu berlemak, just nice je dan sesuai dimakan berwmai-ramai." Terang panjang Am sambil menggaru lehernya.
"Hmmm...jom ikut saya." Kata wanita itu manakala Am hanya mengikuti langkahnya sahaja.
"Ni, ada kek coklat strawberri, kek vanilla pisang dan kek coffee...awak rasa yang mana sesuai dengan girlfriend awak?" Soal wanita itu.
"Saya ambik yang ni jelah kak, saya tengok macam sedap." Kata Am sambil menunding jari ke arah kek coklat tadi. Wanita itu hanya mengangguk dan mengambil kek tadi untuk dibungkus.
"Ada apa-apa nak tulis atas kek?" Soal wanita itu sambil memegang krim.
Am memberikan sehelai kertas. Setelah selesai dibungkus Am membayar harga kek tersebut lalu keluar daripada kedai itu. Langkah kakinya menapak ke arah motosikalnya dan membelek-belek tabung kecilnya yang berbentuk silinder diletakkan dalam beg kecil.
"Balance tinggal RM3,200! Bapak lah, boleh tahan keras jugak harga teddy bear dengan kek ni! Takpelah asalkan dia happy!" Ucap Am sendirian sambil tersenyum keriangan. Itu adalah baki duit yang dikumpulkan atas berkat kerjanya yang membantu ayah dan pakciknya dikebun. Terdapat beberapa lebihan wang setelah dia berjaya membeli sebuah motosikal.
Suasana petang di sawah padi itu menarik pemandangan Am. Am memberhentikan motosikalnya lalu segera turun dan berjalan ke arah sebuah kawasan yang lapang. Matanya tertancap pada kehijauan rumput ditemani bunyi kenderaan yang melalui kawasan berdekatan ditambahkan lagi dengan tiupan angin berlaga dengan tubuhnya menyamankan hati lelaki itu. Jam tangan ditiliknya menantikan waktu yang tepat untuk ke sekolah seperti mana dalam plan Damia semalam. Namun perasaan tidak sedap hati mulai muncul dalam hatinya membuatkan dia termenung sekejap.
"Tapi aku serius Am...aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan minah tu."
Pesanan Faiz tiba-tiba terngiang di kepalanya membuatkan perasaan tidak sedap menyelubungi dirinya namun Am tetap gagah. Perasaan itu dibuang jauh-jauh dan janji seorang gadis pada dirinya harus ditepati oleh sesama mereka.
"Aku kena pergi sekarang. Akak Hanim pun still merajuk dengan aku sebab aku balik lewat semalam." Gumam Am sendirian berjalan ke arah motosikalnya. Am melihat ke raga motosikalnya yang berisi sekotak kek dan sebuah patung beruang bersaiz sederhana. Hanya itu yang dia mampu berikan kepada Qis apabila dia buntu untuk membelikan hadiah pada teman wanitanya itu.
"Aku harap dia happy jelah." Kata Am lalu bergerak menuju ke sekolahnya.
Sesampainya di sekolah, kelihatan beberapa kenderaan ibu bapa yang menanti kepulangan anak mereka dalam subjek terakhir SPM ini. Am menanggalkan helmetnya lalu membuka kotak yang berisi kek di dalamnya. Beberapa batang lilin dipacak di atas kek lalu am menyalakannya. Kata-kata Lisa membuatkan dia teringat perbualan telefon mereka pagi tadi.
"You tahu kan apa favorite flavour for your girlfriend?"
"Strawberry chocolate? Kan?" Soal Am memandang kedua gadis dihadapannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
OG | My Ex Is My Wife
Romansa[MALAY] Setelah berjaya menamatkan pengajian, Amirul, seorang lelaki berhasrat untuk hidup bujang kerana tidak ingin mempercayai cinta akibat sejarah percintaannya yang gagal. Kini terpaksa berkahwin apabila bertemu seorang wanita yang merupakan be...