BAB 1

190 28 8
                                        

"Morning, Teacher Honey!"
Hampir tergelak besar gadis berumur 24 tahun itu apabila digelar Teacher Honey. Pandai-pandai aje anak kecil di hadapannya ini menukar nama. Spontan, dia menunduk sedikit sebelum mencuit pucuk hidung si kecil itu.

"Nama teacher bukan honey tapi Hana. Danish suka panggil teacher dengan panggil honey, kan? Siapa ajar ni?" Sengaja mimik muka digarangkan sedikit namun tidak langsung menggerunkan Danish. Lagi dia senyum nakal adalah!

"Danish selalu dengar papa panggil mama macam tu. Nama teacher macam sama aje dengan honey. Bukan ke kalau beautiful girl kita kena panggil dia honey? Papa yang cakap macam tu bila Danish cakap nama mama bukan honey." 

Pula! Hana hampir menepuk dahi apabila mendengar bicara petah Danish. Anak itu walaupun baru saja berumur lima tahun, mulutnya mengalahkan orang tua. Pandai saja berkata-kata seperti sekarang ini.

"Tapi kita tak boleh sesuka hati panggil orang lain macam tu, tau? Papa Danish sayangkan mama Danish, sebab tu lah papa panggil honey."

"Danish pun sayangkan teacher!" Tetap mahu menang. Sudahnya Hana mengiakan sajalah dan pasrah dipanggil dengan gelaran Teacher Honey oleh Danish.  Jam yang melilit pergelangan tangan dilihat seketika sebelum mengusap kepala Danish, penuh kasih sayang.

"Dah masanya untuk makan, Danish kena pergi dekat ibu Ain. Nanti kawan-kawan habiskan makanan, Danish jangan mengadu dekat teacher pula." Sengaja dia mengusik Danish walhal makanan yang disediakan oleh ibu Ain memang terlebih cukup untuk anak-anak murid di tadika ini. Hana ketawa kecil apabila melihat Danish terkocoh-kocoh lari menuju ke ruang makan. 

"Hati-hati, Danish!"

Memandangkan dia juga sedang berehat ketika ini, bangku di luar tadika dituju. Kebiasaannya inilah ruangan menunggu untuk anak-anak duduk sementara menanti ketibaan ibu dan ayah menjemput mereka pulang.

Sempat dia melemparkan senyum hormat kepada tukang sapu yang baru saja membersihkan kawasan itu. Walaupun Hana baru saja berkhidmat di tadika ini selama setahun, dia sudah mesra dengan semua pekerja dan anak anak di sini. 

Baru saja melabuhkan punggung, telefon pintar di tangan bergetar tanda ada panggilan masuk. Sekilas, nama yang tertera menggamit senyuman lebar di bibir. Panggilan dijawab tanpa ragu.

"You sibuk ke tu?" Mendengarkan soalan itu, Hana spontan menggeleng meskipun tidak dilihat oleh si pemanggil.

"Tak lah, budak-budak tengah makan sekarang ni. I pun tak ada kerja lagi nak buat tapi sekejap lagi I nak kena uruskan kelas I." 

"Bila I boleh jumpa you ni? You asyik sibuk aje dengan budak-budak tu sampaikan dengan I pun tak ada masa. Ni kalau I tak call you, sampai ke sudahlah you takkan call. Kan?"

Suara si pemanggil itu sudah kedengaran seperti berjauh hati hingga membuatkan Hana tidak senang duduk. Dia membetulkan sedikit tudungnya yang terselak akibat ditiup angin.

"Lutfi, you pun tahu I bekerja... Bukannya I sengaja tak call you. I minta maaf, okey?"

Lutfi Yazid, teman lelakinya sejak dari zaman universiti lagi. Bermula daripada dijodohkan oleh rakan-rakan sekuliah, sudahnya Lutfi jatuh cinta dengan kepolosan Hana pada ketika itu.

Banyak cara yang lelaki itu lakukan untuk menambat hati Hana termasuklah dengan membuat sepanduk bertulis 'I love you, Hana' dan berdiri di kaki lima kelas. Lama-kelamaan, Hana memberi peluang kepada Lutfi dan kini hubungan mereka sudah mencecah tiga tahun.

"Berangan pula? You dengar tak apa I cakapkan tadi, sayang?"

"Huh?" Hana menggaru hujung kening sebelum menangkap keluhan di hujung talian.

Bahagia by AsunnaraaWhere stories live. Discover now