Bab 3

121 22 3
                                    

Hana meletakkan beg tangannya di sofa sebelum melangkah ke meja makan. Ibunya, Puan Hamidah kelihatan sedang menikmati sarapan pagi tanpa kehadirannya. Memang sudah menjadi kebiasaan bagi mereka berdua untuk makan berasingan. Jarang sekali ingin melihat dia dan ibunya makan bersama-sama. Jika ada pun, pasti suasana meja makan sunyi tanpa suara.

"Ibu masak apa pagi ni?" Sengaja dia membuka topik untuk berbual-bual dengan ibunya sebelum pergi ke kerja. Kedengaran bunyi dentingan perlahan di telinga Hana. Puan Hamidah sudah meletakkan sudu sebelum memandang sekilas ke arah anak tunggalnya.

"Dah tak boleh tengok guna mata sendiri ke ibu masak apa?" Mendatar.

Hana hanya tersenyum kelat. Sudah terbiasa dengan respon dingin daripada ibunya sejak dia berusia tujuh tahun lagi. Sebaik saja hubungan antara ibu dan ayahnya terlerai dek kerana ayah berkahwin dua, ibu tidak rela untuk dimadukan. Bermula hari itu jugalah ibu seakan-akan membencinya.

"Berdiri lagi dekat situ nak buat apa? Tak reti nak makan ke? Nak kena tunggu ibu tarik kerusi, hidangkan makanan dan suapkan ke?" Puan Hamidah sudah menolak pinggannya ke tepi. Hilang seleranya untuk makan sebaik saja melihat wajah anaknya.

Bukan dia membenci namun apabila wajah Hana menyapa pandangan, dia teringat kembali akan kecurangan suaminya. Dia harus membesarkan Hana sendirian tanpa suami di sisi. Wajah Hana yang saling tidak tumpah dengan wajah bekas suaminya lebih membuatkan dia berasa sakit hati. Sudahnya, kemarahan dan rasa dendam itu dihambur pada anaknya.

Hana melihat jam.

"Terima kasih sebab sediakan sarapan, ibu. Tapi Hana dah kena pergi kerja, takut jalan utama depan tu sesak pula. Balik nanti kalau ada lebih nasi goreng ni, Hana makan ya." Lekas dia menghampiri ibunya lalu tangan dihulurkan. Mujur saja Puan Hamidah masih sudi untuk tangan dikucup olehnya. Namun hanya sesaat sebelum ditarik kembali.

Ketap bibir.

"Hana pergi dulu, ibu... Assalamualaikum."

"Hmmm." Salam anaknya dijawab dalam hati saja.

Manakala Hana yang sedang memandu ke tadika mula memikirkan soal hubungannya dengan ibu. Semakin hari, semakin makan hati dengan sikap dingin itu. Mujur saja Puan Hamidah masih mahu menggelarkan diri sebagai ibu, setidak-tidaknya dia tahu bahawa kewujudannya sebagai anak diterima.

"Sampai bila ibu nak layan Hana macam ni..." Rintihan itu memecahkan kesunyian kereta. Meskipun dia dilayan sebegini oleh sebab kecurangan ayahnya, dia tidak pernah menanamkan sifat dendam pada lelaki itu.

Cuma keadaan saja yang tidak mengizinkan dia untuk bertemu ayahnya yang jelas-jelas sudah mempunyai keluarga baharu. Mungkin hanya rasa terkilan yang bermukim di dada.

Sebaik saja memarkirkan kenderaan di tepi tadika, kedengaran telefon pintarnya berbunyi. Nama Puan Latifah tertera di skrin, hairan. Mengapa awal pagi lagi umi Lutfi menghubunginya? Pun begitu, dia menjawab panggilan tersebut.

Salam daripada wanita itu dijawab.

"Umi mengganggu Hana ke? Maaflah kalau Hana tengah bekerja sekarang ni."

"Eh, umi tak mengganggu Hana pun. Hana baru aje sampai dekat tadika, ada lebih kurang setengah jam sebelum Hana mula kerja. Ada apa ya umi hubungi Hana pagi ni?" Soal Hana selepas berhati-hati menyusun perkataan.

"Umi ambil masa Hana sekejap ya... Sebenarnya kelmarin Lutfi ada suarakan hasrat pada umi yang dia kalau boleh nak bertunang dengan Hana... Lagipun kamu berdua dah tiga tahun berkenalan, kan. Umi rasa tak salah kalau Lutfi dan Hana bertunang dulu." Bicara Puan Latifah benar-benar jelas pada pendengaran Hana ketika itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 12 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bahagia by AsunnaraaWhere stories live. Discover now