Part 33

17 1 0
                                    

QUIN KRYSTAL DARISYA POV

Setelah  satu jam memandu aku pun tiba di lokasi yang ingin dituju iaitu rumah keluarga Nuim. Aku berkira-kira sama ada mahu masuk ataupun tidak. Seketika kemudian pintu pagar yang berada didepannya terbuka dengan sendiri menandakan ada orang yang membukanya menggunakan alat kawalan.

Muncul lah muka mama Nuim. Wajah mama kelihatan sangat gembira apabila melihat aku menepati janji untuk datang ke rumahnya. Mama Nuim menyambut aku keluar dari kereta dan menyuruh Pak Samad untuk memarkirkan kereta aku.


" Assalamualaikum anak mama..." Sapa mama, aku nampak riak muka mama sangat ceria.

" Waalaikumsalam mama...Isya rindu mama..." Luahku jujur. Sungguh aku amat rindukan mama dan semua ahli keluarga Nuim.

" Mama pun rindu Isya sayang...lama mama tak dengar khabar Isya..." Badan kecilku ditarik masuk ke dalam pelukan mama. Tangan aku naik membalas pelukan mama.

" Mama..." panggilku perlahan. 

Mama hanya senyap mungkin mama sedang menunggu aku menyambung kata-kataku. 

" Isya...nak minta maaf sangat dekat mama..." Kataku mula sebak.

" Kenapa Isya nak minta maaf dengan mama sedangkan Isya takde salah pun dengan mama?" Soal mama kepelikkan ye la tiba-tiba aku minta maaf.

" Isya minta maaf disebabkan Isya ma...ma...mama hilang Nuim...ma...maafkan Isya ye mama?" Ujarku tersangkut-sangkut kerana tidak dapat menahan rasa sebak yang ada di dada. Air mata yang cuba aku bendung dari tadi turun dengan laju bagai air terjun.

" Isyaaa sayanggg...berapa kali mama nak pesan jangan salahkan diri Isya atas kematian Nuim. Kematian Nuim tu semua qada' dan qadar Allah sayang...ada hikmahnya kenapa Allah ambik Nuim daripada kita." Ujar mama sambil menepuk-nepuk belakang aku agar aku tenang.

" Tapi...ma...mama kalau Nuim ta...tak keluar dengan Isya haritu mesti Nuim masih hidup sekarang." Makin menjadi tangisan aku bila teringatkan kejadian perit itu.

" Shhhh...tak sayang kalau Allah kata haritu juga Nuim akan pergi tak semestinya  Nuim selamat mungkin Nuim pergi dengan cara yang lain, contohnya mungkin Nuim kemalangan. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi, hanya Allah tahu segalanya. Tak baik tau Isya salahkan diri Isya macam nie, kalau Nuim tahu nie mesti dia sedih sangat. Dah jom kita masuk, mama tak nak dengar dah Isya cakap macam nie lagi ok?" Ujar mama sambil meleraikan pelukan antara aku dan dia lalu mengesat air mataku menggunakan ibu jarinya.

" Tengok tu nangis lagi dah tak comel dah anak mama sorang nie." Aku tertawa kecil mendengar kata-kata mama, aku tahu dia cuba nak buat aku tertawa semula dia tidak mahu aku bersedih.

Setelah itu, kami berdua pun berjalan untuk masuk ke dalam rumah. Masuk sahaja aku ke dalam rumah keluarga Nuim aku terdengar suara gelak tawa yang sangat meriah.  Suara gelak tawa itu datangnya dari ruang tamu rumah. Aku pasti itu mesti Abang Aedan tengah berborak dengan papa. 

" Meh Isya sayang kita join papa rancak betul dia orang berborak  kat ruang tamu tu." Ajak mama.

" Mama dia orang tahu ke yang Isya nak datang nie..." Aku dah mula gelabah dan takut, kalau di diikutkan nak je aku balik rumah sekarang nie tapi mama pegang lengan aku kuat betul macam tahu-tahu je aku nak lari.

" Tahu tapi dia orang tak percaya dia orang kata mama tipu je." Balas mama. Maknanya papa dengan abang Aedan memang tak nak la aku ada dekat sini? Ok sekarang aku makin gelabah.

QUEEN & KING MAFIA LOVE STORY [SU]Where stories live. Discover now