18 tahun lepas....
Daisy yang sedang berlari-lari di taman terkejut bila seorang budak lelaki jatuh di hadapanya.
"Awak ok ke? " prihatin Daisy bertanya sambil menghulur tangan untuk menarik tangan budak lelaki berbaju biru itu.
"Aku ok. Lagi satu jangan sentuh orang yang bukan mahram," ujar budak lelaki itu dengan nada yang dingin.
"Nama awak siapa?" tutur Daisy dengan takut kerana budak lelaki itu nampak seperti singa. Daisy bermain dengan rambutnya
"Aku Darrean Mikhail Louise, umur aku 11 tahun," kata Darrean dengan nada yang bosan. Darrean Ingin pergi dari situ tapi Daisy memperkenalkan dirinya.
"Saya Daisy Vanilla, umur saya 7 tahun." Daisy sangat gembira kerana mendapat kawan lelaki sebab dia tidak pernah mempunyai kawan lelaki selain abangnya.
"Rumah awak dekat mana?" ujar Daisy yang ingin tahu. Darrean baru mengangkat tangan untuk menunjuk arah, tapi Darrean ada satu ayat sarcastic.
"Dekat bumi," tuturnya dengan nada yang dingin kerana dia tidak pernah mempunyai kawan perempuan. Dia sikit pun tidak tahu bagaimana mahu berkomunikasi dengan wanita.
"Ish awak ni," ujar Daisy. Dia mendengar ada seseorang memanggil dia.
Dia melihat sekitar taman. dia melihat satu sosok melambai tangan sambil menjerit "Aisy jom balik dah nak pukul 7," Zariel memanggil anaknya.
Daisy berlari anak ke Zariel "Daddy Aisy nak main lagi boleh laaaaa!" suara Daisy sedikit kuat menyebabkan orang sekeliling melihat kearah Daisy.
"Aisy dengar cakap Daddy kalau tak Daddy rotan Aisy!" kata Zariel dengan tegas.
"Ye la jom balik." Cebik Daisy. Darrean hanya melihat Daisy berlalu pergi.
~~~~~~~~~~~~~
Sampai ke rumah Daisy terus pergi ke biliknya untuk mandi.
"Aisy jom solat Maghrib jap lagi ada tetamu nak datang," ujar Shazrain.
Shazrain Vian merupakan anak sulung dan abang kepada Shahrail Vian dan Daisy Vanilla.
"Jom. Solat kat masjid ke?" ujar daisy dengan lembut kerana abangnya sangat garang.
"Ha'ah ajak Shah sekali. Nanti bagitahu Daddy," ujar Shazrain sebelum menaik tangga untuk ke tingkat atas.
"Daddy tak ikut ke?" ujar Daisy dengan kuat kerana abangnya sedang naik untuk ke tingkat atas.
"Tak daddy nak jumpa tetamu," jerit Shazrain dari tingkat atas.
"Ooooh ok." Mulut Daisy berbentuk 'O'. Balik daripada masjid Daisy melihat banyak kasut dirumahnya.
"Assalammualaikum," ujar Daisy dengan lembut.
"Waalaikumussalam, eh dah besar dah Daisy dan makin comel. Last aunty tengok Daisy waktu baby dulu. " Puji Datin Mawar Lili. Daisy hanya menunduk malu. Kita tahu kita comel aunty. Ehek!
"Terima kasih aunty. Ehh Darrean awak datang" sopan sahaja Daisy bertutur. Anak kecil ini penuh dengan adab.
"Haah tu mak ayah aku." Jarinya di tunjukkan ke arah Datin Mawar Lili dan Dato Dyren Louise.
"Awak ada berapa adik beradik?" Tanya Daisy.
"Aku ada 4 adik beradik. Mama aku tengah mengandung so 5 adik beradik," balas Darrean. Daisy tekun mendengar.
"Saya nak tanya awak orang apa? sebab muka awak macam orang luar negara," polos Daisy bertanya sekali lagi.
"Mak aku orang Malaysia. Ayah aku orang France," Darrean memberi tahu Daisy tentang keluarganya.
"So awak ada mix Malay and France la."
Darrean hanya mengganguk sambil senyum tawar. Selesai saja keluarga Darrean balik Daisy masuk bilik.Dia hampir terlelap tapi Zariel masuk bilik untuk memberitahu Daisy sesuatu.
"Aisy Daddy nak cakap dengan Aisy boleh?" Tanya Zariel.
"Boleh dy nak cakap apa?" balas Daisy.
"Besok daddy nak pergi rumah uncle Dyren esok. Aisy nak ikut tak ? Kalau Aisy tak nak tinggal dengan abang rain." Tanya Zariel dengan lembut.
"Buat apa dekat rumah uncle Dyren dy?" tanya daisy lagi sekali.
"Uncle Dyren nak pindah france dah," balas Zariel.
"Darrean dengan adik beradik dia ikut sekali ke?" Daisy menahan diri untuk tidak menangis.
"Ye dia orang ikut sekali pindah france," balas Zariel."Ala tapi Aisy nak kawan dengan siapa." Esak Daisy
"Teddy ada. Dah esok bangun awal, kata nak jumpa Darrean." Pujuk Zariel .
"Ok daddy. Selamat malam dy." Dia mencium kedua-dua pipi Zariel.
~~~~~~~~~~~~~~~
Daisy terus membuka pintu dengan pantas dan tinggalkan Zariel seorang diri di dalam kereta.
"Darrean awak nak pindah ke?" Teresak-esak Daisy menagis.
"Ye aku nak pindah." Sebenarnya dia berat hati untuk balik ke France tapi satu keluarganya setuju untuk balik semula ke France.
"Awak janji nanti dah besar kita jumpa lagi." Daisy membuat jari pinky promise. Zariel dari jauh hanya melihat perbuatan anaknya. Masa bila pulak Daisy begini.
"Ye aku janji," balas Darrean dengan kesian.
"Kami pergi airport dulu ye assalammualaikum," pamit Dato Dyren.
"Bye Darrean jumpa lagi." Daisy melambai tangannya ke arah Darrean.

ANDA SEDANG MEMBACA
His Daisy | Complete
Любовные романы"Takdir yang berlaku antara kita." Jika diberi pilihan untuk berkahwin, mesti kita mencari jodoh yang sesuai. Tapi apa pula rasa apabila jodoh itu bukan dicari tapi diberi? Start:17 July 2024 End:25 December 2024 Dilarang sekeras-kerasnya menciplak...