“Morning mwa mwa,” air liur Dinara menitik di muka Daisy. Daisy membuka mata sambil mengelap mukanya yang basah.
“Hahaha! Sayang kena air liur!” anak beranak itu puas mengelakkan Daisy. Daisy yang masih mamai mencubit perut suaminya.
“Awak tak pergi solat raya ke?” soal Daisy.
“Ya Allah. Saya lupa.” bergegas Darrean turun daripada katil dan bersiap.
[HIS DAISY]
“Nop! Nawa wan unicown onee!” rengek Dinara. Daisy sudah mengaru kepala. Dinara tidak mahu memakai baju kurung yang dibelinya.
“Nara, you should wear this one. Today is raya day.” Daisy cuba memujuk anaknya. Dinara menyilangkan tangan dan menolehkan kepalanya.
“Majuk ngan mwa mwa,” Daisy menjeling Dinara. Pintu bilik dibuka oleh Darrean. Daisy terus menoleh kearah Darrean. Bibir dimuncungkan.
“Papa, tengok Nara tak mahu pakai baju raya.” Dinara terus berlari dan memeluk kaki papanya. Dinara menjelingkan lidahnya. Blek!
“Nara, go chance your outfit. Wear baju kurung. Esok Nara pakai baju unicorn.” Dinara melepaskan kaki Darrean perlahan-lahan. Baju di tangan Daisy di ambil dengan kasar.
“Jom pakai baju,” baju kurung dipakai dengan comel. Dinara membelek baju yang dipakai di depan cermin.
“Kenapa dia ikut cakap abang je?”
“sebab abang lebih attractive dari Aisy kot?” bicep Darrean di cubit dengan kuat. Hampir terjerit Darrean.
Tok!
Tok!
“cepat! Orang dah nak bermaaf maafan dah tu.” jerit Darriel dari luar bilik. Mereka bertiga terus turun kebawah. Orang semua sudah berkumpul.
“Rean, kau dulu.” Darrean terus melutut didepan Dato Dyren. Setelah Darrean, mereka juga meminta ampun dengan Dato Dyren.
“Yang paling banyak dosa, Darriel. Kau patut cium kaki baba terus.” kata Dyliaa.
“Yayang, tengok Leine.” Harisa tersenyum malu. Dyliaa hanya menjeling Darriel. Gediks!
“Aku percaya yang bini kau sebenarnya tak sayang kau.” ujar Dyraa. Mereka lain hanya gelak sahaja.
“Betul. Risa sebenarnya tak sayang Riel.” muka Darriel berubah kelat.
“Apa cakap macam tu.” ujar Daisy.
“Saja sakat Darriel. Eh, Daisy. Awak nak tengok tak tudung yang saya beli. Banyak sangat saya beli ni.” Harisa terus naik ke atas untuk mengambil tudung.
“Ini ha tudung.”
[HIS DAISY]
“Nara nak duit raya?” Dinara terus mengangguk. Daisy dan Darrean tersenyum. Tidak sangka Dinara sudah setahun lebih
“Minta maaf dulu dengan mama papa,” kakinya terus melutut di hadapan mama papanya.
“Nawa sowwy.” mata dikedipkan untuk mendapat duit raya.
“Nara, jom main!” ajak Ayden. Dinara sudah tidak hairan pasal duit itu. Terus berlari ke Ayden.
“Aisy pun nak duit raya,” pinta Daisy. Daisy melutut di hadapan Darrean.
“Aisy minta maaf sebab selalu cubit abang.” tangan Darrean dicium.
“Dah! Nak duit.” Darrean tergelak sahaja.
“Nah. Ingat jangan cubit dah.”
“Tapi, kalau tak cubit, mungkin Aisy gigit.”
“Ikut Aisy la.” mereka berpelukan. Ini raya kedua mereka.
_____________________
The End. Itu sahaja untuk raya tahun ni. Byee!
ANDA SEDANG MEMBACA
His Daisy | Complete
Romansa"Takdir yang berlaku antara kita." Jika diberi pilihan untuk berkahwin, mesti kita mencari jodoh yang sesuai. Tapi apa pula rasa apabila jodoh itu bukan dicari tapi diberi? Start:17 July 2024 End:25 December 2024 Dilarang sekeras-kerasnya menciplak...
