Raya Special

480 18 1
                                        

Dinara berlari-lari di halaman rumah. Daisy pula sibuk membetulkan sampin Darrean. Dinara nampak comel apabila mengenakan baju kebaya berwarna merah.

“Nara! Sini, mama mak kemaskan rambut Nara.” Dinara berlari terkedek-kedek ke Daisy. Daisy terus mengambil sikat Dinara dan menyikat rambut Dinara.

“Abangggg! Tolong ambil getah rambut Nara dekat laci bilik atas,” kaki Darrean pantas naik ke atas untuk mengambil getah rambut.

Getah rambut terus di bagi kepada Daisy. Mereka sebenarnya sudah lambat untuk ke rumah Dato’ Dyren.

“Nara, duduk elok-elok. Mama nak ikat rambut ni.” Dinara terus duduk dengan tenang.

Di bilik, Darrean sibuk mengemas baju Dinara. Baju-baju Dinara di bawa masuk ke dalam beg pakaian.

“Abang, jom!” Darrean dengan kelam kabut terus meneruni anak tangga. Darrean membawa masuk beg di boot kereta, manakala Daisy sudah masuk di dalam perut kereta bersama Dinara.

“Nara, dont cry ye. Sekejap je.” Dinara sudah lena di car sit baby. Daisy hanya melihat pemandangan di luar tingkap kereta. Tangan Daisy dan Darrean erat berpegangan.

“Sayang. Apa beza sayang dengan itik?” dahi Daisy berkerut. Apa punya soalan ni?

“Aisy tak tahu lah. Apa jawapan dia?” pelik dengan soalan Darrean. Terus Daisy menanyakan jawapan. Malas nak fikir.

“Tak ada beza. Kalau Aisy merajuk, sama aje macam itik. Muncung 24 jam,” lengan Darrean terus dicubit. Darrean tidak berhenti bergelak. Daisy disebelah sudah memandang tajam.

“Mana ada Aisy merajuk.” Daisy terus menyilangkan tangan di dada. Bibirnya terus muncung kehadapan.

“Itu apa?”

“Abang ni!”

“Sorry sayang.” Daisy terus memandang tingkap. Darrean sudah tahu, itu ialah taktik isterinya apabila minta di pujuk.

“Sayangggg, abang minta ampunnn!” suara Darrean bernada seperti menjerit. Daisy sudah menekup mukut Darrean dengan tangannya.

“slow sikit suara. Nara tengah tidur.” Daisy terus pandang ke belakang. Dinara masih nyenyak tidur. Tidak sangka, Dinara sudah mencecah 1 tahun.

Mereka masih dalam perjalanan balik ke rumah baba. Walaupun jarak rumah hanya 30 minit, tapi terlampau jem di atas jalan raya.

Kereta terlampau banyak. Ramai orang nak balik beraya ni. Mesti di rumah baba sudah ada semua orang.

[HIS DAISY]

“Assalammualaikum. Kami dah balik.” Darrean bersuara. Pintu dibuka. Kosong. Hanya ada baba dan mama di ruang tamu.

“Waalaikumussalam. Sampai pun.” Dato Dyren disalam oleh Daisy dan Darrean. Mereka berdua juga salam Mawar.

“Lambat nya sampai. Jem teruk ke?” Mawar bertanya.

“teruk jugak lah. Tapi alhamdulillah kereta bergerak aje.” Daisy tersenyum.

“Daisy pergilah tolong dia orang dekat dapur. Jom,” mereka berdua terus pergi ke dapur. Darrean naik ke atas. Dia tahu di mana dua orang adik lelakinya.

[HIS DAISY]

“WOI!” Darrean terus menjerkah Daazriel dan Darriel. Terhinjut bahu dua orang itu. Daazriel senyum tanpa rasa bersalah.

“Kau orang memang nak kena!” pintu yang dibuka luas membuatkan suara Darrean keluar. Jadi, dia menutup pintu itu.

“Kenapa tak bagitahu yang kau orang nak main game. Dah lah tak ajak,” kakinya terus duduk di bilik game itu. Daazriel dan Darriel saling berpandangan.

“Tunggu apa lagi? Jom la main.” Darriel menghela nafas lega. Ingat nak marah sebab main game.

Di dapur, mereka semua berperang. Daisy dan Dyraa sedang memotong bahan masak. Arina dan Dyliaa sedang masak. Seorang masak rendang, seorang lagi masak daging dendeng. Sedapnya!

Harisa tidak dapat join kerana dia berkerja waktu pagi. Jadi Harisa tidak boleh menolong mereka.

“Mana Nara, Kak?” tanya Dyraa kepada Daisy.

“Daisy dekat atas. Tengah tidur.” Dyraa sudah membulat mata. Dia dah tahu apa yang boleh dia buat untuk keluar dari dapur.

“Akak, Belle pergi naik atas sekejap. Nak ambil phone,” dengan senyuman di bibir, terus Dyraa bangun dan naik ke atas
________________

Semalam saya sibuk dok raya sampai lupa pasal Daisy. Esok saya up untuk end raya punya. Selamat hari raya sayang semua!

His Daisy | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang