𝑃𝑅𝑂𝐿𝑂𝐺𝑈𝐸

7 2 4
                                    

Surah yasin ditutup usai sahaja dia selesai membaca. Kubur yang dipenuhi rumput kecil dicabut. Jaga yang berisi air dicurahkan ke atas dua dua kubur di sisinya. Bunga bunga yang segar turut ditaburkan juga.

Setelah sekian lama baru hari ini dia berpeluang untuk melawat insan insan yang dia sayang. Batu nisan yang terpacak di atas kubur itu diusap lembut. Air matanya perlahan-lahan menitis membasahi pipi.

Nama yang tertera di atas batu nisan itu diusap sayang. 'Nur Maira Sofea binti Abdul Rahman'

Perlahan-lahan kepalanya diturun dekat dengan batu nisan. Bibirnya dilabuhkan di atas batu nisan itu, lama. Bagai melepaskan rindunya.

Sekali lagi air mata jantannya mengalir turun. Usai itu kepalanya diangkat. Badannya dialihkan ke sisi kubur.

Terdapat satu lagi kubur di sisi kubur Maira. Kuburnya kecil sahaja seakan kubur untuk bayi.

Bibirnya dilabuhkan di batu nisan kecil itu pula. Matanya dipejamkan seketika.

Sekali lagi batu nisan kecil itu pula diusap.

"Assalamualaikum anak Abi." serak nada suaranya menuturkan kata-kata itu.

Air matanya tak henti turun mengalir. Tangannya terus mengusap batu nisan pusara arwah anaknya.

'Muhammad Yasin bin Hafez Firdaus' satu satunya anaknya dengan isterinya, Maira.

"Maaflah sebab baru hari ini abi berkesempatan melawat kamu sayang. Abi harap anak abi tak marahkan Abi..." tutur kata lelaki itu dihadapan pusara anaknya.

Badannya beralih ke pusara isteri nya pula. Tangannya mengusap batu nisan itu.

"Assalamualaikum sayang..." suaranya pecah. Sayu hatinya tika ini.

Merah sudah mata lelaki ini.

"Sayang..." katanya tergantung seketika.

"Saya datang melawat sayang dengan anak...ki-kita. saya rindu nak dengar suara sayang dengan anak kita..." terhenti katanya untuk seketika. Matanya memandang ke arah wanita yang berada di dalam kereta yang jauh di parking dari kawasan perkuburan sedikit.

Senyuman tipis diukir.

"Saya... mintak maaf se-sebab tak ada masa sayang perlukan saya... Sungguh saya menyesal..." Kata katanya sekali lagi terhenti sungguh hatinya begitu sebak tika ini.

Kepalanya beralih ke pusara kecil milik anaknya sebelum kembali menatap pusara isterinya.

"Sayang..."

"Sayang ingat tak lagi... sayang pernah suruh saya cari...pengganti awak..." nada suara lelaki itu sudah bertukar sebak.

Air mata yang mengalir dibiar berlalu sepi. Nafas beratnya dilepaskan. Katanya terhenti disitu untuk beberapa ketika bagi mencari kekuatan.

Pusara arwah isterinya tidak lepas dari kornea matanya begitu juga pusara anaknya. Ditatap silih berganti.

"Saya..." terbata-bata kat kata lelaki itu. Untuk kesekian kalinya air mata jantannya terus mengalir.

"Saya dah jumpa pengganti sayang tapi hati saya masih untuk awak sayang..." ujar lelaki itu.

Remuk hati gadis muda di belakangnya tika ini. Suaminya tak cintakan dia. Air matanya pantas melorot jatuh tanpa melodi.

━━━━━━━ •♬• ━━━━━━━
𝑎𝑚𝑎𝑐𝑎𝑚 𝑝𝑟𝑜𝑙𝑜𝑔 𝑛𝑖 𝑜𝑘𝑎𝑦 𝑡𝑎𝑘? 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑛𝑎𝑘 𝑡𝑎ℎ𝑢 𝑛𝑒𝑥𝑡 𝑐ℎ𝑎𝑝𝑡𝑒𝑟 𝑣𝑜𝑡𝑒 𝑐𝑒𝑟𝑖𝑡𝑎 𝑛𝑖 𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑐𝑜𝑚𝑚𝑒𝑛𝑡 𝑜𝑘𝑎𝑦...𝑏𝑦𝑒.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 16 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MY ANGEL'SWhere stories live. Discover now