BAB 1

2 0 0
                                    

"WOI PEREMPUAN SIAL !"

Satu panggilan yang kasar membuat haura berhenti membasuh pinggan yang banyak. Matanya memandang lembut seorang perempuan yang tua sedikit daripadanya dan bertanya lembut "kak lina nak saya tolong apa ?"

Perempuan yang dipanggil kak lina atau lebih tepat salina memandang marah terhadap gadis di hadapannya. Pakaian yang berada di tangannya, di lempar kasar ke muka haura dan berkata "kau lihat apa yang kau buat dekat baju aku ! Kau ingat baju ni murah ke ? Aku tak kira, kau ganti balik baju aku."

Haura membelek-belek baju yang di lempar oleh salina dan terlihat kesan terbakar sedikit. Wajah haura berubah terkejut "ni bukan saya yang buat." haura menegakkan kebenaran.

"Apa ? Tak nak mengaku ?" Tanya salina kasar memegang tudung haura dan menekan kuat kepala haura ke dalam air beberapa kali membuatkan haura merasa nyawanya sudah separuh.

"Kau taknak mengaku lagi ? Ni kejadiannya." Kata salina. Haura meronta-ronta sesak nafas di dalam air tapi langsung tidak dihiraukan oleh salina sedikit pun bahkan salina tersenyum sinis, dia merasakan hatinya lebih sakit berbanding ini.

"KAK LONG !"

Tindakan itu terhenti apabila nama panggilannya di panggil oleh seseorang. Dengan pantas langkah kaki menuju ke haura dan meleraikan perbuatan salina yang semakin kejam.

Haura yang menangis teresak-esak memeluk tubuh kecil gadis yang menyelamatkan nyawanya. Jika gadis itu tidak datang pasti dia sudah bertemu dengan mama dan papa di syurga.

"Kau jangan masuk campur dalam hal ni ye."

"Kak long dah gila ke ? Kak long ingat haura ni patung ke ? Tak ada langsung belas kasihan !"

"Belas kasihan ? Kenapa nak kasihan dekat perempuan pembawa sial ni ? Dan kau, kenapa kau nak sangat backup perempuan sial ni ? Semua orang tak suka kan dia, kau nak backup dia kenapa ? Kesian ? Kau nak sial dengan dia sekali ke ?"

"Apa bising-bising ni ? Haish, sehari tak bising, tak boleh ke ?" Tanya seorang wanita separuh abad dengan nada marah memandang mereka bertiga.

Gadis kecil itu mengheret perlahan haura ke dalam bilik, kata-kata mak dan kakaknya langsung tidak dihiraukan. Air mata haura semakin mengalir mendengar kata-kata mereka. 'Kalau mama dan papa ada pasti haura tak sensara macam ni kan.' Bisik hati kecil haura.

"Dila, maaf kalau aku buat kau bergaduh dengan kak lina." Ujar haura selepas mereka berdua melabuhkan punggung di atas katil single.

Adila seorang gadis yang berusia dengan haura. Dia sahaja orang yang baik dengan haura di dalam keluarga itu, semuanya langsung tidak melayani haura dengan baik. Bahkan menganggap haura seorang anak yang sangat malang di keluarga mereka.

"Apa kau buat dekat sini ? Kau ingat kerja rumah ni dah siap ke ?" Tanya puan faridah dengan nada yang marah di hadapan bilik dengan mencekak pinggang.

Empat mata memandang ke arah puan faridah. Dua mata memandang dengan rasa serba salah dan dua mata lagi memandang dengan perasaan sedikit marah.

Adila berdiri dengan segera, haura yang tahu apa yang ada di dalam fikiran adila, menarik perlahan tangan gadis tersebut dan menggelengkan kepala. Adila langsung tidak menghiraukan isyarat haura.

"Mama tak nampak ke apa yang jadi dekat haura ni ? Mama tak kasihan ke dekat dia ?" Tanya adila mengambil kasih simpati daripada mamanya walaupun dia tahu itu tidak akan terjadi.

Puan faridah tersenyum sinis "kasihan ? Kenapa perlu kasihan dekat anak sial ini ? Entah dari mana mama dan papa dia pungut dia. Eh perempuan, kau kena sedar ye, kau anak buang ! Jangan lupa tu !" Kata puan faridah menolak berkali-kali kepala haura yang sudah menangis.

"MAMA !"

"Berani kau tinggikan suara dekat orang tua kau sendiri ! Kau sedar tak yang depan kau ni, mak kau sendiri ! Yang melahirkan kau ! Apa yang di ajar oleh perempuan sial ni dekat kau sampai kau kuang ajar macam ni ?" Tanya puan faridah dengan nada tegas, tangannya menunjuk anak bongsunya dan sesekali menolak lagi kepala haura.

Haura menangis teresak-esak. Dia tahu bahawa dia bukan anak kandung mama dan papanya tapi mereka membesarkannya seperti anak sendiri dan sangat menyayanginya. Adila terdiam dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh mamanya, memang tidak patut untuk dia melawan tapi ini semakin keterlaluan untuk haura menghadapi seorang diri.

"Habis semua drama ni, sambung buat kerja kau !" Tegas puan faridah sebelum keluar dari bilik haura.

Adila kembali melabuhkan punggung di sebelah haura, dia memeluk erat gadis tersebut. "Maaf buat kau sensara di dalam rumah ni." Kata adila mengusap belakang haura yang sedang menangis teresak-esak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HAURA MARISYAWhere stories live. Discover now