Kuda yang sedari tadi dipaksa untuk berlari entah kearah mana itu secara tiba tibanya berhenti. Dengan segera, Nun Cendera Adiratna yang sudah terbiasa dengan tingkah laku kudanya yang sangat manja ini bingkas turun daripada tubuh milik kuda itu.
"Azh - zhariib" kudanya itu dipanggil lalu tangannya naik mengusap kepala kuda itu. Kuda miliknya itu terus menerus menggelengkan kepala tanda protes terhadap tuannya. Nun yang sudah biasa menghadapi perkara ini terus mengeluarkan bekas makanan milik kudanya lalu perlahan lahan kuda itu memakannya. Bekas makanan itu disimpan lalu dia memanjat kudanya kembali.
Setelah beberapa kali Nun menarik tali dileher kudanya namun tiada sebarang tindak balas yang diberikan oleh kudanya. Dia menoleh kebelakang seketika. Tindak balas yang diberikan kudanya adalah, najis kudanya. Nun menepuk dahinya perlahan. Apalah nasib dapat kuda berperangai sebegini.
Tanpa membuat apa apa kudanya itu terus berlari dengan laju, hampir terjatuh dia dibuatnya. Sabarlah sahajalah yang dia mampu sekarang ini. Tetapi mengapa kudanya berlari secara tiba tiba? Belum sempat dia menoleh kebelakang satu panahan yang hampir sahaja terkenanya sempat dielak namun panahan itu terkena pada.. kudanya.
YOU ARE READING
NUN [ ن ]
General Fiction"what's your name?" - Andika Al - Araf "Nun." - Nun Cendera Adiratna "Full name?" - Andika Al - Araf "Nun Cendera Adiratna." "Nice, classical name." Kehadiran seorang jejaka yang merubah sikapnya menjadi sikap yang lain. Andika Al - Araf jejaka yan...