[WRITTEN ON 11th FEBRUARY 2023]
[UNEDITED]
AKU MELAMBAI MR. PEDRO buat kali terakhir sebelum mereka hilang dari pengelihatanku. Selepas makan tadi, aku mencatat perkara penting yang Mr. Pedro mahukan. Aku rasa hari ini hari paling bahagia sepanjang dua hari aku sudah bekerja di Qwatch Company ini.
Siapa sangka Mr. Pedro sungguh gembira aku pandai berkata-kata dalam bahasanya. Aku juga lega melihat dia begitu teruja mendengar aku berbahasa Itali dengannya. Di sebelah aku, Qaiser pula hanya diam sepanjang meeting berlangsung setiap kali Mr. Pedro akan menyoal pendapat aku.
Aku seorang pencinta bahasa. Aku suka belajar bahasa asing. Sejak kecil aku sudah minat untuk belajar bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jadi sejak kecil juga aku menjinakkan diri untuk belajar banyak bahasa.
Melihat Qaiser di sebelah, dia memandang ke arah aku dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Aku senyum saja padanya dan duduk semula di kerusiku. Qaiser juga duduk di kerusinya.
"You didn't tell me that you can speak—"
"Awak betul-betul tak baca resume saya, Tuan Qaiser? Dalam tu, awak akan tahu semua skills yang saya ada." Aku memotong ayatnya, Qaiser kelihatan terkejut. Dia menunduk pandangannya beberapa saat sebelum bertemu mata dengan aku semula.
"Tell me about you," Ujarnya membuatkan senyuman aku melebar. Aku menyengetkan kepala memandangnya dengan kening diangkat sebelah.
"Kenapa baru sekarang nak interview? Dah tak pandai baca resume ke?" Bidas aku masih dengan senyuman lebar di bibir. Qaiser merenungku tajam, dia berpeluk tubuh membuatkan mataku jatuh melihat otot tangannya yang tiba-tiba kelihatan besar.
Aku cepat-cepat mengalihkan mataku ke wajahnya semula.
"Aku tak suka ulang ayat—"
"Ulang ayat aku dua kali," Aku ajuk suara garaunya dengan riak yang serius. Aku melihat Qaiser mengetap bibir seakan menahan marah. Aku ketawa kecil dan mengeluh perlahan.
"Saya suka belajar bahasa asing. Sejak kecil saya akan beli kamus or buku untuk belajar banyak bahasa. Bila dah besar, saya belajar daripada filem atau drama. Kalau ada masa lebih, saya masuk kelas online belajar bahasa asing." Aku cerita sambil melihat reaksinya.
Riak wajah Qaiser tidak berubah, dia fokus mendengar ceritaku. Aku tersenyum sinis padanya.
"Nak tahu bahasa asing apa yang paling saya suka?" Aku menyoalnya, aku melihat dia membuka mulut mahu berkata sesuatu tapi aku mengangkat tangan menghentikan dia bersuara.
"Bahasa cinta. Nak tahu macam mana bunyi bahasa cinta?" Aku menyoalnya lagi, masih dengan riak yang sinis. Qaiser mahu bersuara lagi tapi aku mengangkat tanganku lagi, menghentikan niatnya untuk bersuara.
"Ada banyak. Salah satunya... Neomu saranghae. Kalau yang tak ada bunyi pula, ada banyak cara. Salah satunya macam ni." Aku angkat lima jari di depan wajahnya, dua jari tengah aku tutup, tiga jari yang lain dibiarkan buka. Lambang itu seperti penyanyi rock akan angkat sewaktu sedang menyanyi. (🤟)
Aku senyum pada Qaiser, dia melihat tangan aku di depan wajahnya itu. Bahasa Isyarat yang bermaksud saya cintakan awak betul-betul ada di depan wajahnya. Memang sengaja aku letak di depan mukanya, biar dia tak akan lupa perasaan aku pada dia tidak pernah berubah.
ANDA SEDANG MEMBACA
JEJAKA NERD 1 [TERBIT]
RomanceBagi Talita, Qaiser bukan sekadar nerd yang semua orang pandang sebelah mata. Baginya, Qaiser adalah jatuh cinta pandang pertama- lelaki yang dia mahu miliki walau apa pun halangan. Qaiser menolak berkali-kali, menganggap Talita hanya mahu mempermai...
![JEJAKA NERD 1 [TERBIT]](https://img.wattpad.com/cover/333581843-64-k691701.jpg)