[WRITTEN ON 14th FEBRUARY 2023]
[UNEDITED]
QAISER PULANG KE rumah keluarganya selepas balik daripada pejabatnya. Qaiser memberi salam sebelum pintu rumahnya itu dibuka oleh ibunya, Datin Faridah. Qaiser bersalam dengan Datin Faridah, mereka berlalu ke ruang tamu, di situ Dato Qhalid sedang menonton berita di TV.
"Papa dengan mama sihat?" Soal Qaiser selepas bersalaman dengan Dato Qhalid. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Datin Faridah.
"Mama dengan papa ni sihat saja. Kamu tu okay ke tidak? Dah lama tak datang jenguk mama dengan papa." Ujar Datin Faridah sambil mengusap bahu Qaiser.
Sudah lama Qaiser tidak pulang ke rumah, rindu betul pada anak lelaki tunggalnya itu. Anak bongsunya pula sibuk pelajaran di universiti.
"Sorry, Qai sibuk sikit sekarang. Lagipun ni Qai dah datang jumpa mama dengan papa pun dah terubat rindu mama, kan?" Qaiser senyum lalu memaut bahu Datin Faridah itu dengan mesra.
"Itulah mama kamu Qai. Hari-hari tanya papa bila kamu nak balik. Nak bermanja dengan anak teruna dia ni. Dengan papa takde pulak rindu macam tu kalau papa outstation," Rugut Dato Qhalid dengan riak yang mengusik. Qaiser ketawa mendengar rugutan papanya itu. Datin Faridah pula menjeling tajam ke arah suaminya.
"Kamu daripada mana? Office ea? Dah makan ke belum? Kalau belum mama boleh sediakan makanan." Datin Faridah menyoal lagi. Qaiser senyum saja, beruntung dia ada ibu yang sangat prihatin pada anaknya. Qaiser bersyukur dikurniakan ibu bapa yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan.
"Takpe ma. Qai dah makan tadi dengan Amara." Mendengar nama Amara, terus bersinar mata Datin Faridah. Mana tidaknya, sudah lama dia menunggu Qaiser membuka mulut tentang Amara.
Selepas makan tengah hari dengan Amara, Qaiser meluangkan masanya bersama Amara sehingga makan malam. Amara membuat kejutan pada Qaiser, Amara mengambil cuti hari ini semata-mata mahu meluangkan masa bersama dia. Qaiser pula tak masuk office selepas bertemu Amara, dia merindui sahabatnya sejak kecil itu.
"Ha, Amara. Lama juga tak dengar khabar dia. Macam mana dia sekarang?" Datin Faridah menyoal dengan senyuman lebar di bibirnya. Datin Faridah adalah orang paling gembira apabila mendapat tahu anak terunanya itu sudah mempunyai teman wanita.
Sebelum Qaiser berhubungan dengan Amara, lelaki itu terlalu sibuk dengan kerja. Kadang-kadang Datin Faridah tertanya-tanya adakah Qaiser akan berumah tangga atau tidak. Anaknya itu terlalu gila bekerja.
"Dia sihat, ma. Amara masih mengajar di sekolah yang sama." Ujar Qaiser dengan senyuman kecil di bibirnya. Datin Faridah mengangguk kecil dengan senyuman masih lebar.
"Mama jujur ajelah dengan kamu ye, Qai. Bila Qai nak halalkan Amara? Mama dah tak sabar nak ada menantu, nak timang cucu. Qai pun bukan muda lagi." Datin Faridah mula membuka bicara tentang masa depan anaknya. Qaiser senyum kecil.
"Nantilah, ma." Balas Qaiser dengan lembut. Datin Faridah memandang Qaiser dengan riak yang keliru, dia tarik tangan anak terunanya itu dan digenggam dengan lembut.
"Kenapa nanti? Kalau Qai betul dah sayang, kenapa masih teragak-agak nak halalkan Amara? Kalau nak cakap tentang pendapatan, mama yakin Qai lebih daripada mampu. Lagipun tak elok bawa anak dara orang pergi sana sini tanpa ikatan. Kalau betul sayang, ikatlah dia. Bertunang dulu pun lebih baik." Ujar Datin Faridah dengan lembut.
ANDA SEDANG MEMBACA
JEJAKA NERD 1 [TERBIT]
RomanceBagi Talita, Qaiser bukan sekadar nerd yang semua orang pandang sebelah mata. Baginya, Qaiser adalah jatuh cinta pandang pertama- lelaki yang dia mahu miliki walau apa pun halangan. Qaiser menolak berkali-kali, menganggap Talita hanya mahu mempermai...
![JEJAKA NERD 1 [TERBIT]](https://img.wattpad.com/cover/333581843-64-k691701.jpg)