Bab 9

179 10 1
                                    


Selepas kejadian Zaiden memeluk tubuh Adeline secara tiba-tiba, mereka lebih banyak mendiamkan diri.

Adeline pula rasa janggal dengan kehadiran lelaki itu. Zaiden pula pergi kerja awal pagi dan tiba di rumah lewat malam. Dan kadang-kadang seharian tak nampak muka lelaki tu.

Seminggu lebih dalam keadaan begini. Adeline lebih selesa bila hubungannya begini. Yalah, rasa cinta dan sayang terhadap lelaki itu belum muncul sepenuhnya lagi.

Harini Zaiden mengambil keputusan untuk ke office dengan lebih awal. Banyak kerja yang tergendala.

Apabila Zaiden teringat kejadian yang dia peluk Adeline secara tiba-tiba dalam kereta tempoh hari, dia jadi malu dengan diri sendiri.

"Kenapa aku perlu buat macam tu dekat kau Adeline. Sampai bila-bila aku tak boleh nak cintakan kau. Hati aku sepenuhnya milik Sophia," katanya seorang diri.

Dia tahu dia keterlaluan dengan Adeline. Tapi dia tak mampu kawal nafsunya sendiri.

Dan tiba-tiba ada ketukan yang datang dari pintu pejabatnya.

"Goodmorning baby.." Meleret suara Sophia menyapa buah hatinya.

"Goodmorning sayang," balas Zaiden.

Zaiden sendiri keliru dengan perasaannya. Dia masih cintakan Sophia tetapi dia mahu cuba buka pintu hati untuk Adeline.

Dan yang paling penting dia tetap tak akan tinggalkan Sophia. Sophia ialah wanita yang pertama berjaya buka pintu hatinya dari dulu lagi.

Tidak mudah untuk dia lupakan Sophia.

"I miss you, baby lama gila tak jumpa you. You sihat?" Soal Sophia yang berdiri di sebelah meja kerja Zaiden.

"Miss you too sayang. I busy sikit. I sihat je." Zaiden menatap wajah Sophia dengan penuh makna.

Zaiden yang melihat Sophia berdiri mula menarik tangan wanita itu untuk duduk di atas pahanya.

"You punya wife tak kisah ke kita macam ni?" Soal Sophia.

"Entah," jawab Zaiden sepatah.

Zaiden mula memeluk pinggang Sophia dan sebamkan wajahnya ke leher Sophia. Wangi.

"Malam ni balik rumah I nak?" Soal Sophia sambil menggosok-gosok kepala Zaiden lembut.

"Okey."

Nampaknya malam ni Adeline tidur sendirian.

Zaiden layan Sophia seperti isteri kedua pula. Walhal mereka tiada ikatan yang sah.

Adeline memilih untuk memasak makanan yang istimewa. Dia ingin merapatkan semula hubungan bersama Zaiden.

Harini Adeline masak makanan yang banyak. Memang mereka dua sahaja yang tinggal di dalam rumah ni, tapi tak mengapalah kalau nak masak yang istimewa untuk suami sendiri.

Adeline masak untuk makan malam sahaja memandangkan Zaiden memang selalunya balik lewat malam.

2 jam berlalu..

Masih belum nampak kelibat Zaiden. Dia cuba untuk hubungi Zaiden banyak kali, tetapi tidak di jawab.

Akhirnya Adeline tertidur di meja makan. Sedar-sedar dah pukul 5 pagi.

"Eh tak kan Zaiden tak balik lagi? Mana dia pergi?" Berkerut dahi Adeline mencari kelibat suaminya.

"Dah lah aku masak banyak, lauk ni siapa yang nak makan?" Soalnya sendiri.

Itulah padahnya kalau masak tapi tak bagitahu suami. Entah Zaiden hilang kemana, seharian tiada di rumah.

Adeline cuba untuk hubungi Zaiden entah kali ke berapa.

Tut, tut, tut..

"Helo?" Sapa Zaiden dari telefon. Suaranya serak basah, mungkin baru bangun tidur.

"Zaiden awak dekat ma.."

"Baby, siapa call?"

Suara perempuan? Siapa dia? Kenapa dia panggil Zaiden baby

"Abaikan je lah call tu baby. Jom lah kita sambung tidur," sambung suara dari dalam telefon.

Bercampur baur perasaan sekarang ini. Marah? Sedih? Sakit hati?

Adeline terus menekan punat merah yang ada di telefonnya.

Air mata mula membasahi pipi. Zaiden tidur dengan perempuan lain?

"Aku tahu siapa perempuan tu. Dia mesti Sophia yang Dany pernah kata dulu." Fikiran Adeline mula terganggu.

Dia tak sepatutnya menaruh harapan kepada Zaiden. Mungkin dia perlu terima hakikat yang Zaiden tak akan pernah sayang kan dia.

Dan mungkin penceraian adalah yang paling terbaik untuk hubungan mereka. Bukan dia tak cuba untuk buka hati kepada Zaiden, tetapi Zaiden yang mengsia-siakan semuanya.

Adeline patut sedar dari awal lagi, yang sebenarnya dia lah perampas lelaki orang. Tapi bukan dia yang mahu semua ni terjadi, malah pada awalnya dia juga tidak kenal siapa Zaiden sebelum menjadi suaminya.

Adeline mula mengemas meja makan. Makanan yang dimasak semalam dimasukkan ke dalam peti. Tak ada selera nak makan sekarang. Nak buang sayang pula.

Dia pula bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh.

Apabila sudah selesai solat subuh, Adeline membaca doa.

"Ya Allah, Ya Tuhanku kau bantulah aku untuk menghadapi semua ujian yang kau beri Ya Allah. Sesungguhnya, aku tak kuat tanpa bantuanmu Ya Allah."

Air mata Adeline laju membasahi pipi.

"Kau berikanlah peluang untuk rumah tangga kami bahagia Ya Allah, aku juga mahukan yang terbaik dalam rumah tanggaku ini. Dan kau berikanlah hidayah kepada suamiku untuk bertaubat.."

"Aku tak kuat Ya Allah. Aku tak kuat..."











Milik Zaiden AralicWhere stories live. Discover now