Bab 10

126 9 1
                                    



"Kau pergi mana sampai lewat malam tak balik ni?" Soal Zaiden yang duduk di sofa ruang tamu.

Sebenarnya Zaiden sudah pulang ke rumah pada pukul 2:00 petang tadi, tetapi tiada siapa di rumah. Dia jadi makin marah apabila dia cuba untuk hubungi Adeline banyak kali tapi tak berjawab.

"Err.. S-saya keluar."

"Dengan siapa kau keluar? Tak reti bagitahu aku dulu ke? Keluar entah pukul berapa lepastu balik lewat malam! Apa kau ingat rumah ni hotel?!" Zaiden mula meninggikan suaranya.

"S-saya m-minta maaf. Telefon s-saya habis b-bateri," balas Adeline bergetar nada suaranya.

Adeline tak sangka sampai macam ni sekali Zaiden marahkan dirinya. Dia ingat balik rumah ni mula lah dia nak marah Zaiden pasal tak balik rumah semalaman, lepastu tidur dengan entah perempuan mana. Last-last dia yang kena marah balik.

"Itulah kau dah buat salah minta maaf! Senang je hidup kau kan." Zaiden jalan mendekati Adeline.

"Kau ni selalu menyusahkan hidup aku!"

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi Adeline.

"Kau pergi naik bilik kau sekarang! Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi!" Entah setan apa yang merasuki Zaiden malam ni.

"Saya minta maaf kalau saya menyusahkan awak."

Dia tak mahu keadaan makin teruk. Adeline terus beredar dari situ.

Tidak pernah lelaki itu naik tangan terhadap dirinya, tiba-tiba harini disebabkan satu kesalahan sahaja, Zaiden mahu menampar pipinya.

Keesokkan paginya, Zaiden beranikan diri untuk mengetuk pintu bilik Adeline. Ye di bilik Adeline. Sejak kejadian semalam, Adeline memilih untuk tidur bersendirian. Tak inginlah nak sebilik dengan lelaki tu.

"Adeline, bukalah pintu. Aku ada bawa sarapan ni," ujar Zaiden. Dia kesal dengan perbuatan dia semalam.

Pintu bilik Adeline di buka secara perlahan dari dalam.

"Masuklah."

Zaiden sediakan beberapa keping roti bakar dan susu.

"Aku suap kau makan ye," pelawa Zaiden sambil menatap wajah isterinya.

"Tak payah. Saya cukup sifat lagi nak makan sendiri. Saya tak nak menyusahkan awak lagi."

"Aku minta maaf pasal semalam. Entah kenapa aku marah sangat dengan kau. Padahal aku tak kisah pun pasal kau." Kata-kata Zaiden buatkan hati Adeline semakin terluka.

Padahal aku tak kisah pun pasal kau. Betul ke dia tak kisah pasal aku? Ke aku je yang beria dengan dia? Adeline bermonolog dengan diri sendiri.

"Adeline..."

"Hm?"

"Aku minta maaf."

Itulah kau dah buat salah minta maaf! Senang je hidup kau kan. Bukan ke dia dah marah aku sebab minta maaf? Ni kenapa dia minta maaf dekat aku pulak? Adeline masih bermonolog dengan diri sendiri.

"Ye, dah awak keluarlah."

Zaiden hanya akur. Dia berjalan menuju ke pintu dan Zaiden memusingkan tubuhnya menghadap Adeline semula.

"Aku tahu kau masih marahkan aku. Aku minta maaf. Aku langsung tak berniat nak naik tangan dekat kau semalam. Aku cuma.. aku cuma serabut. Aku stres semua masalah datang sekali gus dekat aku macam tu. Aku tak ada tempat nak meluah Adeline. Aku minta maaf," kata Zaiden panjang lebar.

Milik Zaiden AralicWhere stories live. Discover now