SUAMI KIRIMAN SYAITAN 01

478 26 0
                                    

Fatiha tersandar di perhentian bas sambil tercungap-cungap mencuri nafas. Dadanya berombak kencang dek kerana kepenatan berlari. Di tengah hujan lebat yang membasahi bumi, gadis itu berlari sepantas yang boleh meredah kepekatan malam.

Matanya meliar melihat sekeliling kalau-ii ada yang masih mengejar langkahnya. Dia kini buntu ke mana hendak membawa diri. Pulang ke rumah makngahnya bukan lagi keputusan yang baik malah sebaliknya.

Dia nekad untuk tidak lagi pulang ke rumah Puan Kelsom kerana anak makngahnya itu sudah melampau.

Danial. Sepupu yang hanya tua 3 tahun dari dirinya itu cuba untuk menodai dirinya. Dari dahulu lagi dia sedar akan tingkahlaku Danial yang suka memandang dirinya dengan pandangan yang tidak senonoh namun tidak pula dia menyangka Danial akan bertindak sejauh ini.

Hendak diadukan ke Puan Kelsom memang tak lah! Dirinya yang sudah dibenci sejak dari dulu tidak mungkin akan diberi kepercayaan dan pembelaan.

Namun, Fatiha masih berbelah bahagi apabila mengenangkan adik perempuannya yang masih ada di rumah makngah.

Farhana.

Terdetik nama tersebut di hujung sudut hatinya. Tidak mungkin dia akan melarikan diri dan tinggalkan Farhana begitu sahaja.

Sedang dia mengelamun akan hal itu, dia terpandang akan kelibat seseorang sedang berlari menuju ke arahnya. Fatiha membuang rasa penatnya.

Kaki yang tidak berkasut itu pantas membuka langkah seribu.

"Fatiha!" laung suara gerangan yang sedang mengejar dirinya. Suara garau itu milik Danial. Lelaki itu terus mengejarnya dengan pelbagai alasan.

Dia bimbang jika Fatiha membuat laporan polis ataupun mengadukan perlakuannya pada orang lain.

Hujan semakin lebat membasahi bumi. Fatiha kini sudahpun tiba di hujung kampung setelah melalui hutan kelapa sawit. Tanpa membuang masa, dia terus berlari menuju ke arah masjid di seberang jalan.

Dia bercadang ingin ke rumah tunangnya, Aidil untuk meminta bantuan. Dia tidak punya pilihan. Hanya lelaki itu yang dapat dirinya bergantung harap buat masa sekarang.

Dia akan membawa Farhana bersamanya setelah mendapat bantuan Aidil nanti.

༺༺ ༺ ❣️ ༻༻ ༻

Adam menoleh ke arah jam dinding apabila terdengar bunyi loceng rumah. Berkerut dahinya memikirkan tetamu yang datang di tengah-ii malam. Atau mungkin abangnya, Aidil tidak membawa kunci?

Langkah disusun menuju ke ruang hadapan. Berkerut dahinya melihat gerangan yang berdiri di muka pintu melalui skrin doorbell camera.

Pintu utama dibuka.

Fatiha yang sedang berdiri dalam keadaan basah kuyup dipandang penuh kehairanan. Terangkat keningnya melihat keadaan gadis tersebut.

"Abang Aidil ada?" suara Fatiha bergetar dek kerana kesejukkan yang memeluk tubuhnya.

"Aidil belum balik. Kau kenapa?" jawab Adam dingin. Sememangnya dia dengan Fatiha tidak begitu rapat.

"S-saya..." belum sempat Fatiha menghabiskan kata-ii, dia tiba-ii rebah ke lantai.

"Weyh! Weyh! Kau kenapa?" Adam diserang panik. Kelam kabut dirinya membuka kunci pagar.

Tubuh Fatiha dipangku.

"Weyh! Fatiha! Bangun! Bangun!" Adam menggoncang tubuh gadis tersebut namun tiada reaksi balas.

Tubuh tersebut sejuk dan pucat. Adam kemudiannya tiada pilihan selain mendukung tubuh Fatiha masuk ke dalam rumah.

Fatiha dibaringkan di sofa kulit di ruang tamu. Dia kemudiannya terus mencapai telefon pintar bagi menghubungi abangnya, Aidil.

༺༺ ༺ ❣️ ༻༻ ༻

Aidil terjaga dari tidurnya yang lena akibat guruh yang berdentum kuat di luar pejabat. Dia ketiduran selepas menyiapkan proposal penting tadi. Jam di dinding ditoleh sekilas.

Tubuhnya diregang. Dipusing ke kiri dan kanan. Lenguh segala urat sendinya setelah tidur dalam keadaan duduk.

Dia sememangnya seorang yang workholic nak dibandingkan dengan Adam yang lebih suka enjoy dan main-ii dalam pekerjaan. Syarikat tersebut merupakan syarikat bersama milik papa dan pakngah mereka.

Disebabkan itulah, Adam hanya bersikap sambil lewa. Dia tidak mahu berusaha lebih kerana dia tahu segala harta papa dan mama akan jatuh ke tangan mereka juga akhirnya.

Aidil pula sebaliknya. Dia lebih suka berkerja keras untuk menjayakan lagi syarikat tersebut. Mungkin kerana itu juga Tan Sri Iskandar dan Puan Sri Zahra lebih menyayangi Aidil berbanding Adam?

Aidil kemudiannya berlalu meninggalkan pejabat. Sekarang dia ingin pulang dan ingin menyambung tidur dengan lebih selesa.

Sebelum terus pulang, sempat dia menyinggah di kafe 24jam membeli secawan minuman panas. Hujan lebat yang menyukarkan pemanduan menyebabkan dirinya terpaksa memandu perlahan.

Pandangannya terhad sekali. Sesekali cahaya kilat memancar menyilaukan penglihatan.

Fikiran Aidil kemudiannya menerawang memikirkan tentang pertemuannya dengan doktor siang tadi.

Doktor tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah kawan baiknya sendiri, Ferdaus.

Dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengannya dalam setahun kebelakangan ini namun tidak pula dia terfikir untuk melakukan pemeriksaan.

Fikiran Aidil bercelaru. Dia kini menghadapi masalah besar sebagai seorang lelaki.

Erectile Dysfunction. Itulah penyakit serius yang dihidapinya sekarang.

Fatiha. Mahukah gadis itu menerima lelaki yang tidak sempurna seperti dirinya? Lagi pula, hukum berkahwin baginya sudah jatuh haram kerana akan memberi kemudaratan pada pasangan.

Aidil buntu. Dia teramat menyayangi Fatiha dan tidak mungkin dia akan baik-ii sahaja melihat gadis tersebut bersama lelaki lain.

Tanpa sedar, air matanya bergenang di kelopak mata namun dipaksakan dirinya agar tidak menangis seperti perempuan.

"Maafkan abang, Tiha..." ucapnya perlahan.

Tiba-ii telefon pintarnya berdering. Dia melihat skrin nama yang terpapar pada telefon.

ADAM

"Hello?" Aidil menjawab bersahaja. Getaran pada suara cuba dikawal.

"Aidil, tunang kau ada kat rumah ni. Tiba-ii dia muncul dengan basah kuyupnya." beritahu Adam.

Aidil tergamam. Kenapa dengan Fatiha?

"Dia ok tak?" soal Aidil yang kerisauan.

"Ok kot? Taktahu. Dia pengsan tadi depan pintu." cerita Adam.

"Ah ok-ii. Aku balik sekarang." Aidil terus mematikan panggilan.

Hatinya terus dihambat resah memikirkan tentang Fatiha dan juga perihal penyakitnya.

TO BE CONTINUE

saya belum ada idea untuk tajuk. kalau anda ada idea boleh cadangkan hehe 💕

SUAMI KIRIMAN SYAITANWhere stories live. Discover now