Adam memandang kosong mamanya yang sedang terbaring di atas katil hospital. Tiub oksigen yang dipasang untuk membantu pernafasan dipandang sayu. Ini semua berlaku disebabkan oleh dirinya sendiri. Dia yang salah. Dia yang menjadi punca mamanya sakit.
Pandangan matanya beralih merenung tangan kanannya yang berbalut simen. Kemalangan tempoh hari menyebabkan dirinya menjadi OKU sementara.
Tangan kanannya, patah manakala wajah sebelah kanannya lebam dan calar balar akibat terkena serpihan cermin kereta yang berkecai. Mujur tidak terkena pada matanya.
Puan Sri Salina pula mengalami serangan jantung sebaik sahaja menerima berita tentang kemalangan yang menimpa Adam.
Disebabkan itulah, dia merasa bersalah. Tambahan lagi, papanya asyik mengulang suara mengungkit-ungkit tentang dirinya yang menjadi punca.
Aidil? Lelaki itu langsung tidak bertegur sapa dengan dirinya. Dia seolah-olah tidak lagi wujud di mata lelaki itu.
Fatiha yang telah pun keluar dari ward ada datang berjumpa dengan dirinya namun kedatangan gadis tersebut hanya menerima cacian dan makian darinya.
Adam duduk termenung di ruangan menunggu. Dia bingung tidak tahu apa yang harus dilakukan sekarang.
Lamunan Adam terhenti tatkala satu suara sumbang menyapa telinga.
"Ada lagi kau kat sini..." Tan Sri Iskandar bersuara seraya duduk di kerusi ruangan menunggu berhadapan dengan Adam.
Adam diam. Liur yang pahit ditelan kesat.
"Adam." panggil lelaki berusia lebih separuh abad itu. Matanya merenung tepat Adam yang hanya tertunduk tidak bermaya memandang lantai.
Adam mendongak perlahan-lahan apabila namanya diseru.
"I'll give you a choices." Tan Sri Iskandar kekal dengan riak wajah seriusnya.
Adam kekal diam setia mendengar percakapan yang seterusnya.
"Either you and Fatiha, getting married."
"Or."
"You're not allowed to see mama again."
"I never know you and of course... All of my property belongs to Aidil himself. You will never get any cent of it."
Adam tertunduk kembali dengan perasaan yang bercampur baur. Fikirannya bertambah kusut sehingga tidak dapat lagi dia berfikir apa-ii.
Adam mengetap bibir sambil memejam matanya rapat. Tubir mata yang terasa bertakung dikesat kasar.
"Look Adam. Mama is getting sick because of you! You and your fucking attitude. I will never compromise anything this time." Tan Sri Iskandar kemudiannya berlalu masuk ke ward yang menempatkan isterinya.
Adam memandang pintu ward tersebut dengan pandangan sayu. Lama dia merenung sebelum perlahan-lahan dia bangun dan menapak pergi.
Dia kemudiannya terserempak dengan Aidil. Aidil yang tadinya menapak laju kini terhenti langkahnya apabila ternampak Adam. Aidil yang ditimpa rasa bersalah terlalu takut untuk bertegur sapa dengan adiknya itu. Langkahnya kaku, bibirnya terkunci rapat.
Semua yang berlaku adalah salahnya 100%. Adam kemalangan, mamanya diserang sakit jantung. Aidil buntu. Lagi-lagi apabila papanya amat lantang memberi Adam pilihan sama ada mengahwini Fatiha atau dibuang keluarga.
Sedang Aidil berperang dengan perasaannya sendiri, Adam menapak perlahan-lahan menghampiri abangnya.
"Tolong... Cuma jawab satu soalan." ucap Adam perlahan sambil sepasang matanya memandang tempat sepasang lagi mata milik Aidil.
"Kau kat mana malam tu? Kenapa kau tak balik?" soal Adam. Terdengar sedikit getaran pada nada suaranya.
Aidil kekal diam. Kotak suaranya seolah-olah terkunci. Fikirannya kini bercelaru apabila semuanya haru-biru tidak mengikut seperti yang dirancang.
"Jawablah Aidil! Kau kat mana malam tu?" Adam mengeraskan suaranya namun masih pada nada perlahan. Rahangnya diketap rapat menahan geram.
Aidil hanya menunduk ke bawah. Dia semakin dihujani rasa bersalah.
"Jawablah sial!" Adam hilang sabar. Kolar baju kemeja Aidil dicekak kasar lalu lelaki itu ditolak kasar ke dinding.
"Kau pergi mana? Kenapa kau diam je lepas semua ni jadi?" nada suara Adam semakin meninggi. Dia merenung Aidil yang hanya membatu.
"Budak bertuah!" sergah Tan Sri Iskandar. Adam ditarik menjauhi Aidil sebelum ditumbuknya. Adam terdorong lalu terjatuh akibat hilang keseimbangan.
Bibirnya yang pecah menyebabkan darah pekat mengalir di tubir bibir.
"Kau ni memang anak tak guna kau tahu tak?" caci Tan Sri Iskandar sambil merenung tajam ke arah Adam.
Adam terdiam tanpa kata sambil mengesat darah di bibirnya.
"Kau dah buat tak elok dekat tunang abang kau, sekarang kau nak pukul dia pulak? Apa masalah kau ni Adam?" tengking Tan Sri Iskandar. Tidak dihiraukan langsung suasana hospital yang sememangnya tempat larangan membuat bising.
Aidil diam membatu sambil menahan rasa nyeri yang mula menyerang kepalanya. Dia cuba untuk beriak bersahaja namun rasa sakit tersebut terlalu menekan sehingga dirinya hampir rebah.
Tan Sri Iskandar yang menyedari anak sulungnya itu seolah mahu pitam, segera memaut bahu Aidil.
"Aidil ok tak?" soalnya prihatin apabila melihat Aidil seperti hilang keseimbangan.
Adam hanya memandang sepi sebelum dirinya perlahan-lahan bangun bersandar pada dinding putih tersebut.
"Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi! Kau berambus!" halau Tan Sri Iskandar dengan nada keras sebelum dia berlalu sambil memimpin Aidil.
Adam mengeluh berat. Sungguh hina dirinya pada pandangan papanya meskipun semua yang terjadi bukan atas kehendaknya.
Dia kemudiannya menapak perlahan-perlahan ke arah bilik rawatannya semula. Hati yang retak cuba disabarkan. Dia kini pasrah dengan nasibnya yang tidak terbela.
Adam sedar. Walau apa pun yang dia cuba lakukan sekarang, orang tuanya tetap akan menyalahkan dirinya.
Mama. Dia tidak cukup kuat untuk hidup tanpa wanita itu.
TO BE CONTINUE
READERS RAJIN KOMEN, AUTHOR RAJIN UPDATE
YOU ARE READING
SUAMI KIRIMAN SYAITAN
RomanceDibuang keluarga atau memperisterikan Fatiha? Adam lebih rela dibuang keluarga. Namun, mamanya yang diserang sakit jantung membuatkan dirinya berfikir 2 kali. Dia mungkin anak yang nakal dan tidak mendengar kata tetapi tidaklah sampai menderhaka. "...