SUAMI KIRIMAN SYAITAN 02

157 11 0
                                    

Kelsom terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi bising orang bercakap dari ruang tamu rumahnya. Mata yang masih layu digenyeh perlahan sambil bibirnya terkumat-kamit membebel memarahi gerangan yang mengganggu tidurnya yang nyenyak di malam hujan tersebut.

Kaki diatur perlahan-lahan menuju ke ruang tamu yang terang benderang. Kelihatan anak tunggalnya, Danial dan anak saudaranya, Farhana sedang bertegang urat.

"Kau jangan nak biadap sangat! Kau sedar diri sikit engkau tu mak aku yang kutip! Kalau tak, entah mana-ii kau dengan kakak kau tu merempat!" jerkah Danial.

"Memang korang kutip aku! Tapi kau tak ada hak nak layan kami macam ni!" balas Farhana tanpa sedikit pun rasa gerun dengan pandangan tajam Danial.

"Hey! Korang dua ni bodoh ke terpekik-pekik tengah malam ni?" marah Kelsom. Matanya yang tadi layu kini segar bugar.

"Mak! Mak tengok budak sial ni! Dia tuduh Dan buat yang bukan-ii dekat kakak dia." adu Danial pada emak kesayangannya.

Kelsom mencerlung Farhana. Pantang betul dia mendengar orang mencemuh anak tunggalnya itu.

"Hey! Kakak kau tu yang sundal! Dia yang goda anak aku. Lelaki kau tahula macam mana. Diorang takkan suka-ii kalau perempuan yang tak mulakan dulu!" Kelsom menunjal dahi Farhana sehingga terdorong gadis kecil molek itu ke belakang.

"Makngah! Ana nampak sendiri Abang Danial tarik Kak Tiha masuk bilik dia! Dia paksa Kak Tiha!" Farhana membela kakaknya. Sungguh! Demi Allah dia berkata benar! Kakaknya bukan perempuan sundal yang menggoda lelaki sepertimana yang diperkatakan oleh Kelsom.

"Kau jangan nak buat cerita! Kau kecik-ii dah pandai nak tabur fitnah ya!" Kelsom naik hantu.

Kayu hoki milik Danial yang ada berhampiran dicapai lalu dihayun di hadapan muka Farhana.

"Aku cukup pantang tau orang nak burukkan anak aku!" Kelsom merenung tajam memberi amaran dengan kayu hoki tersebut.

Farhana kelihatan ketakutan apabila melihat kayu hoki di tangan Kelsom.

Danial kelihatan senang. Bibirnya mengukir senyuman sinis memandang Farhana apabila kemenangan berada di pihaknya.

"Tapi... Kak Tiha dah lari sebab Abang Danial..." ucapnya sayu apabila mengenangkan kakaknya, Fatiha yang telah pun lari meninggalkan dirinya.

Kelsom katawa sinis.

"Kakak kau lari sebab anak aku? Ke sebab dia dah jumpa jantan lain? Aku tak tahu lah macam mana si Aidil tu boleh-ii nak isterikan dia. Kalau aku jadi mak si Aidil, tak hamak sikit pun nak bermenantukan perempuan jalang tu!" Kelsom menghamburkan segalanya. Sedikit pun dia tidak menapis bagi menjaga perasaan Farhana.

Sungguh dia benci mereka dua beradik. Dulu, emaknya Fatiha dan Farhana, Kasturi telah berkahwin dengan bapa mereka, Ahmad.

Ahmad merupakan lelaki pujaan Kelsom namun akhirnya Kasturi yang dipinang Ahmad. Cinta Kelsom ditolak mentah-ii oleh Ahmad membuatkan Kelsom sangat berdendam sehingga ke hari ini.

Ahamad begitu mencintai Kelsom dan sanggup memberi mas kahwin lebih tinggi daripada yang dipinta keluarga mereka. Selepas kahwin juga mereka hidup bahagia.

Ahmad melayan Kasturi bak permaisuri. Kelsom pula sebaliknya. Dia mendapat suami yang baran, kaki pukul dan tahi judi. Kematian si suami yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sangat melegakan hatinya.

Dia tidak lagi dipukul atau dimaki hamun lagi. Danial dapat dibesarkan dengan tenang menggunakan duit pencen arwah suaminya.

Tidak lama selepas itu, Kasturi dan Ahmad pula pergi. Mereka terlibat dalam kemalangan semasa ingin ke kota. Fatiha dan Farhana terpaksa dibesarkan kerana tidak mahu dipandang serong oleh orang kampung.

Oleh itu, segala harta peninggalan arwah, menjadi sasarannya. Duit yang sepatutnya digunakan untuk Farhana dan Fatiha digunakan untuk memenuhi kehendak diri.

Kini, Fatiha sudah cukup umur dan ingin berkahwin. Harta-ii pusaka lain seperti rumah yang telah dinamakan atas namanya akan menjadi milik Fatiha sepenuhnya.

Kelsom semakin tamak. Oleh sebab itu dia memaksa Fatiha menandatangani surat pemindahan hak milik sebelum bernikah dengan Aidil namun gadis tersebut berkeras. Dia tidak peduli meski tubuh badannya dipukul Kelsom.

༺༺ ༺ ❣️ ༻༻ ༻

Sedang dia dalam perjalanan tadi, dia tiba-ii mendapat satu akal dan dirinya sedang berbelah bahagi sekarang. Seketika kemudian, Aidil mengeluarkan telefon pintarnya. Satu nombor ringkas didail.

"Hello?" Aidil kemudiannya berlalu pergi meninggalkan kondo tersebut.

Sementara itu, adiknya, Adam sedang mundar mandir di rumah menunggu kepulangan abangnya yang tak kunjung tiba.

Fatiha kelihatannya memerlukan rawatan hospital. Gadis tersebut langsung tidak berkutik. Risau pula jika mati di situ dan dia pula yang dipersalahkan.

Adam cuba menyentuh dahi Fatiha. Panas! Kakinya pula sejuk seperti ais.

Dia mendail nombor Aidil buat kesekian kalinya namun tidak berjawab. Hatinya dihambat risau kalau-ii ada terjadi sesuatu pada abangnya itu.

Fatiha tidak akan baik-ii sahaja memandangkan baju yang tersarung basah kuyup. Adam mematikan penyaman udara dan mengharapkan usahanya itu membantu.

Selain itu, dia turut memakaikan Fatiha stokin milik Aidil. Entah apa-ii yang dia buat tapi hanya itu yang dapat dia bantu.

Comforter milik Aidil turut menjadi mangsa Adam. Dia menghampar comforter tebal tersebut menyelimuti tubuh Fatiha.

Dia kemudiannya duduk sebentar dan cuba bertenang sebelum loceng pintu berbunyi buat kali kedua.

TO BE CONTINUE

hi, saya masih belum punya tajuk. kbye

SUAMI KIRIMAN SYAITANWhere stories live. Discover now