B A B 1 3

4.4K 285 4
                                    

"Fiq?" suara lembut si abang membuatkan dia tersentak.

Dia melihat Shazrin Ammar yang baru sahaja pulang bersama satu plastik yang berisi seakan mangga muda berada di genggaman tangan kanan. Dia mengukir senyum dan menyalami si abang dengan penuh hormat.

Dia tahu abangnya pasti terkejut dengan kepulangannya ini. Di tambah pula, kali ini dia pulang bukan seorang diri tetapi bersama isterinya. Dia kembali melempar senyum pada si abang.

"Kenapa balik tak beritahu abang dulu? kalau abang tahu, abang boleh beli barang basah. Bolehlah, abang masak makanan kegemaran ni. Sebelah Fiq ni siapa pula? kawan Fiq ke?" Kata Shazrin Ammar sambil melihat gadis sopan itu mengukir senyum manis kepadanya.

Ini kali pertama, dia melihat Shafiq Ammar membawa pulang seorang wanita asing. Selama ini, tidak pernah walaupun sekali adik bongsunya menceritakan apa-apa perihal seorang wanita. Katanya hendak fokus belajar terlebih dahulu. Tetapi, kali ini macam lain sahaja?

Ada sesuatu perkara yang dia sedang rahsiakan daripada pengetahuannya kah?

"Dia isteri Shafiq, Fiq minta maaf abang." Kata Shafiq Ammar dengan suara yang perlahan.

"Kami berdua kahwin sebab kena tangkap basah dekat rumah sewa Fiq." Katanya lagi lalu menundukkan kepalanya.

Tidak berani untuk melihat wajah Shazrin Ammar yang sudah pasti sangat kecewa.

"Allahuakhbar, Shafiq Ammar. Kenapa sampai jadi macam ni?" Kata Shazrin Ammar pula terkejut dengan kenyataan yang di berikan oleh si adik.

Untuk kali ini. Dia benar-benar tergadah. Terduduk serta kecewa dengan sikap si adik. Kenapa? ada yang salah ke dengan didikannya selama ini?

"Kenapa Fiq? abang gagal ke untuk didik adik-adik abang? abang dah gagal untuk laksanakan amanah arwah mak dan ayah. Didikan agama yang abang bagi itu tak cukup ke Fiq?" Kata Shazrin Ammar lagi.

Suaranya jelas sangat kecewa dengan si adik.

"Abang, Fiq tak salah. Dekat sini, yang salah saya. Saya tak sepatutnya datang rumah Fiq malam itu. Saya cemas bila kawan saya beritahu yang Fiq cedera masa bermain futsal. Saya tak boleh nak fikir masa itu. Saya terus pergi rumah dia. Kalau saya tak pergi rumah Fiq, saya dan Fiq tak kena tangkap basah." Celah Afrin  Baheera yang sejak tadi hanya mendiamkan diri di sebelah suaminya.

Dia menceritakan satu persatu kronologi yang berlaku. Tanpa ada satu kepingan cerita pun dia tinggal.

"Fiq dah besar, boleh fikir. Tugas abang dah selesai." Kata Shazrin Ammar lalu menepuk bahu si adik seraya masuk ke dalam rumah.

Dia terkilan kerana, cara adiknya bernikah adalah sangat mengaibkan. Mungkinkah Allah sedang membayar semua dosa-dosanya melalui si adik? kenapa cara mereka bernikah sama persis sepertinya? Ya Allah, rawatlah rasa kecewa ini. Sembuhkanlah luka ini. bisik hatinya.

"Fiq?" lembut sahaja Afrin Baheera memanggil si suami.

Bahunya terhenjut. Menahan tangisan. Dia menarik tubuh kecil itu lalu menangis di dalam pelukan si isteri.

"Hati aku sakit bila tengok abang kecewa. Aku memang adik yang tak guna, Afrin." Ucapnya bersama tangisan kecil.

Afrin pula melempar senyum. Memujuk si suami dengan lembut.

"Kita tunggu marah abang reda. Ya, Fiq." Kata Afrin dengan suara yang lembut.

Shafiq hanya mengangguk dan mengeratkan lagi pelukan itu. Dia perlukan kekuatan untuk menghadapi abangnya selama empat hari ini. Ya Allah, sembuhkan luka di hati abang. Bisik hati kecil Shafiq Ammar.

Malamnya, Bunga Anggerik Nathalia masih tidak percaya bahawa sahabat baiknya, Afrin Baheera telah menjadi sebahagia daripada keluarga kecil mereka. Sudah terlalu lama mereka tidak berhubung. Dia tidak sangka, Afrin berkahwin dengan cara yang sama dengannya. Cuma dia berkahwin kerana sedang hamil dan Afrin pula bernikah sebab di tangkap basah. Aik? sama aje lah! sama-sama mengaibkan.

"Kenapa kau tengok aku macam itu?" soal Afrin Baheera yang baru sahaja selesai masak makan malam.

Menu ringkas sahaja. Ikan kicap dan sambal belacan. Ada lah sikit ulam ulaman. Itu pun, suaminya yang gigih pergi cari waktu lepas maghrib tadi. Demi abang katanya.

"Aku masih tak percaya. Kau dah jadi sebahagian daripada keluarga miskin ni." Kata Anggerik pula.

Afrin Baheera melempar senyum manis. Dia melihat sahabatnya itu dengan agak lama.

"Aku lagi tak sangka. Bunga Anggerik Nathalia berkahwin dengan orang biasa. Sebab setahu aku, taste kau tinggi. Dan, Shazrin Ammar bukan tipikal lelaki yang kau suka." Kata Afrin Baheera sambil menghidang lauk pauk di atas meja makan.

Bunga Anggerik Nathalia mengukir senyum sinis. Memang benar kata Afrin Baheera itu, dia sangat memilih pasangan. Dia terpaksa menerima Shazrin Ammar kerana anak di dalam kandungannya ini sahaja. Jika tidak, dia tidak sudi untuk menjadi isteri kepada lelaki yang kurang pintar seperti itu.

"Aku terpaksa. Aku mengandung. Alexander tak nak bertanggungjawab." Kata Bunga Anggerik Nathalia dengan selamba.

Afrin Baheera tersenyum ketika mendengar kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut sang sahabat. Siapa sahaja yang tidak kenal sifat berlagak, Bunga Anggerik Nathalia ni kan?

"Kenapa kau tak suka abang? dia baik Anggerik." Kata Afrin Baheera pula.

Anggerik mencebik. Baik lah sangat!

"Baik? orang baik tak akan mengaku dia baik. Afrin, dia sebaya kita. Tak payah nak panggil dia abanglah. Geli aku dengar. Aku yang isteri dia pun, tak pernah panggil dia abang." Kata Anggerik lagi.

Afrin Baheera masih sama. Mempaner senyum manis. Dia fikir, Anggerik sudah berubah. Nyatanya, dia masih seorang wanita yang sama. Angkuh dan sombong.

"Kau memang suka lelaki muda ke Afrin? lagi satu, Shafiq tu miskin bukannya kaya. Kau pula bakal doktor, kau tak rasa ke level kau dengan dia tak setaraf?" kata Anggerik lagi tidak berpuas hati dengan pilihan sahabatnya itu.

"Anggerik, aku minta maaf kalau kata-kata aku akan menguris hati kau. Tapi, aku kena tegur kau. Sebab kau sahabat aku sejak bangku sekolah lagi. Anggerik, di mata Allah kita semua sama je. Jangan bangga dengan kekayaan kau. Bila-bila masa aje Allah akan tarik semula. Dan, bagi aku. Aku dengan Shafiq sama aje tarafnya. Walaupun, jarak umur kami beza empat tahun. Tapi, dia sangat matang. Aku bukan bela suami aku. Tapi, cara dia mengutamakan abangnya pun aku dah tahu. Dia baik. Aku tak kisah Anggerik, suami aku tak kaya. Yang penting hatinya bersih." Kata Afrin Baheera dengan panjang lebar.

Bunga Anggerik Nathalia mencebik. Kalau sudah nama pun seorang wanita yang sedang jatuh cinta. Kentut pun ia bisa kata wangi seperti minyak wangi.

"Anggerik, seorang lelaki yang baik. Akan mengutamakan keluarganya dan bertanggungjawab di atas setiap perbuatannya." Kata Afrin Baheera lagi.

Dia ingin Bunga Anggerik Nathalia mengetahui bahawa suaminya seorang lelaki yang sangat baik. Dia kenal Anggerik ketika mereka orientasi di sekolah Elit yang berasrama penuh. Memang sejak dulu, sahabatnya ini bersikap seperti diva. Namun, dia tetap sayangkan Anggerik. Kerana bagi, Afrin Baheera. Bunga Anggerik Nathalia masih ada sisi baik. Hanya sahaja dia tutupi dengan sifat angkuhnya seperti sekarang.

Hello! okay tak?
typo, abaikan!

Jangan lupa vote&
komen banyak²! kalau
tak, saya malas updated
werk!

Apa pun, happyread❣️

SYARAT BAHAGIA | UN-EDITTEDWhere stories live. Discover now