Siren kereta polis menarik perhatian mereka. Terlihat kereta itu memberhenti tak jauh dari tempat Maria berada. Keluar dua orang berpakaian kasual lalu pihak bomba didekati. Setelah bercakap beberapa patah perkataan, mereka masuk ke dalam kawasan kebakaran. Dua tiga buah kereta termasuk milik ahli forensik turut tiba. Katil mangsa rentung yang diusung di hadapan mereka membuatkan Maria terpanggil untuk membuat pengecaman wajah.
"Nanti!" Dia tahan katil mudah alih itu.
"Boleh izinkan saya untuk lihat mayat ni?" pinta Maria lalu dia mendapat anggukan setuju.
Terketar-ketar tangan itu mencuba membuka plastik yang menutupi. Getaran Shakira dalam genggaman tangan kirinya cuba diperketatkan. Masing-masing terasa penuh berdebar. Tangan kanan Maria terus membuka plastik hingga paras dada figura itu. Tika itu terbuntang luas mata mereka melihat keadaan tubuhnya yang dimakan api. Namun, segala pancainderanya masih terlihat separa sempurna. Bibir itu seolah membentuk senyuman.
"Ayah!" Shakira dapat terus mengagak melihat jam tangan yang melilit pada pergelangan tangan ayahnya.
"Allahuakbar! Ni bukan abang kan?" rintih Maria masih tidak percaya. Serbak terus menyerbu kedua beranak itu. Wajah di hadapan mereka cuba diamati lagi. Hati masih menafikan mayat ini adalah milik Hamadi. Biarlah hasil ujian DNA yang menentukan nanti.
'Ini bukan ayah kan? Ayah dah janji nak sambut hari lahir dengan Kiera. Nampaknya ayah mungkir janji.' Bicara itu hanya mampu dia lafazkan dalam hati kerana bibir itu hanya mampu menghambur tangis.
Kesan kebakaran itu, 13 orang cedera, 3 separuh rentung dan seorang terkorban. Kebakaran tersebut berpunca dari litar pintas yang datang dari penebat wayar yang rosak. Selain kesan minyak dan letupan dari ruang membakar roti, mereka menjumpai botol kecil yang separuh sempurna tidak mempunyai label. Tetapi ada kesan serbuk yang ditemui di atas lantai.
Maria dan Marinda diminta tampil untuk memberi kerjasama memandangkan ada saksi mensabitkan mereka. Maria disoal siasat terlebih dahulu. Pihak polis ada menemui sebuah telefon. Tetapi telefon itu sudah tidak mampu berfungsi lagi. Melalui keterangan saksi, pengawal melihat ada dua orang terdekat Hamadi yang ada di tempat kejadian.
"Saya ada jumpa dia sebelum kejadian. Tapi saya balik nak jemput anak saya untuk bawak dia keluar bersama sambut hari lahir nanti. Tapi setelah kami sampai, kebakaran berlaku."
Polis tersebut mengangguk mendengar bicara Maria. Dia melontarkan persoalan lagi. "Selain tu ada tak puan ingat apa-apa? Kami jumpa telefon Tuan Hamadi dekat lantai. Tak jauh dari mejanya."
"Oh, ya anak saya ada telefon tapi dia cakap ayahnya tak jawab. Tak lama dia terus tutup panggilan." Tenang sahaja bicara Maria membalas.
Marinda turut menceritakan situasi yang berlaku.
"Saya ada jumpa suami saya masa kejadian. Tiba-tiba je kebakaran berlaku. Dia terus bawa kami cari jalan keluar selepas kami terpelanting agak jauh sebab letupan. Masa kat exit dia patah balik sebab nak tolong seseorang yang tersepit. Saya tak dapat buat apa masa tu sebab banyak objek dari atas jatuh. Saya bawak anak saya pergi jauh untuk tenangkan dia."
Polis tersebut kemudian mulakan sesi soal jawabnya.
"Kenapa puan jumpa suami puan? Puan bukan pekerja di situ."
Marinda tersentak sebelum menjawab, "sebelum saya jumpa suami saya, Saya ada call dia. Tapi tak berangkat. Sebab saya risau jadi, Saya terus jumpa dia."
Kedua polis yang menyoal di hadapan saling berpandangan. Ada saksi yang mendakwa mendengar pertelingkahan kecil antara mereka. Kamera masih terus melakukan kerja merakam
Kembali ke situasi Maria yang disoal.
"Adakah puan perasan ada perkara pelik antara Puan Marinda dan Tuan Hamadi?"
Maria menggeleng mendengarkan soalan itu. Dia menjawab, "suami saya memang jarang bercakap dan hanya akan bertemu kalau ada urusan. Sepanjang minggu ni dia baik sahaja."
"Macam mana cara Tuan Hamadi bertemu isterinya. Apa ada ketatapan rasmi?" soal mereka lagi.
"Tak. Kami tinggal bersama dalam satu rumah bersama ayah Hamadi. Bilik kami semua berasingan. Kami selalu berjumpa dan berkumpul terutamanya di meja makan. Pukul lima setelah pulang tempat kerja, dia akan habiskan masa di bilik bacaan. Makan malam dan siapkan kerja di bilik kerja selepas pukul 11 dia tidur."
"Terima kasih puan atas kerjasama. Kami akan cuba selesaikan hal ni dengan segera."
Maria mengangguk dengan wajah sugul. Kali ini dia mahu beri tumpuan pada hal suaminya. Sejak dari keputusan DNA keluar, keluarga Hamadi tidak pernah menerima kenyataan mayat rentung itu miliknya. Hamadi dimandikan dengan cara tayamum. Maria dan Marinda tak menyertai pengebumian Hamadi di tanah perkuburan memandangkan iddah 4 bulan 10 hari telah bermula.
Pihak polis membandingkan waktu panggilan Maria dan Marinda. Marinda yang terlebih dahulu menghubungi sebanyak dua kali tetapi tak berangkat. Setelah itu Maria pula membuat panggilan. Jika mereka membuat kesimpulan Marinda ada selisih dengan Hamadi tetapi tiada bukti untuk mensabitkannya. Keterangan yang diberikan oleh pengawal, kejadian kebakaran tak begitu jauh dengan pertemuan mereka. Agak mustahil untuk dia melakukan kerja di waktu singkat. Kamera litar CCTV juga tidak dapat membantu siasatan akibat rosak dalam kebakaran. Tumpuan diletakkan dahulu pada hasil ujian makmal.
Shahira dan Hasrul turut datang menghadirkan diri ke majlis pengebumian Hamadi. Dua kenalan rapat Hamadi itu turut berdukacita dengan berita kematian mengejut lelaki itu. Hasrul hanya diam di sebelah masih tak percaya rakannya pergi secepat itu
"Sabar ya Mar... ini ujian untuk awak," ujar Shahira lalu tubuh Maria dirangkul erat. Marinda turut dirangkulnya. Semua kelihatan sugul sahaja.
"Assalamualaikum..." Kepala mereka terdongak saat melihat suara yang menegur. Masing-masing memasang wajah terkejut melihat Haslina akhirnya pulang.
"Waalaikumsalam," jawab Hamdan bengis.
Wajah anaknya dipandang sinis sebelum kata pedas lancar dilontar.
"Abang kamu mati baru kamu reti balik? Kenapa tak tunggu papa mati je nanti. Belum tentu kau akan meratapi kematian aku!"
Hamdan mengorak langkah pergi meninggalkan tubuh belakangnya yang sayu menjadi tatapan mata mereka.
Haslina tertunduk dengan wajah kesal. Edward di sebelah cuba memujuk isterinya. Senyuman lantas diukir walau jelas terlihat kelatnya. Halis Shukri hanya berdiri di situ dengan penuh kebingungan. Sukar untuk dia fahami dalam usia begini.
Maria dan Marinda membawa Haslina ke ruang tamu. Marinda menghidangkan air manakala Maria melayani Haslina. Ini kali pertama dia bertemu adik suaminya. Sungguh cantik bak persis model wanita itu.
"Apa yang berlaku kak? Macam mana kilang abang boleh terbakar?" Haslina masih terkejut dengan berita yang diterimanya. Diturunkan egonya jua demi saudara sedarah daging itu. Mereka sekeluarga bergegas mengambil penerbangan pulang ke Malaysia tanpa berfikir lagi.
Maria mengatur nafas menyusun bicara untuk membalas soalan wanita itu.
Tbc...
YOU ARE READING
CITA DAN CINTA [Edit]
General FictionCover by @-yoonasara Hidup Shakira berubah 180° setelah tragedi yang menimpa keluarganya. Keluarga mereka hidup normal seperti orang lain pada awalnya, namun kehilangan Hamadi sejak 8 tahun lalu mulai menimbulkan persoalan. Disamping merungkai mis...