"ARYAN HAN!!! EZRAL HAN!!! KORANG BANGUN CEPAT. Matahari dah terpacak atas kepala pun tak reti nak bangun lagi. Mentang-mentang lah hari cuti kan. Semua nak praktis mati. Ya Allah nasiblah aku ada jugak sorang anak dara yang boleh tolong aku, mahu kalau semua dalam rumah ni jantan, memang mati awal la aku ni. Yang laki aku sorang tu boleh pulak pagi-pagi buta dah keluar pergi main golf. Ingat takda bini ke orang tua tu." bebel Datin Hasmira.
" Ma, sabar ma. Tak elok marah-marah ni. Nanti muka mama lagi berkerepot. Eyrin pergi kejut abang kejap. Mama chill- chill la dulu, pergi tengok drama korea mama tu." Pujuk Eyrin Han.
"Amboi, kau nak cakap muka mama berkerepot macam nenek kebayan la ni"
"Eh, mana ada ma. Tak cakap pun macam nenek kebayan. Tapi pandai mama teka. Jangan risau, mama tetap cantik walaupun berkerepot sikit. Sikit je tak banyak pun."
"Bertuah punya budak. Kang tak bau syurga jugak budak ni."
"Eishh mama ni, syurga neraka janganla bawak main. Susah betul la nak bergurau dengan mama ni. Muka ketat sangat. Bukan takat ketat je, masam macam tertelan sepeket asam keping pun ada jugak. Dah lama ke mama interview nak jadi nenek kebayan dalam filem magika 2."
" Ish la. Sabar je la aku dapat anak macam korang ni. Dah kau pergi kejut abang-abang kau tu. Kalau tak nak bangun jugak nanti mama tolong tempahkan kain kapan sekali dengan minta orang tolong galikan kubur. tanya jugak diorang tu kubur nak sebelah-sebelah ke nak atas-bawah, buat tingkat-tingkat."
"Baik Ma." akur Eyrin Han,pasrah. Kakinya dibawa menuju ke arah tangga. Satu per satu tangga itu didaki.
Datin Hasmira menghela nafas, penat melayan karenah anak daranya yang sorang itu. kakinya diatur menuju ke ruang tamu. Alat kawalan jauh yang berada di atas meja kopi dicapainya lalu siaran diminati dibuka memaparkan cerita koreanya.
Eyrin bertindak untuk mengetuk pintu kembarnya terlebih dahulu, Ezral Han, sebelum mengetuk pintu abang sulongnya. Walaupun perbezaan umur mereka hanya 8 minit, Eyrin tetap memanggil Ezral Han dengan pangkat 'abang'. Kadang-kadang.
"Abang Ezral bangun la. Mama dah bising dah tu." Bahu Ezral Han digoyang sedikit namun masih tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk lelaki tersebut bangun.
" Abang Ez bangunla. Kau nak tidur sampai bila lagi ni. Kang kalau kau tak bangun jugak, meh aku panggilkan orang surau datang baca yassin untuk kau. Alang-alang boleh baca yassin untuk Abang Yan sekali. Cepatla bangun." Langsir ditarik bagi membenarkan cahaya semula jadi menembusi segenap bilik yang gelap itu. Ezral Han bertindak menggambil bantal peluknya lalu mencekup ke muka bagi mengelak cahaya matahari daripada menusuk matanya.
"Lah, hidup lagi eh kau rupanya. Ingatkan dah mampus dah. Ishh bangunla, Apa yang kau ni liat sangat eh nak bangun." Tangan Eyrin Han meliar menyentuh bahagian bawah lengan Ezral Han lalu dicubitnya dengan sekuat hati.
"Adoii! wey sakit la pandai." Ezral Han terus bangun duduk seraya menggosok bahagian bawah lengannya yang sudah menunjukkan kesan merah.
Boleh tahan jugak cubitan adiknya tu. Eyrin Han hanya tersenyum riang. Misi untuk gerak kembarnya sudah berjaya. Hanya tinggal misi untuk menggerak Aryan Han pula. Kakinya menapak keluar dari bilik kembarnya, meninggalkan Ezral Han yang terkamit-kamit atas katilnya.
Langkah diatur menuju ke bilik Aryan Han sebelum pintu bilik abang sulongnya itu terbuka dari dalam, memaparkan wajah Aryan Han yang baru usai mandi. Rambutnya yang sudah lembap itu dibiarkan kering begitu saja. Aryan Han hanya mengenakan seluar kargo dan tshirt plain yang berwarna merah hati, menyerlahkan lagi tona kulitnya yang cerah.
"Nia mana abang Yan?" Soal Eyrin Han kepada abang sulongnya. Kepalanya dipanjangkan mengintai di sebalik pintu mencari kelibat anak gadis comel.
Intan Dania a.k.a Nia merupakan satu-satunya anak Aryan Han. Intan Dania merupakan bukti percintaan yang sah antara Aryan Han dan Delila. Namun, punca penceraian mereka masih tersimpan ketat antara mereka. Tiada seorang pun yang tahu akan punca perpisahan pasangan itu melainkan Aryan Han sendiri.
"Nia tengah bersiap nak pergi taman tu. Kau tolong bawak dia pergi taman. Dia teringin nak pergi. Aku ada kerja sikit nk settlekan. Lagi satu, kau jangan belikan dia aiskrim banyak sangat, terlebih gula kang budak tu." pesan Aryan Han. Eyrin Han hanya mengangguk tanda setuju. Intan Danialah satu- satunya tuan puteri yang dimanjakan dalam rumah agam itu. Semua kehendak yang diingininya tidak pernah ditolak walau sekali.
"Assalamualaikum ooo assalamualaikum." Kedengaran suara asing yang menerjah di muka pintu utama menarik perhatian Datin Hasmira yang berada di ruang tamu. Tatkala Eyrin Han turut laju menuruni tangga mendengar gerangan pemilik suara garau yang memberi salam tadi. Maklumlah unrequited love la dikatanya.
"Waalaikumsalam Aidan. Uishh makin segak anak teruna sorang ni eh. Jemputlah masuk dulu boleh minum- minum sekali. Aidan tunggu Yan ke?" Datin Hasmira mendahulu. Eyrin Han hanya diam tersipu- sipu malu disebelah mamanya.
"Ish Ma Mira ni, segan la Aidan Ma Mira puji Aidan macam tu. Haah Aidan tunggu Aryan. Dia cakap nak pergi tengok paip bocor dekat site tu sama sama."
"Kut iya pun, masuk la dulu minum minum sikit." Pujuk Datin Hasmira.
Aidan Naufal yang masih lagi tercegat di muka pintu berasa segan. Hendak menerima pelawaan Datin Hasmira, takut mereka terlambat pula. Mahu menolak, takut benar jika dia terguris hati insan tua itu. Nasiblah ada Aryan Han yang sedia membantunya.
" Takpalah ma. Nanti -nanti jelah mama ajak dia makan. Kami nak kena cepat ni. Sebab takut balik malam pulak. Site tu pun bukannya dekat. Minta diri dulu ma." Ujar Aryan Han.
Tangan mamanya diraih dan dicium dengan penuh kasih sayang. Kedua- dua jejaka itu terus mengisi perut kereta sebelum kereta itu meluncur keluar dari perkarangan rumah agam yang tersergah mewah itu.
YOU ARE READING
Saat Kau Hadir
RomanceSeorang duda anak satu, Aryan Han yang menyangkakan anaknya diculik oleh seorang gadis sewel, Alana Naira. "KAU RACUN ANAK AKU KE PEREMPUAN?! KAU LETAK APA DALAM SUSU TU?" Tengking Aryan Han pada wanita yang berada dihadapannya. Anaknya yang berada...