Chapter 2

5 0 0
                                    

"Maksu Eyrin! Nia nak pergi main slide dekat hujung sana boleh?" soal Intan Dania. Mukanya sengaja dimanja-manja agar Eyrin Han membenarkannya. Jari-jemari comel itu ligat bermain dengan hujung blouse bunga-bunga merah jambu yang dikenakan oleh Eyrin han. Eyrin Han tersenyum melihat kelatah anak buahnya. Nak tak nak terpaksa juga beralah dengan Intan Dania kesayangannya.

"Pergilah sayang. Nia, maksu nak pergi toilet kejap tau. Nia duduk dekat slide tu and jangan pergi mana-mana tau. Tunggu maksu datang. Jangan ikut orang yang Nia tak kenal tau." Pesan Eyrin Han. Intan Dania mengangguk akur akan perintah maksunya sorang itu. Kaki kecilnya dibawa laju menuju ke salah sebuah taman permainan yang tidak seberapa jauh dari kedudukan asalnya. Eyrin Han hanya tersenyum melihat gelagat Intan Dania sebelum kakinya diatur menuju ke tandas awam yang berdekatan.

~~~~~~~~~~

"Okey semua, duduk dalam barisan cepat. Kita nak jalan dah ni. Semua letak tangan atas bahu kawan depan okeyh?" Arah Alana Naira. Gaun cinderella berwarna biru cair yang dikenakan Alana Naira terletak cantik pada tubuhnya ditambah pula dengan tudung shimmer putih yang menyerlahkan lagi keayuannya. Hari ini, Sunshine Preschool yang merupakan tempat mencari ruang rezeki bagi Alana Naira mengadakan costume outing dimana setiap pelajar hendaklah memakai kostum karakter kegemaran masing-masing ketika sesi lawatan sambil belajar.

"Teacher Naira! Tengok Aina tarik ekor saya ni." Rungut seorang murid yang berpakaian seperti watak harimau dalam siri kartun winnie the pooh. Mukanya mula memerah seperti menahan diri daripada menangis.

"Mana ada! Aina nak pegang je. Mana ada Aina tarik!" seorang murid yang memperkenalkan dirinya sebagai Aina mula menafikan tuduhan yang dibuat ke atasnya. 

"Tipu! Mak kita cakap tak baik tau menipu, nanti masuk neraka. Ha padan muka."

"Mana ada Aina tipu. Teacher Naira, tengok Adam ni." Aina mula mencebik hendak menangis.

"Aina, Adam, jangan la gaduh. Adam jangan la marah-marah Aina, Aina tak sengaja je tu. Aina pun sama, berapa kali teacher cakap, kita tak boleh sentuh barang orang kecuali dengan keizinan tuan dia. Kalau Aina nak pegang ekor harimau, Aina kena la mintak izin dari Adam dulu. Okey?" Alana Naira yang cuba meleraikan pertelingkahan kecil oleh kedua insan kecil itu menemui kejayaan selepas melihat Adam dan Aina berjabat tangan. Alana Naira turut mengarah mereka untuk kembali berada di dalam barisan. 

"Afya, kau lead kan budak-budak ni kdejap boleh. Aku nak ambil gelang Sunshine's. Rasanya macam tertinggal dalam bas masa turun tadi."

"Small matter boss. Kau pergilah." Tangan Afya tinggi dilambai ke udara seumpama menghalau sahabat baiknya sementara dirinya sibuk mengira bilangan murid-murid jika ada yang tertinggal.

~~~~~

Tangan Alana Naira sibuk mengagau kotak yang diyakini keberadaan gelang tangan sunshine's yang berada di bawah kerusi penumpang. Setelah berhempas pulas sehingga tersenget tudung shimmer shimmer, akhirnya Alana Naira berjaya menarik kotak itu keluar. Alana Naira mengeluarkan beg plastik biru daripada kotak lalu dikeluarkan segala isi-isinya. Sementara ralit tangannya mengira gelang-gelang, terasa ada sesuatu yang menarik lembut skirt cinderella milik Alana Naira.

"Mama!"

Saat Kau HadirWhere stories live. Discover now