"Mama!"
Alana Naira terkedu saat perkataan itu dititi dari bibir gadis kecil yang sedang menarik lembut gaunnya. Badan Alana Naira cuba direndahkan selaras dengan ketinggian gadis kecil dihadapannya. Kedua-dua tangan anak kecil itu digenggam erat.
"Adik salah orang ni. Akak bukan mama adik." Lembut Alana Naira menerangkan kepada gadis kecil itu.
Namun gadis itu hanya membuat reaksi seakan akan bingung dengan jawapan yang diberikan. Dahinya mula berkerut dan kepala disengetkan seolah olah tidak memahaminya.
" Betulla mama ni mama Nia. Kenapa mama cakap mama bukan mama Nia. Uncle Aidan cakap, mama Nia ni princess. Princess kan kena sentiasa duduk dekat istana. Sebab tula mama tak pernah balik rumah tinggal dengan Nia." Lancang mulut gadis kecil bertutur tanpa sedar telah menimbulkan sedikit rasa kepiluan dalam diri seorang Alana Naira.
Tangan Alana Naira dibawa mengusap kepala gadis kecil itu. Sayu hati memandang betapa naifnya seorang kanak-kanak dihadapannya.
"Nia, Nia datang sini dengan siapa?" Soal Alana Naira.
"Mama Nia nak aiskrim." Ujar gadis kecil itu. Soalan Alana Naira dibiar tanpa jawapan.
Tangan milik wanita itu turut ditarik supaya mengikutinya ke arah sebuah van aiskrim yang hanya terletak beberapa meter dari arah mereka. Berpimpin tangan, mereka menuju ke arah van aiskrim lalu memesan dua aiskrim vanila yang ditaburi dengan chocolate rice. Kerusi batu yang berada disebelah pohon besar kehijauan dipilih oleh mereka untuk berteduh dan berehat buat seketika.
Tangan Alana Naira lalu memcapai telefon pintarnya dan mendialkan nombor Afya.
"Afya, you and Firash handle the kids. Aku ada hal kejap. Nanti dah settle, korang balik je without me."
" Are you sure you're gonna be fine?"
"Pretty well. Got to go now. Bye." Seraya itu talian yang menghubungkan Alana Naira dan Afya diputuskan.
Alana Naira mengambil keputusan untuk menunggu di situ sementara mengharapkan keluarga 'Nia' untuk muncul dihadapannya.
~~~~~~
Eyrin Han menggosok bahagian perutnya berasa lega kerana telah menunaikan hajatnya yang satu itu.
Sambil itu kakinya diatur menuju ke arah playground yang dipercayai keberadaan Intan Dania. Nama Intan Dania dilaungkan berkali-kali, namun tiada suara yang menyahut. Eyrin Han bergegas mencari di kawasan sekitar playground namun hampa.
Intan Diana masih tidak kelihatan. Tanpa ragu-ragu, telefon pintar yang berada di dalam poket seluarnya dicapai. Laju jari jemarinya mencari nombor abangnya."Kau nak apa ni Rin. Aku sibukla." Belum sempat Eyrin Han membuka mulut, Aryan Han terlebih dahulu memotong adiknya.
"Abang Yan. Nia... Nia..." Tergagap Eyrin Han dibuatnya kerana terlalu takut.
"Kenapa dengan Nia?" Aryan Han yang berada di hujung talian sudah tidak keruan mendengar nama anak gadisnya.
"Nia hilang abang. Rin tak tahu dia pergi mana. Nia cakap dia nak main playground kejap sementara Rin pergi toilet kejap. Rin balik je dari toilet Nia hilang abang." Suara Eyrin Han seakan-akan hendak menangis.
" Tadi sebelum keluar, Nia ada pakai jam tak?"
"A..A..Ada. Ja...Jam putih yang Nia selalu pakai tu."
Aryan Han menarik nafas lega kerana jam yang dipakai Intan Dania mempunyai sistem pengesan. Dia yakin dia dapat mengesan keberadaan anaknya melalui jam pintar yang dipakai Intan Dania.
"Takpa, macam ni. Kau balik dulu rumah. Biar aku dengan Aidan pergi cari Nia."
Tanpa menunggu sebarang jawapan dari Eyrin Han, talian terus dimatikan. Eyrin Han menuruti perintah abangnya supaya pulang terlebih dahulu.
YOU ARE READING
Saat Kau Hadir
RomanceSeorang duda anak satu, Aryan Han yang menyangkakan anaknya diculik oleh seorang gadis sewel, Alana Naira. "KAU RACUN ANAK AKU KE PEREMPUAN?! KAU LETAK APA DALAM SUSU TU?" Tengking Aryan Han pada wanita yang berada dihadapannya. Anaknya yang berada...