Luluh

10.5K 99 15
                                    

Di dalam pekat kegelapan, tiba-tiba sebuah telefon bimbit berdering. Skrin telefon menyala menerangi separuh daripada suku bilik yang gelap gelita. Tertera nama panggilan "Suami Tercinta". Setelah beberapa kali berdering, skrin kembali gelap. Suasana kembali sunyi.

"Ish, mana ni. Dah pukul berapa tak balik lagi?"

Getus hati Khairul, seorang jejaka yang segak berbaju pagoda putih lengkap berkopiah dan berkain pelikat hijau dengan corak kotak-kotak. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 9.48 minit malam.

Menyedari malam semakin suntuk, Khairul bingkas bangun dari kerusi dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat isyak. Kegusaran dan kebimbangan terhadap isterinya yang masih belum pulang sejak balik dari kerja petang tadi, membuatkan dia terlewat untuk solat isyak pada awal waktu seperti mana yang selalu dilakukannya.

"Allahuakbar.."

Suara mengangkat takbir memecahkan kesunyian ruang solat. Bacaan Iftitah dan Al-Fatihah menyusul selepas takbiratul ihram dilafazkan. Solat isyak dilakukan dengan begitu tertib disulami dengan surah surah pendek. Salam kanan dan kiri diucap menandakan usai sudah tanggungjawab lima waktu seorang muslim pada hari itu.

"Sayang otw balik ni. ;)"

Khairul tersenyum membaca Whatsapp ringkas kiriman isterinya.

"Okay sayang. Take care. :* "

Balasnya sebelum meleretkan ibu jarinya di skrin untuk melihat jam digital di telefonnya.

"Pukul 5, 5.30 nanti ayang sampai."

Kata hatinya. Tak sabar rasa ingin berjumpa dan makan malam bersama dengan isteri yang dicintai kerana hari itu adalah hari istimewa dia dan isterinya.

Hari ulang tahun perkahwinan yang ke-9. Walaupun sudah 9 tahun bersama menjalani kehidupan sebagai suami isteri, mereka berdua masih belum mempunyai rezeki untuk memiliki zuriat sendiri.

Khairul termenung mengingati situasi petang tadi. Dia mengusap mukanya dan mulutnya terkumat-kamit membaca doa ringkas selepas solat.

Makan malam istimewa telah lama tersedia di bawah tudung saji sejak petang tadi. Hanya menunggu untuk dijamah. Khairul kembali duduk bersandar di sofa. Kopiahnya ditanggalkan. Dia mengurut-ngurut kelopak matanya. Kepalanya runsing memikirkan isterinya yang masih tidak pulang-pulang.

Tiba-tiba notifikasi whatsapp berbunyi dengan bertalu-talu mematikan lamunannya. Khairul dengan pantas mencapai telefon bimbitnya. Dia kenal bunyi notifikasi itu adalah dari isterinya kerana dia telah menetapkan notifikasi isterinya dengan notifikasi khas supaya dia tidak terlepas pandang apabila isterinya whatsapp.

**********

"Weh, aku gerak balik dulu eh. Harini laki aku cakap dia masak special. Tak sabarnya. Hehe"

Kata Sabrina kepada rakan sekerjanya Athirah, tanpa menyedari ada mata tajam yang memerhatikan gerak-geri Sabrina di pejabat.

"Patutlah taknak OT harini. Hmmm untunglah orang ada laki. Kita ni bf pun takda."

Balas Athirah umpama pasrah dengan keadaannya yang masih tiada nasib untuk mempunyai teman lelaki walaupun usia sudah mencecah 30an.

"Sabarlah. Jodoh kau sesat tu. Nanti adalah tu."

Athirah tergelak kecil mendengar gurauan Sabrina. Sabrina tersenyum dan beredar dari mejanya untuk pulang. Athirah menoleh ke belakang sebelum kembali menyambung kerjanya. Seorang lelaki dilihat turut beredar dari mejanya mengekori Sabrina dari belakang.

Lelaki tersebut berjalan di belakang Sabrina dan begitu asyik melihat bentuk badan isteri orang yang diekorinya. Dengan ketinggian 156cm dan berat 74kg, tubuh Sabrina sememangnya genit, berisi dan mengiurkan. Walaupun lengkap bertudung dan berbaju kurung, tetap tidak dapat menutup setiap lengkungan dan bonjolan di tubuhnya sekaligus mengundang mata-mata jantan. Baik si hidung belang mahupun si nerda, semua tidak akan melepaskan peluang untuk mengimbas segenap inci tubuhnya setiap kali Sabrina lalu di hadapan mereka semasa di pejabat.

RahsiaWhere stories live. Discover now