Cemburu

7.6K 104 17
                                    

Fahim bergegas keluar dari bangunan Wisma Niaga untuk pulang ke rumah. Dia telah lambat untuk mengambil isterinya pulang dari kerja. Dia tidak menyangka perjumpaannya dengan Pengurus Eksekutif  Wisma Niaga memakan masa yang lama. Sedang dia berjalan dengan laju di ruang parkir bawah tanah mencari keretanya. Tiba-tiba ekor matanya ternampak kelibat seperti seseorang yang dia kenali.

"Eh, macam Sab."

Hatinya tertanya-tanya. Terus dia berjalan menuju ke arah Sabrina dan Azri.

"Eh, Sabrina. Buat apa kat sini?"

Tegur Fahim. Sabrina dan Azri serentak menoleh.

"Eh, Fahim. Sab memang kerja sini. Fahim buat apa kat sini?"

Sabrina menjawab dan terkejut melihat wajah yang dikenalinya berada di ruang parkir bawah tanah tempat kerjanya.

Fahim senyum dan menghulur tangannya kepada Azri untuk bersalam.

"Saya ada urusan sikit dengan executive manager kat sini."

"Ohh"

Jawab Sabrina ringkas. Azri hanya diam dan senyum di sebelah Sabrina.

"Saya nak balik ni, nak ambil Liza sekali. Lama pulak meeting tadi, lambat dah."

Muka Sabrina berkerut seperti ingin berkata sesuatu tetapi perkataan "tolong" seperti berat untuk keluar dari rongga tekak Sabrina. Fahim perasan dan bertanya.

"Ni Sab nak balik jugak ke?"

Sambil dia melihat jam tangan jenama Casio siri G-Shock GA-110-1B berwarna hitam di lengan kirinya.

"Aah, tapi.."

Fahim menunggu Sabrina menghabiskan ayat. Tiba-tiba Azri mencelah.

"Kunci kereta Sab hilang. Jadi saya nak tolong hantar dia balik ni."

Sabrina dan Fahim menoleh ke arah Azri apabila Azri tiba- tiba mencelah.

"Ohh, kalau macam tu biarlah saya hantarkan. Lagi pun kita kan satu jalan."

Fahim mengalihkan pandangan kepada Sabrina dan mempelawanya.

"Eh, takpa. Saya boleh hantar kan."

Azri cuba untuk menolak bagi pihak Sabrina. Fahim senyum dan kembali melihat Sabrina.

"Azri. Takpalah, saya balik dengan Fahim. Kami jiran. Jadi, senanglah satu jalan."

"Ohh, jiran. Hmm okaylah kalau macam tu. Saya gerak dulu." Kata Azri.

"Terima kasih Azri."

Sabrina mengucapkan terima kasih kepada Azri kerana ingin membantunya. Dia tidak tahu bahawa dirinya baru sahaja terlepas dari mulut buaya.
Azri bersalaman dengan Fahim dan berbalas senyuman sebelum berlalu pergi. Muka Azri berubah daripada tersenyum manis, kepada pahit kelat selepas dia memalingkan muka dan membelakangi Sabrina dan Fahim.

"Sial! Melepas aku. Takpa, kau tunggu Sab. Aku akan dapat jugak apa yang aku nak."

Azri hanya mampu melepaskan rasa tidak puas hatinya di dalam hati. Sabrina dan Fahim melihat Azri berlalu pergi sebelum keduanya bergerak ke kereta untuk pulang.

Penggera kunci kereta Proton X70 1.8 TGDi Premium Edisi Merdeka ke-62 yang berwarna putih berbunyi. Hanya terdapat 62 buah sahaja kereta edisi merdeka itu dikeluarkan oleh Proton. Pintu sebelah pemandu dibuka, enjin dihidupkan dan penyaman udara dibuka. Pintu sebelah pemandu ditutup semula. Pintu sebelah penumpang bahagian hadapan pula dibuka.

"Sab masuk dulu eh. Fahim nak call Liza kejap."

Sabrina hanya mengangguk tanda faham dan terus masuk menunggu Fahim di dalam kereta. Sabrina hanya memerhati Fahim sedang bercakap di telefon dari dalam kereta.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RahsiaWhere stories live. Discover now