"Mak?" laung Uwais dari pintu rumahnya.
"Ya?" jawab Mok Ila dari dapur.
"Ada apa tu abang?" soal Mok Ila lagi.
Mok Ila sedang sibuk memasak lauk untuk makan tengah hari di dapur. Si anak sulung, Uwais ni pula yang memanggil dia.
"Datang dapur ni abang, mak tengah masak ni," ujar Mok Ila.
Selipar ditinggalkan di luar rumah, Uwais melangkah masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur. Senyuman terukir di wajahnya.
"Mak...abang rasa macam tak boleh turun ke laut hari ni. Laut bergelora. Sekarang kan dah masuk musim tengkujuh..." pamit Uwais dengan nada suara yang perlahan.
Sekarang sudah bulan 12, semestinya musim tengkujuh datang memberi salam kepada negeri di pantai timur. Bahaya untuk turun ke laut pada musim ini tetapi biasanya Uwais redah sahaja mengikut hatinya. Untuk mencari rezeki lebih, dia sanggup turun.
"Mak, Meen kahwin berapa bulan dah. Lama dia tak mari sini. Kawan abang pun baru dapat kerja dekat Pahang baru-baru ni." Uwais meluahkan isi harinya kepada emaknya. Dia cemburu dengan takdir insan lain agaknya.
"Tak apalah, abang. Dah Allah tentukan dah takdir dia begitu." Mok Ila cuba memujuk anaknya.
"Mak, abang ni nelayan je. Siapa yang suka lelaki yang kerja sebagai nelayan? Ada ke perempuan zaman sekarang yang suka lelaki kerja macam abang ni?" soal Uwais lagi. Fikirannya mula bercelaru.
"Abang, Allah susun takdir abang tu molek-molek dah. Jangan risau sangat. Selagi mak ada ni, mak doakan abang." Tangan Mok Ila mengusap belakang anaknya dengan lembut. Dia tahu anaknya sedang bimbang dengan takdirnya sendiri. Pujuk Uwais. Pujuk.
"Mak. Sebelum ni pun, tunang abang tinggal abang. Dia kata kita ni miskin mak. Dia kata nelayan dapat apa je? Ikan je. Takkan la dia nak hidup makan ikan sokmo."
Punggung dilabuhkan di atas kerusi di meja makan. Kepala ditundukkan melihat semut-semut berlalu di bawah meja.
"Abang...Allah ni Maha Adil. Abang jangan fikir sangat. Jangan tenggelam sangat dalam fikiran negatif abang tu, deh?" Bahu anak lelaki itu diusap lembut tangan emaknya.
Mok Ila sebenarnya sedang kepenatan. Dia pun sudah penat memujuk anaknya. Sudah berkali-kali dia pesan benda yang sama. Dia juga penat.
"Ma..."
"Abang." kata Mok Ila dengan jeda yang keras.
Tersentak badan Uwais, dia memandang ke atas lalu melihat ke wajah emaknya.
"Mak dah cakap, percaya pada takdir Allah. Jangan putus asa. Yang mu taknak dengar cakap sangat ni kenapa?"
Uwais diam.
"Mok penat dah pesan benda sama dekat abang. Ya, abang tu nelayan je. Kita ni nelayan je. Dah, jangan kahwin, jangan buat apa-apa. Abang ni degil. Taknak dengar cakap. Mak kata Allah tu Maha Adil. Kalau dia tak bagi selalu, dia bagi nanti. Faham tak abang? Tu, tunang mu tu memang dia patut tinggal pun mu ni, abang. Kerja abang tangkap ikan lepas tu jual. Tu je. Betul dia kata, memang kita makan ikan je. Biarlah orang nampak kita miskin abang. Kita je tahu kita ada apa," bidas Mok Ila dengan sepanjang-panjangnya. Dia geram dengan Uwais.
Kepala Uwais memandang ke lantai sekali lagi. Tangannya dikepal sekemas-kemasnya. Kecil hati lelaki itu dengan kata-kata emaknya. Biarpun benar tetapi masih terasa sakit di hati.
"Mak, abang nak gi ke laut."
Uwais bingkas bangun dari tempat duduknya dan keluar dari rumah. Selipar disarungkan.
Dia hanya diam sepanjang perjalanan berjalan ke bot miliknya.
"Hei abang! Tak payahlah! Arus laju tu, air pun tak comel!" laung emaknya dari pintu dapur. Risau, kerisauan mula menyelubungi Mok Ila.
Uwais diam, langsung tidak memandang Mok Ila. Dia hanya mengangguk.
"Abang pergi dulu, mak."
Jasadnya sudah berada di atas bot. Kenderaan itu dihidupkan dan dia berlalu pergi, menghilang dari pandangan Mok Ila.
"Abang eh!" jerit Mok Ila dari kejauhan.
Dia cuba menelefon Uwais tetapi tidak diangkat. Terdengar deringan telefon Uwais dari ruang tamu, nampaknya anaknya meninggalkan telefon di rumah.
Nafas berat dihela, berharap anaknya pulang dengan segera.
YOU ARE READING
𝐋𝐚𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐥𝐮𝐦 | 𝐎𝐆
General Fiction[BLURB BARU AKAN AUTHOR UPDATE NANTI] Uwais Fayyadh, anak sulung lelaki yang bertanggungjawab untuk menyara keluarganya. Hanya bekerja sebagai nelayan di Terengganu. Seorang yang lemah lembut tetapi hatinya selembut tisu yang tidak berkualiti. Keran...