BAB 6

48 2 2
                                    

Sehelai kertas berwarna kuning yang lusuh dibentangkan di atas meja. Nukman bercekak pinggang melihat keadaan Uwais yang masih menguap dan mamai. Farquhar dan Fatih hanya termenung melihat kertas lusuh itu.

"Hoi, bangun-bangun." Pipi Uwais ditampar lembut. Tangan kasar milik Nukman tetap menampar jejaka itu dengan lembut.

"Aku tak dapat tidurlah semalam, Nuk," luah Uwais.

Semalaman mereka bermalam di Istana Qadiriyah, matanya tidak dapat dilelapkan. Bukan tidak dapat menyesuaikan diri. Tetapi berasa begitu gusar dengan perasaan sendiri. Perasaan bersalah dan rindu terhadap ibunya di Terengganu. Bak kata Farquhar, "Kauorang perlu tinggal di sini selagi masalah tidak selesai."

"Okay, perhatian semua. Kita dah nak mula ni," ujar Farquhar dengan nada yang tegas.

Uwais mendekati kertas yang lusuh itu. Peta. Satu peta yang cukup padat dengan maklumat. Segala laluan tampak jelas dalam peta milik Farquhar, bahkan laluan rahsia juga dibongkarkan dalam peta itu. Jelaslah bahawa mengapa Farquhar layak digelar sebagai seorang kapten.

"Ini peta dunia kami, Uwais. The Silas of Aesira." Jari telunjuk Farquhar menggariskan nama dunia mereka.

Perbincangan bermula. Kertas kosong di tangan Fatih dipotong dibahagikan kepada empat. Peta itu dilukis semula dalam bentuk yang kecil. Salinan peta ini akan memudahkan perjalanan mereka pada masa akan datang. Fatih melukiskan keempat-empat peta itu dengan jari-jarinya bergerak lembut.

Mata Uwais tidak lekang melihat Fatih melukis. Farquhar dan Nukman pula sedang menggantung peta di dinding.

Satu lagi kertas kecil yang kelima dihulurkan kepada Fatih untuk dilukis. Fatih menerima kertas itu dengan akur daripada kapten. Dilukiskan satu lagi peta. Untuk siapa? Jejaka itu sendiri pun tidak tahu.

Tangan Nukman ditarik perlahan ke hujung bilik mesyuarat itu. Kapten itu memandangnya dengan pandangan yang kosong. Nafas Farquhar dihembus perlahan.

"Nuk, dia dah tahu ke?" soal Farquhar. Pandangan kosongnya menghadap ke arah Uwais.

"Tahu apa, Far?"

"Pasal keistimewaan orang di dunia kita."

"Belum," jawab Nukman dengan ringkas.

Kapten hanya mengangguk perlahan. Tangannya menggosok dagu yang licin.

"Selepas Fatih siap lukis peta, kita kenalkan diri dengan terperinci. Aku tak mahu bila dia tengok kita dalam pertempuran nanti, dia pengsan."

Nukman tergelak kecil lalu mengangguk, "Boleh."

Mereka berdua berjalan ke meja utama semula. Jelas di pandangan kedua-dua jejaka itu yang Fatih sedang tersenyum. Mengagumi hasil lukisannya.

"Peta dah siap lukis. Kauorang jaga elok-elok tau. Aku dah lukis cantik dah," jelas Fatih. Senyuman bangga terpapar di wajah jejaka itu.

Bersinar mata Uwais melihat hasil kerja milik Fatih.

"Baik, Fatih! Aku akan jaga elok-elok! Wau!" Perasaan kagum menyelubungi hati Uwais yang masih dibelenggu rasa bersalah. Dapatlah rasa bersalah itu diketepikan buat sementara.

Farquhar tersenyum, "Bagus, Fatih."

Peta itu diagihkan kepada keempat-empat jejaka yang bakal merealisasikan rancangan yang bakal mereka bentuk hari ini.

"Sebelum kita mula, aku nak kita adakan sesi perkenalan yang terperinci. Aku tak mahu nanti Uwais pengsan di medan tempur," kata Farquhar yang diselangi dengan senyuman.

Jejaka berempat itu mengambil tempat di sofa yang terletak di bersebelahan meja mesyuarat. Terdapat ruangan kosong di hadapan sofa itu yang menjadi medan persembahan sesi pengenalan mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐋𝐚𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐥𝐮𝐦 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now