BAB 3

81 11 5
                                    

Nafas lega dihela perlahan. Pelabuhan Qozav menggamit pandangan nakhoda dan anak-anak kapal itu. Kelajuan dikurangkan lalu kapal mereka perlahan-lahan berlabuh di pusat perdagangan yang terunggul di Melayu Raya. Sauh diturunkan, tali diikat pada pancang- pancang kayu besar di jeti Kampung Dumang. Suara-suara pedagang sayup-sayup kedengaran dari atas kapal.

"Nukman, aku gerunlah nak turun," luah Uwais. Riak wajah risau jelas di wajahnya. Terang bersuluh lagi dia bukan lagi berada di dunia yang sepatutnya dia berada.

Nukman garu kepala. Alahai, gerun pula mamat ni. Sampai bila Nukman nak kena tunggu dia turun dari kapal ni?

Kakinya menginjak perlahan pada tangga di sisi kapal itu. Bergegar-gegar lututnya jika mahu diturut ketakutannya. Perlahan-lahan Uwais berpijak di tanah Qozav.

Tanah yang subur dengan tanaman hijau. Orang-orangnya juga terlihat sangat periang dan peramah. Tenang tiupan angin di tanah ini. Tenang.

"Hoi, termenung apa tu?" soal Nukman.

Baru dia perasaan yang Nukman sedang berdiri menunggu kehadirannya di hujung jeti.

"Kau duduklah di sini sampai malam. Nanti kalau ada benda datang, kau tanggung sendiri," bicara Nukman selepas penat menunggu Uwais yang kaku di sisi kapal.

Lalu Nukman perlahan-lahan berlalu meninggalkan Uwais keseorangan.

Lintang-pukang dia mengejar Nukman. Apa benda pula yang Nukman sebut ni? Dia tidak mampu menolak dan tak mampu juga menerima, ikut langkah Nukman sahajalah yang dia mampu.

"Apa benda yang kau cakap tu Nuk? Apa yang datang?" soal Uwais tanpa ragu-ragu.

"Adalah tu," balas Nukman dengan bersahaja.

Makhluk apa pulalah kali ini? Baru sehari dia berada di dunia ini. Segalanya penuh dengan kemusykilan. Kepala yang tidak gatal dia garu.

Waktu malam yang dingin menyebabkan bulu romanya meremang. Uwais menghampiri Nukman lalu berjalan di sebelah lelaki itu.

"Nuk," panggil Uwais.

"Ya."

"Suasana dekat sini memang lain macam ke? Kenapa kepala aku berdenyut sangat? Bulu roma aku pun meremang lain macam ni," luah Uwais, dia sudah biasa mengalami situasi seperti ini tetapi bukan selalu. Hanya ketika... sesuatu yang lain menghampiri.

Angin bertiup kencang dengan tiba-tiba. Rambut dua lelaki itu ditiup kuat.

Swoosh! Swoosh!

Bunyi apa pula tu? Bunyi itu seakan-akan seseorang yang sedang berlari dengan laju atau... terbang dengan laju.

"Apa tu..."

"Apa pasal kau pergi tegur ikan tongkol oi! Menanggunglah kita berdua." Langkah kaki Nukman semakin laju, Uwais turut mengikutnya.

Tiba-tiba gelak tawa halus kedengaran dari bahagian atas, iaitu bahagian dahan-dahan pokok.

"Hai abang berdua, mahu ke mana tu?" soal suara lunak itu dari atas dahan pokok.

"Jangan pandang ke mana-mana. Tengok depan je Uwais," pesan Nukman sambil berjalan laju.

Seperti biasalah, Uwais Fayyadh. Matanya terpandang ke bahagian sisi. Apa yang dia lihat membuatkan degupan jantungnya terhenti seketika.

𝐋𝐚𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐥𝐮𝐦 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now